Web Review

Perkara Penting Khas Untuk Pembeli Rumah

6:44 PM

Setiap manusia mesti ada keinginan untuk membeli rumah sendiri. Oleh itu, membeli rumah haruslah mengikut kemampuan kewangan sendiri. Bukan mudah untuk membeli rumah kerana kita melibatkan wang yang banyak maka seelok-eloknya korang perlu berhati-hati dalam membuat pilihan yang tepat. Ini kerana anda akan terdedah bahaya dan perlu mengelakkan perkara yang tidak diingini. 

Bagi mama, perkara yang penting sekali sebelum kita membuat keputusan membeli rumah adalah “check kelayakan” pinjaman kita dahulu. Kemudian “check” pula kemampuan yang boleh kita komited bayar setiap bulan. Kalau anda rasa ini dah jelas barulah boleh ke langkah seterusnya. Jom mama bagi tips perkara penting untuk pembeli rumah. 


Perkara Penting Untuk Pembeli Rumah 
  • Kewangan - Dalam artikel Free Malaysia Today mengatakan bahawa ketahui kewangan anda. Sebelum anda ingin membeli rumah, anda patut tentukan dahulu kekuatan kewangan anda. Dengan cara itu, anda akan tahu nilai rumah yang mana di bawah kemampuan anda.
  • Bebas dari hutang - Kekuatan kewangan adalah faktor paling penting dalam membeli rumah. Jadi jika anda masih berhutang, pilihan yang lebih bijak adalah dengan menangguhkan masa untuk membeli rumah sehingga anda betul-bertul bersedia dari sudut kewangan. Contohnya jika anda masih berhutang pinjaman kenderaan. Sebelum anda menambah tanggungan kepada tanggungan perbelanjaan sedia ada, selesaikan dahulu bayaran bulanan anda. Bebaskan diri anda dari hutang dan bebaskan dari tanggungan kewangan sedia ada. Itulah masa yang tepat untuk anda hadapi cabaran kewangan dalam pemilikan rumah. 
  • Fahami keadaan pasaran - Anda wajib mengetahui keadaan pasaran, pelaburan semasa dan apa saja kerana anda perlu mencari hartanah baru terbaik di pasaran dengan mengunjungi PropertyGuru new property launch, ini akan membantu anda dalam memilih hartanah terbaik. Contohnya, anda mungkin mahu membeli unit banglo setingkat dan orang lain mungkin mahu membeli rumah 2 atau 3 tingkat. Ini seperti peribahasa rambut sama hitam tapi hati lain-lain, maka kajilah pasaran untuk mengetahui unit yang popular untuk pembeli. Jika anda mahu menjual semula, sebaiknya anda kaji dahulu keadaan pasaran. Bagi yang tidak tahu bagaimana hendak bermula boleh dapatkan bantuan profesional. Dengan cara ini, anda boleh buat keputusan dalam pelaburan hartanah mana yang menjadi pilihan anda.
  • Teliti perjanjian - Dalam perjanjian ada banyak klausa dan peruntukan dalam perjanjian menggunakan “bahasa perundangan” yang membosankan. Tapi, anda perlu teliti dan fahami setiap perkataan, fasal dan peruntukan. Sudah tentu anda tidak mahu menandatangani sesuatu yang boleh buat anda jatuh muflis atau memberi masalah pada kewangan anda. Jadi pastikan anda tahu sebelum menurukan tanda tangan pada perjanjian tersebut.
  • Jangan jadi pembeli yang emosional - Sesetengah pembeli rumah membuat kesilapan ini dengan jatuh cinta kepada unit rumah sebaik sahaja mereka nampak dan terus membeli tanpa mengira kos. Itu bukanlah idea yang bijak. Sudahlah anda perlu berbelanja banyak untuk rumah tersebut. Anda juga perli habiskan bertahun-tahun langsaikan gadai janji. Sekurang-kurangnya anda perlu pilih rumah yang tidak meletakkan anda dalam keadaan berhutang bertahun-tahun lamanya. Belilah dengan minda anda dan bukannya hati anda.
  • Dapatkan Pertolongan Profesional - Dengan laman pencarian hartanah seperti PropertyGuru, cabaran mencari hartanah baru atau terpakai akan menjadi lebih mudah. Dengan gambar di atas talian, anda akan membuat pilihan jadi lebih mudah.
  • Pergilah membeli-belah - Sesetangah pembeli rumah  hanya disebabkan ingin cepat dan ambil jalan pintas dengan mengelak daripada melakukan proses pemeriksaan terhadap hartanah. Tetapi, proses ini sangat penting kerana anda perlu meminta pandangan pakar untuk mengetahui apa yang tidak kena dengan hartanah anda. Bukan saja anda tidak punyai kemahiran dan kepakaran untuk meneliti rumah anda. Jadi, anda boleh minta ejen hartanah untuk bersama anda supaya boleh dapatkan pandangan dari pihak orang ketiga untuk mengetahui apa yang tidak kena atau apa yang anda terlepas pandang disebabkan anda terlalu mahukan rumah tersebut
  • Jangan gelojoh - Buat kajian dahulu tentang pasaran dan hartanah yang anda minat. Oleh itu, jangan terburu-buru semata-mata untuk cepat memiliki rumah idaman anda. Jadi, anda perlu menyiasat rumah itu dengan lebih lanjut dan mungkin anda akan dapati banyak faktor yang akan membuatkan hasrat anda membeli rumah tersebut terbantut. Bagaimana pula dengan kewangan anda? Dengan membuat kajian terperinci, anda pasti akan berjumpa pilihan yang lebih murah dan cara terbaik untuk menampung beban kewangan anda. Biar lambat asalkan selamat. Dengan cara iut, anda akan buat pilihan yang lebih bijak.
  • Sentiasa pertimbangkan lokasi - The Malay Mail Online berkata adalah penting untuk membeli rumah di lokasi utama. Jika rumah anda beberapa jam dari tempat kerja anda, kemungkinan anda terpaksa menghadapi tekanan semasa ulang-alik ke tempat kerja. Jadi jika anda tersepit di antara dua pilihan, pilihlan yang dekat dengan pejabat anda
Tidak salah jika anda ikut tips di atas ini sebelum mula membeli rumah idaman anda. Anggap saja tips di atas ini sebagai panduan yang mampu menghalang anda daripada membuat keputusan kewangan sebelum membeli rumah. Untuk mengetahui lebih lanjut boleh layari www.propertyguru.com.my

Love,


/>

You Might Also Like

9 Comments

  1. Entry yang bermanfaat. Saya pun ada berangan-angan nak beli rumah kalau sudah bekerja nanti. Sekarang ni tengah timba ilmu urusan jual beli dulu.

    Jom masuk bloglist saya, http://lynk.my/w1cm

    ReplyDelete
  2. sy berangan nak beli tanah banyak2 😍 semoga angan2 menjadi kenyataan, ameeen 😄

    ReplyDelete
  3. bagus entry ni...
    memang manfaat untuk mereka yg ingin membeli rumah atau hartanah...:)

    ReplyDelete
  4. betul tu mama, banyak perkara kena di titik beratkan sebelum membeli rumah. Bukan main beli je :)

    ReplyDelete
  5. Terima kasih mamajue berkongsi tips ni. InshaAllah saya akan ingat balik benda ni time nak beli rumah nanti.

    ReplyDelete
  6. kalau saya pulak. bila nak beli rumah pertama kena buat geram je beli. kalau dok tagak2 kira itu ini memang tak terbeli la lagi. sebab saya dah tangguh banyak tahun nk beli rumah. tapi tahun lepas buat geram je beli huuuuu

    ReplyDelete
  7. Cikza dalam proses nak jual rumah famili nak balik kg..

    ReplyDelete
  8. mesti baca ni.
    at least tahu apa yg kena dibuat.

    ReplyDelete
  9. apa2 pun duit berada di tempat pertama... x de duit laa ni jgn berangan nk dpt umah sebijik ;-)

    ReplyDelete

Like us on Facebook