Web Review

ShopBack Malaysia | Pulangan Cashback Apabila Shopping Secara Online

11:09 AM

Pulangan cashback apabila shopping secara online?? Blink blink blink mata mama kan dengar macam ni. dah la shopping online tetiba dapat pulangan cashback pulak. Wahh ini menarik giler!! tambah-tambah mama is hantu shopping online memang sesuai giler lah ShopBack ni dengan mama. Korang tahu tak apa itu ShopBack? Tak tahu ok boleh jer mama citer kat korang. Mama kan suka sharing benda yang menarik pasal shopping tapi ia mendatangkan hasil yang baik.


Apa itu ShopBack MalaysiaShopBack Malaysia merupakan satu website dimana korang boleh dapat cashback dengan hasil shopping online yang kita lakukan. Di website ShopBack ini terdapat pelbagai jenama hebat seperti Lazada, Zalora, Groupon, Agoda, Hermo, Photobook Malaysia, Bus Online Tiket dan macam-macam lagi.

Ibu pejabat ShopBack ini berada di Singapura dan telah beroperasi di Malaysia, Amerika Syarikat, Filipina, India, Indonesia dan Taiwan. Dengan ShopBack salah satu perintis yang memperkenalkan cara membeli-belah serba baru ke arena shopping online di Asia Tenggara sejak September 2014 lagi.

Untuk dapatkan cashback dari ShopBack ini sangatlah mudah. Korang hanya perlu masuk ke website ShopBack Malaysia, kemudian pilih sama ada korang nak shopping di Lazada, Zalora, Groupon atau apa-apa sahaja dan korang beli barang yang korang mahukan. Dalam masa 48 jam cashback akan masuk ke dalam akaun ShopBack. Mudah bukan?

Mama dengan Lazada memang tidak dapat dipisahkan lagi. Di Lazada memudahkan mama untuk membeli barang online dengan mudah. Untuk shopping di Lazada ni korang masuk ke website ShopBack, kemudian korang klik di Lazada dan tekan "shop now". 


Kemudian nanti akan direct ke website Lazada.


Sekarang mama tengah duk aim satu barang elektrik iaitu sandwich maker di Lazada. Anak dah start sekolah mama memang perlu benda ni untuk buat sarapan yang mudah untuk mereka. Lepas mama beli benda ni dalam masa 48 jam mama akan check account ShopBack dan mama dapat cashback daripada pembelian ini.



Kalau nak lebih faham lagi pasal ShopBack ni, korang boleh tengok video ini.

Memang mama akui mama baru tahu tentang ShopBack ni kesian betul mama. Hahaha. Sekarang mama akan tukar cara shopping online mama melalui ShopBack. Dengan ShopBack ini bukan sahaja dapat diskaun malah akan dapat cashback lagi tau. Walau sedikit lama-lama akan jadi bukit duit tu. Jom korang kita ubah cara shopping kita dengan ShopBack ini yang pasti berbaloi-baloi. Sebelum itu korang kena sign up ShopBack account di http://www.shopback.my/referral/invite

Untuk maklumat lanjut mengenai ShopBack Malaysia boleh layari :

Website : www.shopback.my


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook