Press Release

Pharmaton® Memberi Ganjaran Terhadap Pencapaian Anda

9:43 PM

Keazaman boleh datang dalam pelbagai cara. Sesetengah individu berjanji untuk mengamalkan pemakanan yang lebih baik, memilih hobi baharu, meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga mahupun menghentikan tabiat buruk. Namun, seperti yang diketahui umum, ia bukan mudah untuk dicapai. Pada 2017, Pharmaton​® ​ ingin memberikan ganjaran kepada mereka yang bersemangat untuk mengekalkan azam tahun baru dan mencapai pencapaian yang lebih besar serta baik sepanjang tahun ini!

Disebabkan Pharmaton​® memahami bahawa suatu pengiktirafan mudah dilupakan, jenama berkenaan memperkenalkan kempen baharu, “Ganjaran Pencapaian Anda”, yang menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengimbau pencapaian mereka pada tahun 2016 dan meraikan usaha keras yang diberikan, di samping memberi rangsangan agar mereka dapat memenuhi azam bagi tahun berikutnya. ​


“Kami di Pharmaton® benar-benar memahami kepentingan untuk mengiktiraf pencapaian rakyat Malaysia yang telah berusaha keras sama ada dalam kerjaya profesional, perkembangan diri atau membina hubungan yang bermakna. Kami amat teruja untuk melancarkan inisiatif baharu yang menggabungkan cita-cita yang dimiliki ​ Pharmaton® - menggalakkan peningkatan diri dengan mengambil tanggungjawab terhadap kehidupan dan kesejahteraan ​ diri mereka. Pharmaton® hadir dan bersedia untuk bersama anda dalam mendepani cabaran hidup yang mendatang,” kata Cik Carmenza Alarcon, Ketua Penjagaan Kesihatan Pengguna Malaysia / Singapura, Sanofi-aventis (Malaysia) Sdn Bhd.


15 orang rakyat Malaysia akan ditaja Pharmaton​® dalam mencapai matlamat tahun 2017 mereka. Pemenang terpilih ini akan diberi pilihan untuk memilih bidang yang ingin dicapai daripada empat teras yang berkaitan – kesihatan, pembangunan diri, memanjakan diri serta mengembara. Bukan setakat itu, Salah seorang daripada 15 pemenang ini akan berpeluang memenangi pengalaman memasak istimewa bersama chef selebriti dan duta jenama Pharmaton​®​ , Sherson Lian yang mana beliau akan mengajar penyediaan hidangan khas berdasarkan teras utama yang dipilih peserta.



Sherson Lian, yang dinamik, berjaya dan penuh bertenaga yang juga merupakan personfikasi sempurna seorang pengguna Pharmaton​®​ , komited untuk mengambil bahagian dalam kempen ini.

“Sebagai seorang chef, perancangan yang rapi, ketepatan dan fokus amat diperlukan. Sepanjang kerjaya saya, didapati bahawa adalah penting untuk meletakkan azam yang boleh dicapai pada setiap tahun dan berusaha untuk merealisasikannya. Sering kali kita lupa untuk meraikan kejayaan yang dicapai dan ​ disebabkan itu, Pharmaton® ingin memberi ganjaran terhadap pencapaian anda bersama anda. Saya amat berbesar hati dan teruja untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif bermakna ini,” kata chef selebriti, Sherson Lian. 


Untuk menyertai peraduan “Ganjaran Pencapaian Anda”, isi borang yang disediakan dan kongsikan bersama kami mengapa anda patut menang dalam 30 patah perkataan atau kurang. Anda kemudian boleh menghantar borang peraduan yang lengkap ke dalam sebuah kotak pungutan atau menerusi Whatsapp di talian 017 235 2960. Pencapaian yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang! Untuk lebih maklumat, sila lawat www.pharmaton.com.my.


Love,
/>

You Might Also Like

2 Comments

  1. Kagum dengan lelaki muda yang pandai memasak macam Sherson ni ^^

    ReplyDelete
  2. wahhh nak join lah peraduan ni...mn tau ada rezeki sy ;-)

    ReplyDelete

Like us on Facebook