Food Review

Seafood Terbaik Di The Crab Factory SS2 Petaling Jaya

1:26 PM

Pada Sabtu baru-baru ni, mama dan beberapa orang bloggers kesempatan untuk mencuba makanan seafood di The Crab Factory SS2 Petaling Jaya. Sekarang ni makan seafood lambak atas meja dah menjadi trend orang Malaysia macam ala-ala shell out gitu. Memandangkan mama memang hantu seafood of coz la mama nak merasa sendiri apa yang sedap di The Crab Factory ni. Sesiapa yang allergic seafood tidak digalakkan yer. Heheheh kat sini seafood dia memang besar-besar uollss.. Puas hati la kalau makan ni. 


Lokasi The Crab Factory ini sangat strategik sebab dikeliling dengan penuh shop lot di SS2 Petaling Jaya. Kalau korang datang senang jer waze The Crab Factory memang korang akan jumpa. Ok jom kita tengok dekorasi dalam The Crab Factory ni.



Dekorasi dalam The Crab Factory sangat menarik dan simple dengan hiasan di dinding. Penggunaan meja dan kerusi dengan susunan begini memudahkan pelanggan datang untuk menjamu selera di sini. Dengan cara ini boleh mengeratkan hubungan dan happening semasa makan.

Unik sangat tempat basuh tangan ni.

Pose dulu sebelum makan. Benda paling wajib seorang blogger adalah selfie. 


Makan di sini tak perlu sudu garfu yer tapi akan diberikan 'weapon' ini untuk mengetuk kulit keras macam ketam tu dan yang lagi comel kita kena pakai 'beep' plastik ini untuk mengelakkan kuah kena baju kita. Hehehe.. Terasa comel jer pakai beep ni tauuu.. 

Jom kita tengok menu apa yang menarik di sini. Memula mama tengok mama blur alamak macam mana nak order ni. Hahahaha. Nak order korang boleh tengok cara- cara kat bawah ni. Memula korang kena pilih seafood apa yang korang nak makan. Setiap jenis seafood akan ada harga yang berbeza-beza yer. Kemudian korang kena pilih sauce pilihan untuk masak seafood korang pilih tu. Sauce di sini terdapat 4 pilihan dari mild hingga lah death valley yang katanya spicy giler. So itu pilihan korang yer. Step terakhir korang boleh tambah sayur seperti cendawan, jagung, kentang dan lain-lain lagi.


Ini pulak side dish macam ala-ala starter gitu...

Hahaha mama rasa comel sangat pakai beep ni sambil pegang weapon. Lets get cracking!!!

Konsep makan di sini dah semestinya lambak jer atas meja tapi kena lapik dulu lah yer. Meh kita tengok apa yang kami makan di sini. Ada set terbaru tau untuk pelanggan makan dalam 2-3 orang makan sangat sesuai set ni. Set yang mama maksudkan adalah Seafood Set "Big Meat Crab" dengan harga RM175.00 sahaja. 

Seafood Set "Big Meat Crab" dengan Signature Southern Bang sauce mild. Untuk set ini dihidangkan dengan Garlic Rice. Dalam set ini juga terdapat 5 seafood seperti ketam, mussel, lobster, scallop dan sotong serta sayur kacang buncis dan jagung. Memang cukup la kalau makan untuk 2-3 orang tau. 

Ok close up sikit. Mama nak citer pasal sauce Signature Southern Bang mild. Sauce ini memang sangat popular di The Crab Factory. Sauce dia rasa sedikit pedas lepas makan tapi sedap sangat setelah digabung dengan semua seafood ini. Walaupun pilihan kita orang ambil mild pun terasa pedas dia. kalau ambik death valley jenuh menangis. hahaha. So korang kena cuba memang terbaik tau. 

Hidangan ke 2 ini pula, kalau korang tengok macam masak lemak cili padi kan. Ok yang ni mama suka giler sebab sauce dia sedap memang selera tekak mama. Menu ni adalah Meat Crab & Sausages Creamy Lemak. Sedap ya ampun rasa lemak cili padi membuatkan korang akan nak makan dan makan lagi. Harganya pula RM125.90

Menu ke 3 adalah Yabbies Spicy Plum. Harganya pula RM83.00. Rasa manis yabbies digabung dengan spicy plum sangat sedap dan unik rasanya ala-ala sweet sour dan sedikit pedas. Nak makan yabbies ni pun ada cara tau.. kalau salah kopek boleh luka jari. Heheheh.

Menu ke 4 pula Garlic Butter Prawn. Untuk harga ini RM55.00. Ini korang nampak macam biasa tapi sekali dah makan sekor udang tu terus nak makan lagi sekor. Bagi mama dia rasa lemak butter dengan udang membuatkan garlic butter prawn ni lagi sedap. Yang menarik udang ni fresh betul!!

Menu ke 5, Baby Octopus Thai Sambal. Harganya pula RM33.00. Rasa baby octopus thai sambal ni rasa macam kuah tomyam. Tak terlalu pedas dan sotong tu lembut jer masa makan. Kalau dengan nasi putih pun jalan ni.. 

Disini juga terdapat chicken wing. Yang menariknya chicken wing ini ada 2 perasa iaitu cajun dan garlic. Sesiapa suka pedas boleh pilih cajun. Tapi malam tu kami mencuba garlic. Sedap sangat chicken wing ni sebab rasa dia lain dari yang lain. Harga Garlic Fried Chicken Wings ialah RM18.90 

Side dish ni paling popular di The Crab Factory. Fried Mini Mantao RM9.90. Pertama kali mama cuba makan mini mantao ni rasa lembut di dalam dan rasa masin-masin. Mini mantao ni korang boleh makan begitu saja atau cicah dengan kuah creamy lemak. Memang terangkat sedap!!

Meriah kan atas meja ni.. 

Antara blogger yang hadir untuk sesi mencuba makanan di The Crab Factory.


Terima kasih The Crab Factory kerana menjemput mama untuk mencuba seafood tersedap di sini. Korang nak mencuba kelainan seafood boleh datang ke sini memang berbaloi-baloi uolls. Tapi sebelum datang korang kena call untuk reservation dulu yer sebab di sini selalunya penuh. Detail untuk tempat dan nombor telefon bagi reservation ada di bawah ok. 

THE CRAB FACTORY
21, Jalan SS2/64
47300 Petaling Jaya
Selangor 

For Reservation : 03-7865 5850


Opening Hour :
Tuesday - Thursday [3 pm - 11 pm]
Friday - Sunday [11 am - 11 pm]

Closed on Monday 


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook