Product Review

Dashing ELITE | Gaya Berkekalan Buat Si Jejaka

9:04 AM

Hampir semua lelaki gayakan rambut mereka dan dipandang sebagai fesyen tidak kiralah panjang, pendek, terpacak, gaya santai mahupun kelihatan "edgy". Lelaki moden masa kini lebih gemar untuk menjadi lebih kreatif dengan cara memutar, meramas danmenggayakan rambut untuk menghasilkan fesyen tersendiri agar personaliti dan kenyataan itu lebih menonjol.

Sesetengah lelaki lebih gemar untuk menggunakan satu gaya ke pejabat, dan menukar gaya rambutnya apabila mereka keluar. Paling penting bagi mereka adalah produk penggayaan rambut terbaik yang memudahkan mereka mengayakan rambut dan memastikan gaya tersebut kekal sepanjang hari.


ELITE, jenama penggayaan rambut lelaki terulung memahami keperluan seorang jejaka dan percaya bahawa penggayaan rambut boleh membina imej seseorang. Memperkenalkan ELITE On The Go Hair Wax untuk gaya berkekalan.

Rangkaian ELITE Hair Wax dengan formulasi mudah bilad dan mudah digayakan ini hanya memerlukan penggunaan minimum bagi menghasilkan kesan maksimum. Produk ini membolehkan si jejaka mengubah bentuk gaya tanpa perlu mengaplikasi semula wax bila-bila masa dan di mana sahaja untuk gaya rambut yang baru.


ELITE menjadikan semuanya mustahil untuk lelaki melangkaui batasan bagi mendapatkan gaya rambut yang mereka inginkan. Dengan pek mudah guna ELITE ON THE GO baharu ini, si jejaka akan sentiasa bersedia untuk tampil bergaya.


  • Spiky Web - mencipta gaya lawan graviti yang sentiasa terpacak! Awas! Jejaka yang ingin sesuatu yang lebih buat dirinya akan menjumpai segalanya dalam bekas merah jambu neon ini.
  • Wavy Loose - menjadikan segalanya santai dan mudah untuk jejaka yang tampil bersahaja. Hanya bekas biru ini yang anda perlukan untuk tampil menawan tanpa tekanan.
  • Air Wild - hadir dalam warna jingga terang memberikan rasa ringan, bebas dengan jumlah yang mencukupi untuk melepaskan sisi liar anda.
  • Shiny Wet - melangkau lebih berbatu dari yang biasa. Calit pada bekas hijau ini dan gayakan rambut agar kelihatan lebih bersinar, bertekstur dengan hasil yang menakjubkan
  • Rugged Matte - untuk si jejaka yang berbahaya. Bekas kelabu gelap ini mampu menyembunyikan rahsia anda. Tampil lebih serius dengan kurang kilat membuatkan anda kelihatan benar-benar bahaya.

Tampil santai atau gaya berani, rekaan "rugged" mahupun kekal terpacak atau nampak basah. ELITE adalah cara terbaik untuk gaya berkekalan.


ELITE Hair Wax kini boleh didapati dalam dua saiz. Pek 68g berharga RM17.10 setiap satu manakala saiz poket On The Go pula berharga RM5.90 setiap satu. Cipta apa sahaja gaya rambut yang anda inginkan dengan variasi ELITE yang terdiri daripada fibre, clay ataupun wax. Kini anda tidak akan terhad dengan satu gaya rambut sahaja. ELITE boleh didapati di semua cawangan runcit utama, pasar raya besar dan farmasi terkemuka. 


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook