Product Review

Carrie Junior | Kini Dalam Pek Isian Semula dan Mudah Digunakan

12:09 AM

Kalau sebut CARRIE JUNIOR, anak-anak mama memang orang pertama yang happy. Almaklum la mereka dah menjadi kanak-kanak mama pastikan kulit mereka sentiasa lembap, wangi serta mereka segar dan bersih sepanjang hari.

Lebih daripada 20 tahun, CARRIE JUNIOR telah mencipta jenama yang dipercayai dalam pasaran penjagaan diri kanak-kanak yang dirumus khas untuk kanak-kanak dan bayi. Sebagai jenama yang dipercayai, CARRIE JUNIOR sentiasa mencari cara baru bagi memenuhi keperluan pengguna setia yang sentiasa mengutamakan nilai dan kualiti.

Sekarangkan kos sara hidup telah meningkat jadi mama sebagai pengguna harus mencari alternatif untuk mengurangkan perbelanjaan setiap bulan. Namun bajet yang ketat tidak bermaksud untuk mengorbankan keperluan penjagaan diri terutamanya untuk anak-anak. Jadi mama akan memilih CARRIE JUNIOR Refill Packs.


CARRIE JUNIOR menawarkan pek isian semula dan ia suatu pilihan penjimatan kos yang sangat menarik. Pek isian semula mudah guna dan menjimatkan ini bukan sahaja khas untuk pengguna setia tetapi ia sesuai untuk pengguna baru yang ingin mencari produk penjagaan diri buat si manja tanpa perlu berbelanja lebih.

Pek isian semula ini turut membantu memulihara alam sekitar kerana ia mengurangkan keperluan membeli botol mandian baru yang akanmeningkatkan pembaziran sisa plastik dan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar. Dengan CARRIE JUNIOR Refill Packs ini dapat menjimatkan kewangan ibu bapa dan menyelamatkan alam sekitar.

Baby Hair & Body Wash | Cheeky Cherry & Groovy Grapeberry

Baby Bath | Cheeky Cherry & Groovy Grapeberry

CARRIE JUNIOR Refill Packs kini tersedia untuk rangkaian Hair and Body Wash dan Baby Bath. Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito-E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari. Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.

Anak-anak happy mama pun turut happy

Rangkaian Carrie Junior ini termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil telah diiktiraf Halal

Pek isian semula CARRIE JUNIOR Baby Bath 500g berharga RM8.90* (Semenanjung) dan RM9.30* (Sabah dan Sarawak) manakala CARRIE JUNIOR Hair and Body Wash terdapat dalam harga RM9.90* di (Semenanjung) dan RM10.40* (Sabah dan Sarawak). Produk Carrie Junior ini boleh didapati di gedung-gedung runcit terkemuka, pasaraya hyper, pasaraya dan farmasi terkemuka di seluruh Malaysia. *Harga termasuk GST

Untuk maklumat lanjut boleh layari Website Carrie Junior & Facebook Carrie Junior

Love,

You Might Also Like

8 Comments

  1. syok ni ada pack refill...suka carrier junior...wangiiii

    ReplyDelete
  2. Anak buah CR pun memang suka carrie junior ni. Ada refill pack ok sikit

    ReplyDelete
  3. Anak Kak Sue pun pakai Carrie Junior juga :)

    ReplyDelete
  4. Suka carrie junior sebab wangi. Kita masih menunggu ni ☺☺

    ReplyDelete
  5. amboiii...bestnyaaa....
    nieyl xde anak lagi...
    Kalau de..nieyl pun akk guna produk CJ ni... :)

    ReplyDelete
  6. Bertahun tak yah beli mandian ni mama jue.. Save bajet gituu... best..!!

    ReplyDelete
  7. anak-anak kami pun suka carrie junior ni wangi

    ReplyDelete

Like us on Facebook