Product Review

Shampoo Dashing Elite | Hanya 1 Cucian Untuk Dapatkan Rambut Yang Sihat Dan Menawan

10:09 AM

Gaya rambut yang menarik sangat penting kepada golongan lelaki bagi menyerlahkan personaliti dan menjadi tarikan pertama dimata wanita. Bagi mnedapatkan gaya rambut yang diidamkan, kebanyakan lelaki memilih untuk menggunakan produk-produk penggayaan rambut seperti gel rambut, penyembur rambut, atau produk popular masa kini wax rambut yang sememangnya sukar untuk dicuci sehingga menjadi masalah besar yang mereka hadapi.

En papa sendiri mempunyai masalah rambut berminyak jika dia pakai gel atau wax rambut. Kemudian en papa mesti leceh nak cuci rambut. Sampai satu tahap en papa malas nak pakai gel rambut pergi keja. Last-last en papa botakkan terus rambut dia. Mama lebih gemar en papa ada rambut dengan bergel barulah sedap mata memandang gitu. Bayangkan dengan rambut yang sihat dan menawan, mama yakin setiap lelaki termasuklah en papa sendiri akan rasa bergaya di luar. 

Kemungkinan ramai yang tidak tahu penggunaan syampu yang kerap mampu membersihkan rambut tapi dalam jangka masa panjang ia akan melemahkan kekuatan rambut dan dari itu akan muncul masalah rambut seperti rambut gugur, kulit kepala gatal, rambut rosak dan kusam. Apabila rambut tidak dibersihkan dengan betul, penggunaan produk rambut setiap hari akan mengumpulkan kekotoran dan menyebabkan masalah rambut kering, rapuh dan kusam.


Sebagai solusi masalah ini, DASHING ELITE telah melancarkan Shampoo ELITE Men yang diperhebatkan dengan Wax Out System yang direka khas dan terbukti mampu menyingkirkan produk-produk penggayaan rambut, minyak dan kekotoran pada rambut dan kulit kepala secara menyeluruh dengan hanya satu cucian sahaja. Dengan ini segala lebihan gel dapat dibersihkan daripada rambut.

SHAMPOO ELITE MEN dengan formulasi dan pek menarik yang baharu adalah produk yang mesti dimiliki sekiranya mahu rambut yang bersih, kulit kepala yang sihat dan gaya rambut yang menarik setiap hari. Berdasarkan kajian bahawa 85% bersetuju Shampoo ELITE Men ini direka khas untuk menyingkirkan kekotoran rambut secara efektif dengan hanya satu cucian. Terdapat dua pilihan Shampoo ELITE MEN iaitu 
  • Anti Rambut Gugur
  • Anti Kelemumur

Hapuskan kegusaran rambut gugur anda dengan SHAMPOO ELITE MEN Anti Rambut Gugur. Serlahkan gaya rambut menarik tanpa perlu berkrompromi dengan masalah keguguran rambut. Ia mengandungi Advanced Micro-Protein yang menguatkan rambut dan mengurangkan kerapuhan serta memberikan rambut yang lebih sihat dan kuat. Ia juga mengandungi sensasi sejuk yang menyegarkan dalam setiap mandian.


Dengan adanya SHAMPOO ELITE MEN Anti Kelemumur ini boleh ucapkan selamat tinggal kepada kelumumur dan kulit kepala yang gatal. Shampoo ini sesuai untuk lelaki yang peka terhadap perkembangan fesyen semasa dan menitikberatkan aspek penampilan serta kebersihan diri. Ia mengandungi agen antikelemumur dan dengan penggunaan secara tetap dapat merawat kulit kepala serta rambut sihat dan kuat. Dalam masa yang sama ia dapat mencegah pembentukan kelemumur dan pengelupasan kulit kepala. Dengan shampoo ini, para lelaki tidak bimbang tentang masalah kelemumur dan bebas dari masalah kulit kepala. Ia juga mengandungi sensasi sejuk yang menyegarkan kulit kepala.


SHAMPOO ELITE MEN dijual pada harga RM11.90 dan boleh didapati di semua farmasi utama, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh Malaysia. 

Untuk mengetahui maklumat menarik boleh kunjungi :



Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook