Event Review

Majlis Pelancaran Pembukaan Butik Feedmilk, Shah Alam

12:03 AM

Pada Sabtu baru-baru ini, mama telah dijemput untuk menghadiri satu Majlis Pelancaran Pembukaan Butik FeedMilk di Shah Alam. Dengan julung kalinya Butik Feedmilk melancarkan secara besar-besaran pada 4 & 5 Februari 2017 dan pada hari tersebut terdapat pelbagai diskaun menarik serta baju menyusu Feedmilk RM1 khas untuk 100 orang yang pertama. 

Feedmilk merupakan satu jenama baru yang telah dikendalikan oleh Puan Anys dan suaminya Encik Syafiq. Feedmilk ditubuhkan khas buat para wanita dan ibu moden yang menyusukan bayi dapat memilih pakaian yang sesuai, cantik dan selesa dipakai serta feminin. Rekaan baju Feedmilk menjamin kepuasan hati para pengguna terutama ibu kerana pemilihan fabrik yang selesa, jahitan yang sesuai membuatkan para wanita dan ibu sangat gemar dengan baju jenama Feedmilk ini.


Daftar dahulu untuk dapatkan nombor 

Menariknya pada Majlis Pelancaran Pembukaan pada hari tersebut, Butik Feedmilk menawarkan harga baju Feedmilk dengan RM1 sahaja bagi 100 orang yang pertama!! Woww sangat menarik. Kepada ibu-ibu dan peminat Feedmilk mesti akan datang ke sini untuk dapatkan baju menyusu yang sangat eklusif di sini. Selain itu, ada promosi lain dengan design yang menarik serta terkini bagi baju yang bakal di lancarkan dengan harga promosi.


Sambil menunggu para ibu-ibu shopping, bapa-bapa boleh makan kambing golek dulu

Anak-anak kompom tak bosan kan ada tempat lompat-lompat ni

Puan Anys dan Encik Syafiq memberi ucapan sepatah dua kata sebelum majlis pelancaran.

Nampaknya para ibu-ibu dah tak sabar nak shopping tu.. 


Habis butik kena serbu dengan ibu-ibu.. Hehehe seronok yer shopping ekkk


Majlis Pelancaran Pembukaan Butik Feedmilk pada 2 hari tersebut berjalan dengan lancar dan cukup meriah dengan kehadiran ibu-ibu untuk mendapatkan baju menyusu Feedmilk yang menarik, style dan cantik. Dengan hashtag #SelamberSelak #PakarbBajuMenyusu #BlouseMenyusu #BajuMenyusu #JubahMenyusu agar dapat membantu ibu-ibu memberikan susu ibu di tempat awam tanpa perlu menyorok dan mendedahkan aurat. Bagi yang ingin membeli baju menyusu Feedmilk ini boleh terus datang ke butik atau boleh juga membeli dengan secara online.

BUTIK FEEDMILK
H50-1, Jalan Serai Wangi M16/M
Alam Avenue 2, Seksyen 16
40200 Shah Alam, Selangor
Telefon : 03-5524 1515

Website : www.feedmilk.com

Waktu Operasi : 11.00 pagi - 8.00 malam


Love,

You Might Also Like

4 Comments

  1. wanita dan shopping tidak mungkin terpisah..hihihi

    ReplyDelete
  2. baju2 feedmilk mmg bagus utk ibu yg bf kn anak, IQ xde rezeki nak bf kn anak, huhu

    ReplyDelete
  3. kalau tak dpt jumpa..tapi pagi ade hal..sempat juga grab satu baju..hahaa

    ReplyDelete

Like us on Facebook