Press Release

Penampilan Istimewa Aeril Zafrel di Cafaeyen, IOI City Mall Putrajaya

11:05 AM

Khas buat peminat pelakon kacak iaitu Aeril Zafrel. Ehh korang Aeril Zafrel akan membuat penampilan istimewa di restoran Thailand yang baru di buka di IOI Mall Putrajaya iaitu Cafaeyen pada 4 Mac 2017 jam 3.00 petang hingga 4.00 petang. Peminat yang bertuah akan berpeluang mengambil gambar bersama dengan Aeril Zafrel dan mendapat layanan istimewa Aeril Zafrel sendiri akan menghidangkan Teh Ais Thailand terbaik dari Cafaeyen.


Aeril Zafrel atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, telah menjadi popular sejak penampilan pertamanya dalam drama "Permata Hati Mama" pada tahun 2006. Beliau juga terkenal dalam filem seperti "Budak Pailang", "Aku Tak Bodoh", "Cinta Kura-Kura", "7 Petala Cinta" dan "CCTV". Pelakon yang berasal dari Johor yang sangat berbakat ini akan bergelar pengarah dalam filem thriller, "Tentatif" yang akan ditayangkan pada pertengahan 2017.


Cafaeyen ini menyajikan makanan jalanan Thailand yang asli klasik dan menikmati hidangan Thailand tempatan. Cafaeyen ini berasal dari Bangkok yang menghidangkan kopi Thailand dan Teh Ais serta hidangan makanan Thailand seperti nasi, mi dan hidangan sup. Makanan dan minuman yang paling terkenal di Cafaeyen ini seperti pad Thai, tom yum, atau minuman seperti cha-o, ruby soda atau signature Cafaeyen sendiri iaitu kopi susu. 


Untuk berpeluang mengambil gambar bersama Aeril Zafrel, korang hanya perlukan seperti berikut :
  • Belanja min RM100 dalam satu resit di Cafaeyen IOI Mall Putrajaya mulai hari ini sehingga 4 Mac 2017
  • Bawa resit pembelian di Cafaeyen IOI Mall Putrajaya pada 4 Mac 2017 sebelum jam 3 petang
  • 30 pelanggan bertuah akan peluang bergambar dengan artis Aeril Zafril itu sendiri.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Cafaeyen, Instagram Cafaeyen atau hubungi 03-8953 0979.


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook