Event Review

"Confident Swimming Babies & Water Safety" Oleh Bryan Yap di The Parenthood, Sunway Pyramid

12:51 PM

Pada Sabtu baru ini, mama telah dijemput oleh Jane Chua untuk menghadiri satu workshop Confident Swimming Babies & Water Safety di The Parenthood Sunway Pyramid yang berkolaborasi dengan Cheekaaboo. Jemputan penceramah pada hari itu adalah Mr Byran Yap yang merupakan seorang pengajar kelas renang yang berpengalaman lebih 23 tahun.


Korang tahu tak kanak-kanak dan air memang tidak dapat dipisahkan. Bukan kata kanak-kanak jer malah orang dewasa seperti kita pun turut suka dengan air. Contohnya kalau dapat mandi sungai, mandi kolam atau mandi taman tema. Hahaha memang dah masuk dalam air memang susah la nak keluar dari air bukan. Mama rasa bertuah juga kerana telah terpilih untuk menghadiri workshop yang singkat ini. Walau workshop ini selama satu jam tapi ia sangat memberi informasi yang berguna.

Sampai jer di The Parenthood, anak-anak telah diberikan tiket pass percuma ke Playland Parenthood. Legalah kejap boleh mama dengar workshop dari Mr Bryan Yap dengan tenang. Di The Parenthood ini kalau ibu bapa nak bershopping beli barangan baby korang boleh jer tinggalkan anak-anak korang di Playland Parenthood. Tapi ada bayarannya yer. Hehehe.. Di situ pengawasan sangat selamat so korang jangan risau ok.

Budak tak sabar nak main!!!

Best kan.. mama pun teruja nak masuk tapi ada baby kecik mama tengok jer dari luar. 

Korang ada terfikir tak walau anak-anak kita suka bermain dengan air tapi dalam masa yang sama boleh mendatangkan bahaya kepada mereka. Even air sedikit dalam besen pun boleh terjadinya lemas. Jadi kita sebagai ibu bapa kena berhati-hati dan monitor anak-anak tidak kira dimana jua. 

Dalam workshop ini, Mr Bryan Yap memberi panduan keselamatan, teknik CPR, dan tips untuk anak-anak bermain dalam air kepada semua ibu bapa muda. Mama yakin setiap ibu bapa mesti ada pengalaman melibatkan anak-anak dengan air. Macam mama sendiri pun ada pengalaman dimana anak mama sendiri pernah tersedak air semasa mandi dalam kolam. 


Mama baru perasan patut la semasa mandikan bayi yang baru lahir mesti bayi akan mengalami terkejut dan menangis. Ini kerana setiap kanak-kanak akan melalui proses pembelajaran dari bayi lagi. Jadi ketika mandikan bayi kita sebagai ibu bapa harus mandikan anak perlahan-lahan. Selain itu juga untuk mandikan bayi haruslah kita kena mencuba dulu kehangatan air samada panas atau tidak. Barulah bayi korang tak akan terkejut apabila pertama kali mandi. 



Yang paling mama belajar adalah teknik CPR. Ok ini memang mama tak tahu langsung macam mana nak melakukan untuk anak kecil. Mr Byran Yap telah menunjukkan cara-cara CPR yang betul jika berlakunya anak tersedak atau lemas dan sebagainya. Dengan menggunakan 2 jari tekan di bahagian dada (ditekan secara lembut dan konsisten) dan hembus nafas secara perlahan di mulut. 

Lagi satu tips adalah ibu bapa seharusnya tenang apabila terjadinya kes sebegini dan ibu bapa harus mengawasi anak-anak ketika bermain air tidak kira di rumah, kolam, sungai atau dimana sahaja. Sekiranya anak-anak hilang dari mata kita, haruslah ibu bapa cuba mencari didalam air kerana takut mereka akan lemas. 


Untuk memberi keyakinan dan keberanian anak-anak semasa di dalam air, ibu bapa boleh menghantar mereka ke kelas-kelas renang yang bertauliah agar mereka belajar teknik renang dan teknik pernafasan ketika di dalam air dari seawal umur 6 bulan. 

Terima kasih kepada Cheekaaboo kerana menghadiahkan pakaian renang kepada anak mama. Untuk pengetahuan korang, jenama Cheekaaboo ini sangat disyorkan kepada semua ibu bapa kerana mempunyai kualiti yang terbaik serta mempunyai "sistem buoyant" dimana ianya boleh terapung dan selamat untuk kanak-kanak. Selain itu juga, baju renang ini mempunyai pelindung matahari serta memanaskan badan anak selama 30 minit.



Terima kasih sekali lagi kepada Mr Bryan Yap, The Parenthood dan juga Cheekaaboo atas jemputan ke workshop yang sangat manfaat kepada mama serta ibu bapa yang lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai :

Mr Bryan Yap : www.facebook.com/bryanyks
The Parenthood : www.theparenthood.com.my
Cheekaaboo : www.cheekaaboo.com

Love,
/>

You Might Also Like

8 Comments

  1. syok dpt join event camni..xdpt join aritu sbb clash ngan wedding

    ReplyDelete
  2. Comel sangat2 baju untuk kanak2 tu! hehehe.
    bagus entry ni kak, sangat membantu untuk ibu bapa yang baru dapat anak dari segi penjagaan mereka.

    ReplyDelete
  3. Wahhh CPR yang penting untuk tahu tu.

    ReplyDelete
  4. bestnyaaa mama jue. seronok anak anak tau.

    Jom ke Blog Uyul Rosli >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  5. comel je swimming suit tu. hihhi. bagus event mcm ni utk tambah knowledge!

    ReplyDelete
  6. bagus! kecik2 dah bagi overcome fear tu.

    ReplyDelete
  7. Bestnya belajar tips macam ni. Dulu masa kerja ada juga training CPR ni, dah lama tinggal memang tak tau nak buat dah lepas ni

    ReplyDelete

Like us on Facebook