Web Review

Gogoprint Malaysia | Perkhidmatan Printing Card Secara Online

5:04 PM

Sekarang kan mama lah orang yang banyak sangat menggunakan perkhidmatan online. Dari shopping sampai lah nak dapatkan perkhidmatan buat business card pun mama buat online. Advance sangat kan. Yang mana kaki malas nak keluar jumpa orang cara online sangat membantu korang tau. Korang hanya duduk depan pc dan korang boleh tempah business card atau apa jua melibatkan printing dan setelah siap barang yang korang tempah akan sampai depan rumah korang. Best kan!!


Korang pernah dengar Gogoprint tak? Ok yang mana tak pernah meh mama cerita skit. Gogoprint.com.my merupakan percetakan dan teknologi dalam talian yang terkemuka. Gogoprint ini mempunya visi yang berbeza untuk membuat pesanan produk percetakan yang mudah dan sangat efektif serta sekaligus membantu perniagaan kecil dan sederhana untuk memasarkan perniagaan mereka sehingga berkembang. Di sini menggunakan mesin cetak yang berkualiti tinggi dan mudah untuk digunakan sistem pesanan dalam talian yang dipercayai.


Di Gogoprint ini menawarkan pelbagai perkhidmatan printing seperti business card, leaflets, tags, greeting card, sticker, bookmark dan lain-lain lagi. Korang tak perlu risau dengan Gogoprint ini kerana syarikat Gogoprint ini telah bertapak di Malaysia semenjak October 2016 lagi. Selain itu, kelebihan di Gogoprint seperti harga yang murah dan cepat siap dalam tempoh yang dijanjikan. Yang lagi menarik kepada pelanggan Gogoprint akan menikmati penghantaran secara PERCUMA ke seluruh Malaysia.

Macam mana nak menggunakan Gogoprint Malaysia ni meh sini mama citer skit. Korang hanya perlu beberapa langkah yang mudah sahaja ok. Jom tengok langkah-langkah cara untuk order product di Gogoprint ini.



1) Memula pilih produk yang korang nak buat. Mama pilih business card dan pilih format, jenis kertas dan lain-lain. Kemudian dalam masa yang sama korang pilih jumlah yang korang nak printkan dan tarikh bila produk tu sampai kepada korang.


2) Selepas itu masukkan ke dalam "shopping cart" dan kemudian "proceed to checkout". Mama memilih business card dan juga bookmarks.


3) Selepas checkout korang akan ke bahagian billing address. Korang pastikan alamat dan detail korang betul dan tekan "go to payment"


4) Di bahagian "Payment Method" korang akan pilih untuk bayaran samada Internet Banking, Debit / Credit Card atau Offline Bank Transfer. Korang hanya tekan "confirm & upload files" terus akan buat bayaran.


5) Selepas selesai bayaran korang akan dapat "confirmation & upload file". Setiap file yang korang buat sila pastikan dalam format pdf yer. Jika korang nak tukar design korang hanya perlu pergi ke My Order dan re-upload sebelum hari dan masa yang telah ditetapkan.

Akhir sekali pihak Gogoprint akan hantar pengesahan bayaran dan design melalui email dan korang tunggu untuk penghantaran barang dimana korang telah pilih tarikh untuk dihantar. 

Mudah bukan nak buat business card, bookmarks, card kawin ker apa sahaja di Gogoprint ni. Korang duduk di depan pc rumah korang dah korang dapat buat benda ni semua tanpa perlu keluar rumah. Kalau korang tak tahu design korang boleh sahaja tanya kepada Customer Service Gogoprint yer. 

Business Card - Lamination Glossy & Rounded Corner | 5 Boxes 

Bookmarks | 100 pcs

Tengok la hasil business card dan bookmarks yang mama tempah ni. Kualiti business card dan bookmarks sangat berkualiti. Sebenarnya penghantaran dijangka sampai pada 22 Mac 2017 tapi 18 Mac dah selamat sampai rumah mama. Sangat cepat perkhidmatan dari Gogoprint Malaysia. Terbaiklah!!! Memang recommended.

Untuk maklumat lanjut dan ingin menempah boleh layari :

Email : info@gogoprint.com.my
Phone : 03-2856 0791

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook