contest

My Birthday Wishlist Dari ShopBack Malaysia

5:13 PM

My Birthday Wishlist Dari Shopback Malaysia | Sempena bulan hari lahir mama yang bakal tiba pada 10 March kali ini, mama ada benda idaman yang memang mama hajati. Mana lah tahu kan kita wishlist benda yang mama idamkan tetiba Shopback Malaysia akan tunaikan. Hehehe.. Ada 5 benda yang mama idamkan sempena hari lahir mama kali ini dari Shopback Malaysia. Korang tahu tak kenapa mama suka sangat shopping kat Shopback Malaysia ni. Ok meh mama cerita nanti mama akan listkan benda idaman mama untuk birthday tahun ini.


Menariknya shopping di Shopback ini adalah satu-satunya online cashback pertama di Malaysia dimana setiap hasil shopping online di website Shopback ini akan mendapat pulangan semula cashback. Memang untung sangat sesiapa sahaja kaki shopping online yang shopping di sini tau. Di Shopback ini terdapat 500 partner seperti Lazada, Booking, Zalora, Groupon, Foodpanda dan banyak lagi. Untuk pengetahuan korang, Shopback ini telah beroperasi di negara besar seperti Singapore, Philippines, Indonesia, India dan juga Taiwan.



Bagaimana nak dapatkan cashback di Shopback ini mudah sahaja. Korang hanya perlu ke website Shopback Malaysia, kemudian korang pilih nak shopping di Lazada, Zalora, Groupon dan sebagainya dan kemudian korang shopping sahaja apa yang korang mahukan. Hanya dalam 48 sahaja korang akan dapat cashback dan akan masuk ke dalam account korang. Senang bukan?

Hahh dah tahu cara-cara nak shopping di Shopback ini jom la tengok apa birthday wishlist mama dari Shopback Malaysia. Semuanya dari Shopback tau sebab nanti mama akan dapat pulangan cashback balik. Yang pasti berbaloi-baloi!!!


Wishlist Pertama

Sempena birthday mama kali ini, mama rasa nak ada "me time" la. Semenjak dah tak bekerja ni mama memang tak ada peluang langsung untuk berehat sepuas-puasnya. Ye lah tambah mengurus keluarga dan juga rumah memang satu cabaran besar buat mama. Jadi mama ingat mama nak bercuti dekat-dekat sini jer. So mama buat pilihan hendak bercuti di Port Dickson. Mama pilih percutian yang murah ini di Fave by Groupon. Memang cukup murah pakej harga hotel ni hanya RM140 sahaja untuk 2 hari 1 malam di The Grand Beach Resort Port Dickson merupakan pilihan pertama birthday wishlist mama. 

Wishlist Kedua

Yang ke duanya pula, dah kata nak pergi bercuti mesti mama perlukan luggage. Dah lama asyik nak beli tapi tak terbeli-beli pun. Hahaha. Yer lah luggage ni penting juga kalau nak pergi bercuti bersama keluarga ok. Dengan luggage ini mama senang la nak packing baju-bajan 5 beranak kami. Dah banyak anak so banyak la baju dan juga luggage nak kena ada kan. Ini mama pilih di Lazada tau harga nya RM249.00 siap dapat 3 ketul luggage ni. Giler murah!!

Wishlist ketiga

Ini wishlist ke 3. Memandangkan kalau dah pergi holiday kat hotel dan tepi pantai mama memang memerlukan swimwear muslimah ni. Kira proper la skit kan. Dengan adanya swimwear muslimah ni mama takder memalu kucing lagi nak terjun mandi kolam kat hotel. Hahaha.. Harga pun murah jer kat Lazada ni tau RM126.00 sahaja.

Wishlish Keempat

Wishlist keempat pula adalah topi pantai. Hahaha kemahin mama kalau dah pergi tepi pantai nak kena ada topi ni kira sambil bercuti sambil bergaya gitu. Hehehe. Topi ni boleh dapatkan di Zalora hanya RM49.00. Dari atas sampai kebawah la wishlist birthday mama ni tapi kan dah macam melaram la pulak. 

Wishlist Kelima

Yang terakhir mama punya birthday wishlish adalah perfume mahal. Hehehe.. kalau perfume mahal sampai ratus-ratus memang mama tak pernah beli kalau setakat bawah RM50 boleh la beli selalu. Kira sempena birthday wishlist mama tahun ni mama nak sangat perfuma Anna Sui yang mahal RM233 ini dari Hermo. Bayangkan kalau pakai perfume mahal ni mesti sebatu korang dah boleh bau wangi kan. Hahahha


Ada yang tak berapa paham lagi dengan Shopback ni. Korang boleh tengok video ni macam mana nak gunakan Shopback. Yang pasti mama memang suka sangat Shopback ni sebab setiap korang shopping korang akan dapat pulangan cashback balik. Kira untung sangat tau kira korang shopping korang dapat balik duit walau tak banyak tapi kalau simpan sikit-sikit boleh dapat banyak bukan. Sebelum shopping di Shopback ni korang kena sign up di sini dulu tau http://www.shopback.my/referral/invite

Dengan harapan sempena birthday mama kali ini wishlist mama tercapai la hajatnya. Tak dapat semua tapi dapat salah satu di atas pun kira bersyukur sangat tau. Korang doakan mama yer untuk dapat hadiah birthday dari Shopback Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut mengenai SHOPBACK boleh layari :

Website : www.shopback.my
Facebook : www.facebook.com/ShopBackMalaysia
Instagram : www.instagram.com/shopbackmy


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook