Lazada

5th Birthday Surprise Box Dari Lazada

10:30 PM

Hi korang.. Asal korang nampak Lazada jer mesti korang ingat shopping online. Hahaha.. Ini adalah penyakit mama iaitu mama suka shopping online. Ok meh sini mama nak cerita skit pasal Lazada. Korang tau tak bulan ni Lazada menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 5 tau. Woww tahniah Lazada!!

Untuk pengetahuan korang, pihak Lazada telah melancarkan jualan khas untuk meraikan acara ini dengan menawarkan pelbagai tawaran eksklusif khas buat pelanggan semua. Oleh itu, lebih daripada 10 juta produk yang dijual di Lazada dengan pelbagai barangan seperti hiasan rumah, peralatan rumah, telefon pintar, aksesori komputer, pakaian dan aksesori wanita dan pelbagai lagi

Yang menariknya pada 5th Birthday Surprise kali ini, Lazada telah bermurah hati menghadiahkan kepada mama Birthday Surprise Box yang memang awesome!! Terperanjat jugak la mama dapat parcel dari kurier petang tadi. Yeaahhh happy sangat rasa macam dapat hadiah birthday mama pulak tau. Kan ulang tahun kelahiran mama pada 10 Mac lalu kira sambut birthday sesama dengan Lazada lah..

Seorang mama yang happy dapat Birthday Surprise Box dari Lazada. Syok macam nak lompat bintang.. Hahaha.. Terima kasih Lazada.. Ni yang sayang ketat2 nih.. ahakkk


Unboxing 5th Birthday Surprise Box

Hahh korang nak tengok video unboxing box ni boleh tengok video atas ni yer. Heheh mama minta maaf sesiap yer suara tengelam timbul. Mama ni bukan la kaki vlog tau tapi teruja nak share dengan korang semua mama sanggup buat.. So mama letak lagu kasi kuat2 skit segan la pulak korang dengar suara mama ni. Alaa korang tengok barang sudah la yer.. mama tak penting pun.. 

Tadaaa barang yang terdapat dalam 5th Birthday Surprise Box dari Lazada.. 

Woww kan barang-barang yang terdapat dalam box ni. Ok kesemua barang ni kalau korang nak beli boleh dapatkan terus di Lazada tau. Tapi kan sempena 5th Birthday Surprise ni korang kena save the date untuk shopping di Lazada pada 22 March 2017 - 24 March 2017 tau. Hahh korang tak perlu nak keluar rumah lagi untuk shopping tapi korang duduk jer depan pc di rumah korang!! Pada tarikh berkenaan korang boleh membeli barang yang korang berkenan pada harga tawaran yang hebat!!!


Apa tunggu lagi korang terus terjah Lazada sekarang dan pilih barang yang korang berkenaan dan korang boleh add dan save to wishlist. Nanti korang bukak website pada 22 March - 24 March 2017 dan beli korang tengok harga akan murah uollss dan selamat bershopping!!


So korang save the date 22 March - 24 March 2017 dan selamat bershopping di LAZADA


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook