Movies Review

Ter"marathon" Iron Man Series

4:36 PM

Kesian kan mama ni.. hahah orang lain dah tengok dah basi tapi mama is baru nak tengok.. Yer lah mama ni benda yang rasa macam bosan rasa macam takder point mama tak kan tengok. Ada sorang kawan dia obsess sangat citer Iron Man ni. Sampaikan baju iron man siap ada topeng iron man lagi. Memang peminat fanatik habis la orang kata. 


Sebenarnya mama tertengok Iron Man kat channel Astro Movies ritu.. Heheh free 48 jam layan la channel HBO Astro.. Sekali ada Iron Man ok tengok la memula macam citer apa ni best ker.. sekali hambekkkkk best la pulak.. cisss sebabnya best hero hensem + perangai selenge dia tu.. hahaha.. Hmm korang tau tak sampaikan mama pun termimpi Tony Stark dalam mimpi.. Ape ke hei si Tony masuk dalam mimpi aku ni.. ppffffttt... mengarut betul..

Hensem kan.. hahaha..

Lepas mama layan Iron Man 1, terus google cari Iron Man 2 dan Iron Man 3. Ada adik blogger cakap kena marathon sekali dengan cerita lain.. dah jangan hasut mama tau. mama nak tengok Iron Man jer.. Sebelum ni mama peminat citer X-Men sebab Hugh Jackman hahaha.. nampak tak mama kalau hero hensem mama layan la movie. kalo tak harem la nak tengok buat ubat mengantuk mama jer hahhh.. 


Iron Man 1 - Cerita yang memula ni pasal Tony Stark kena culik dengan kumpulan pengganas di Afghanistan kemudian pihak pengganas suruh Tony buatkan senjata untuk menyerang Amerika Syarikat. Masa dia kena culik dia buat Iron Man dalam gua tu dah teruja citer dia. Kiranya Iron Man 1 ni kalau nak pakai suit kena mesin pasang. Sapa tengok yang Iron Man 2 lagi best.. 


Iron Man 2 - Ini kisah bahagian pertama selepas dia bocorkan rahsia yang dialah Iron Man tu. Bahagian ke 2 ni, Iron Man memulakan perang dendam dengan Rusia. Mama bab-bab macam bosan mama tak berapa nak kusyuk tapi mama suka Iron Man 2 ni dia cipta suit Iron Man dalam bag. Kiranya mudah la dia nak transform jadi Iron Man. 


Iron Man 3 - Dalam movies kali ni Tony Stark berhadapan dengan bos Mandarin dengan musuh dia. Sapa nama tak tau tak ingat. Kali ni agak lucu skit citer dia kekadang si Tony ni mereng pun ada.. hahaha.. Part paling best dia dah buat suit dia tak perlu pasang guna screw, bag bagai tapi dia panggil guna tangan jer terus melekat kat badan dia.. perghh makin hebat la khennn.. Qeram pun suka tengok citer ni tapi tang part Iron Man la.. tang takder Iron Man dia tak tengok pun.. 


Lepas ni dah tak der ker Iron Man 4, 5, 6? Mama nak tengok ni.. muahahah.. sekarang kalau ajak en papa marathon tengok last2 dia yang tido.. hehhh baik mama tengok sorang2. Heheh.. hahhh korang nak marathon Iron Man ni nah mama bagi link.. tapi subtitle English la ehh.. Dah selamat marathon citer si Tony Stark ni.. mama dah habis dah.. 


Love,
/>

You Might Also Like

5 Comments

  1. Addudududu. uyul baru follow mama jue. selama ni duk baca cerita kat fb. haaa lepas ni nak selalu datang sini lahh. hehehe

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  2. best cita Iron Man ni..saya pun tengok bila encik suami kata jom tengok movie ni..best ..bila dah tengok rasa macam nak tengok lagi

    ReplyDelete
  3. Kalau dah start layan memang melayan terus sampai habis ☺☺

    ReplyDelete
  4. ye ke termarathon ni? hehehehe... apa2 pn cite best kan... layanzzz

    ReplyDelete
  5. Lagi best kalau marathon semua filem dalam Marvel Cinematic Universe ni...lepas tu berpinar la mata sebab tengok skrin laptop lama2...hehe

    ReplyDelete

Like us on Facebook