Family Day

Family Day @ Primula Beach Hotel | Day 2 - Sukaneka

8:42 AM

Untuk hari ke 2 pula, pagi-pagi kami semua siap pakai baju sedondon untuk family day. Hahhh pagi tu ada acara sukaneka. Alamak dah lama tak join sukaneka, sukantara dan termasuklah aktiviti mengeluarkan peluh ni. Hahaha. Sebelum mula sukaneka kami makan dulu di cafe hotel. Kalau dah kata datang Terengganu ni tak pekena nasi dagang memang tak sah la bukan. Tapi dek kerana nasi dagang dibuat dari pulut so mama tengok ajer. Serem nak makan pulut mau angin badan mama. Almaklum la mama kan baru lepas bersalin so kena pantang sekurang-kurang setahun ok. 

Sarapan pagi mama pada hari tu.. sedap.. berulang jugak mama makan takut lapar. hahahah

Tak ingat pulak pukul berapa start sebab tunggu yang lain turun makan. Mama macam malas jer nak join aktiviti sukaneka kali ni sebab dengan ada anak kecik yang melekat kat badan macam mana la mama nak lari kan. Hehehe.. So mama jadi mem kejap la.. duduk dan memerhati jer. 

Nampak tak.. Huhuhu abis la muka mama semakin banyak ternak jerawat. haishhh

Untuk aktiviti sukaneka pada hari tu ada 6 games. Wahh kemahin tau nama games dia. memula masa adik ipar hantar kat wassap mama tergelak sikit. nama games kemahin uolls.. hehehe comel sangat nama games tu. Ok games terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu :-

1- Game Kanak-kanak 
  • Gorila Walk
  • Ka Ba Boom
  • Fast & Furious
2- Game Pasangan (Dewasa)
  • Dia gelek saya gelek
  • Muah3 sayang awak
3- Game kumpulan
  • Ko campak aku pun campak
Hahhh kan comel tak nama game ni. hehehe tapi mama tak fikir game apa sebenarnya tunggu jer.. Memula acara kanak-kanak dulu.. Dek kerana panas mama duduk ajer. Tangkap gambar pun kejap2. Heheh.. 

Alamak ni abis game apa ehh.. Dah nama game kanak-kanak ada yang kalah mulalah merajuk. Hehehe comel sangat.. Tetambah Qeram kalah jer dia cakap tidakkkk.. Ada yang merajuk lari jejauh tak boleh terima kekalahan pun ada.. memacam la kanak-kanak ni.. Teringat balik rasa lawak pulak tau..

Ini acara untuk orang dewasa.. Yang Muah3 sayang awak mama tak join.. Yang Dia gelek saya gelek tu mama join. Tahu tak permainan tu macam mana. Hehehe.. Alaa senang jer letak belon kat perut antara pasangan dan lari ke garisan penamat. Heheheh.. 

Selfie 4 beranak.. Dah berpeluh2 bebudak ni.. 

Ini pulak game berkumpulan Ko campak aku pun campak. Ingatkan campak apa.. ohh campak getah rupanya.. ingat campak anak.. kekekek.. 

Nampak tak kegigihan budak Qeram tu.. kofkofkof.. cute bebenar nak campak.. 

Selesai jer 6 games semua pakat berehat dan minum air.. Dari mula datang Terengganu sampai hari ke 2 asyik minum air jer.. minum air kosong & air 100+.. Almaklum la cuaca sekarang panas so kena banyak minum air.. Ok kemudian acara sesi penyampaian hadiah. Hahh time ni mula lah adengan anak-anak yang menangis tak dapat hadiah.. aduii comel la memasing.. 

Yeaaa Qebal menang.. 

Sebenarnya Qebal menang lagi tapi Qeram tengok abang dia dapat dia pun nak jugak.. ok la bagi sama rata.. kang menangis jenuh pujuk pulak.. 

Ehhh mama & papa pun menang laa.. Heheheh mama menang games Dia gelek saya gelek. Tapi mama gelek dengan papa + Qeisya melekat kat badan. Hahahah.. lawak betul.. 

Aktiviti santai.. Bukan selalu dapat macam ni.. 

Family Mama Jue.. Dah berlima.. Cukup kot tutup kilang dah.. heheheh

Last but not least.. Yehaaa gambar beramai-ramai.. ni pun ada yang tak ada sebab tengah kejar anak merajuk.. heheheh 

Lepas aktiviti sukaneka ni acara seterusnya sampai petang kang mama update next entri ya.. Heheh semua pakat letih memasing.. Tapi memang fun sangat!!!

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook