Product Review

Himalaya Herbals - Nourishing Skin Cream | Harga Terbaik di Lazada

6:01 AM

Sejujurnya ini pertama kali mama cuba menggunakan produk Himalaya Herbals. Sebelum ni memang tak pernah ambil peduli pun. Terima kasih Lazada sebab bagi mama cuba produk ni dan terus mama dah jatuh hati. Best betul la Himalaya Herbals Nourishing Skin Cream ni. Teruja betul guna. 

Himalaya Herbals - Nourishing Skin Cream

Nourishing Cream Skin ini sangat sesuai untuk kulit yang kering. Krim ini diadun dengan ekstrak Aloe Vera, Winter Cherry, Indian Kino Tree dan Pennywort India yang melindungi kulit kita daripada pencemaran dan cuaca kering. Selain itu, krim ini juga memberikan khasiat serta kelembapan berpanjangan. 

Kelebihan bahan-bahan dalam krim ini adalah :-
  • Aloe Vera yang terkenal dengan sifat penyembuhan serta kaya dengan enzim dan nutrien yang mempamerkan tindakan anti-bakteria dan anti-kulat. Ia juga melindungi UV secara semulajari, penghidratan, melembutkan dan menjadi sebagai pelembap kulit.
  • Winter Cherry adalah satu ejen anti-stress yang berkesan. Tumbuhan ini digunakan untuk tindakan antioksidan yang membantu pertumbuhan semula sel kulit. Bau winter cherry ini sangat wangi.
  • Indian Kino Tree mempunyai sifat astrigen yang berfungsi sebagai tonik kulit untuk meremajakan kulit wajah.
  • Indian Pennywort pula baik untuk kulit bermasalah seperti luka yang sukar sembuh dan ekzema berterusan.

Untuk penggunaan sangat mudah. Cuci tempat yang ingin disapu. Kemudian calit sedikit Nourishing Cream Skin perlahan-lahan ke seluruh muka, leher atau di tempat yang bermasalah seperti kering pada bahagian siku atau tempat ekzema. Untuk hasil yang terbaik gunakan dengan kerap.


Baru 3 hari mama gunakan produk ni tapi mama dah suka sangat dengan tekstur yang tidak berminyak dan krim ini mudah meresap ke dalam kulit. Mama memang ada masalah ekzema pada bahagian lengan. Kalau kering mesti akan gatal. Setelah sapu pada bahagian tersebut, ekzema mama tidak gatal malah sentiasa lembap sepanjang hari. Yang paling mama suka bau krim ini sangat wangi dan rasa tenang sangat. Krim ini boleh digunakan sebagai asas untuk make-up juga. 

Untuk harga Himalaya Herbals Nourishing Skin Cream ini hanya RM12.90 bagi 50ml korang boleh dapatkan di Lazada. Psssttt korang pada hari ini 22 Mac - 24 Mac 2017, Lazada akan buat sale sempena ulang tahun yang ke 5 dan korang akan dapat harga kebabom murah. Mama pun tengah survey Himalaya Herbals ni buy 1 free 1 hanya RM20.00. Murah tak!!! 

Untuk tengok Himalaya Official Store di Lazada boleh pergi SINI. Dan apa lagi jom la shopping di LAZADA!! Memang berbaloi-baloi.

Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

Like us on Facebook