Product Review

Avent Breastfeeding Essential Care Set | Boleh Dapatkan Di Lazada

8:39 PM

Hi korang. Ok hari ni mama nak review satu product yang mama dapat dari Surprise Box Lazada sempena ulang tahun yang ke 5. Macam tetahu jer mama memang suka sangat dengan barangan Philips Avent. Dah banyak koleksi barangan Philips Avent mama dari botol susu, milk dispenser, breast pump dan lain-lain lagi.

Terima kasih Lazada dan Philips Avent Malaysia sebab hadiahkan mama Avent Breastfeeding Essential Care Set. Set ini sangat berguna kepada ibu-ibu yang bersedia untuk penyusuan susu ibu. Korang boleh juga hadiahkan set ini untuk ibu yang baru bersalin mesti si ibu akan rasa semangat nak menyusu anak sehingga 2 tahun.



Di dalam box Avent Breastfeeding Essential Care Set ini terdapat :
  • Washable Pouch
  • Bra Clip
  • 2 in 1 Thermopad
  • 12 pcs Disposable day breast pads
  • 6 pcs Disposable night breast pads


Dengan adanya set ini memudahkan mama untuk gunakan ketika mama pergi travel. Pouch bag yang kecil lagi comel ini boleh simpan breast pad di dalamnya tanpa perlu korang risau jika terkena habuk serta kotoran.

Thermo gel ini boleh digunakan dalam 2 cara yang berbeza iaitu panas dan sejuk. Untuk kegunaan panas boleh merangsang aliran susu ibu dengan lancar. Jadi ia boleh melegakan bengkak susu pada hari pertama penyusuan atau bengkak berketul dan tersumbat. Bagi penggunaan sejuk pula dapat menenangkan dan melegakan kesakitan pada sekitar payudara. Ia didatangkan dengan sarung gel yang lembut untuk keselesaan ibu menggunakannya.

Cara penggunaannya :
  • Panas - Rendamkan thermo gel ke dalam air suam dalam 10 minit. Kemudian lapkan thermo gel itu dan masukkan ke dalam sarung. Boleh tekapkan thermo gel di bahagian payudara.
  • Sejuk - Letakkan thermo gel ke dalam peti sejuk di bahagian beku selama 24 jam atau rendamkan dalam air sejuk selama 10 minit. Masukkan ke dalam sarung dan tekap thermo gel di bahagian payudara.


Nursing pad Avent terdapat 2 jenis iaitu untuk kegunaan siang hari dan malam hari. Ia digunakan untuk ibu sentiasa kering dan selesa sepanjang hari. Nursing pad ini mempunyai ultra yang nipis dengan bentuk yang lebih selesa. Mempunyai jalur pelekat memudahkan nursing pad melekat pada bahagian bra korang.

Ia sangat lembut seperti kapas dan mudah pengaliran udara. Nursing pad ini mempunyai lapisan penyerapan ultra untuk melindungi daripada basah. Selain itu juga, lapisan dalam dapat membantu mengelakkan puting rasa sakit.


Bagi mama ia sangat memudahkan mama dengan nursing pad Avent ini. Kualiti yang sangat bagus dan tidak bocor apabila digunakan sepanjang hari. Malah mama rasa kering dan sangat selesa. Jadi mama recommended sangat untuk korang yang pertama kali untuk menyusu bayi.

Untuk ibu-ibu yang ingin beli set Avent Breastfeeding atau barangan Avent yang lain boleh terus dapatkan di SINI. Sempena ulang tahun Lazada yang ke 5 korang boleh shopping dari 22 March - 24 March 2017 dan dapatkan pelbagai tawaran diskaun yang menarik pada hari tersebut.

Jangan lupa shopping di LAZADA

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook