Press Release

Buffet Ramadhan 2017 | ‘SELERA ANEKA RASA’ di Kelab Rahman Putra Malaysia

3:19 PM

Salam korang. Ramadhan akan bakal kembali tidak lama lagi, semua umat Islam di seluruh dunia turut merasa gembira dengan kehadiran bulan yang mulia ini. Sempena menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini, Kelab Rahman Putra Malaysia amat mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk singgah dan menikmati juadah berbuka puasa dimana tahun ini buffet Ramadhan 2017 bertemakan "SELERA ANEKA RASA".


‘SELERA ANEKA RASA’ yang menyediakan pelbagai hidangan yang menyelerakan di mana terdapat lebih daripada 70 jenis sajian dari masakan Melayu, Cina, India, Timur dan Barat seperti kambing panggang, Nasi Briyani Hyderabad, Ayam Mentega Masala, Ulam-ulaman dan Kerabu. Disamping itu terdapat gerai-gerai yang menyajikan pelbagai jenis pencuci mulut seperti ais kacang, cendol, agar-agar dan aneka kuih muih.

 Ayam bakar ada

 

 Makanan wajib setiap bulan puasa, Kambing Golek

 Antara manisan kuih yang terdapat di sini



Aneka buah-buahan turut ada

 Disamping menikmati juadah, boleh lah mendengar halwa telinga dari band di Kelab Rahman Putra 

Buffet berbuka di Kelab Rahman Putra Malaysia akan bermula pada 29 hb Mei 2017 sehingga 22 hb Jun 2017. Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan harga promosi (Early Bird) yang bermula daripada harga serendah RM40.00 bersih / Dewasa untuk hari biasa (Isnin hingga Khamis) dan RM60.00 bersih / Dewasa untuk hujung minggu (Jumaat hingga Ahad), sila dapatkannya bermula dari tarikh 13hb April sehingga 15hb Mei 2017, manakala harga untuk warga emas dan kanak-kanak adalah adalah RM29.00 bersih setiap seorang. Hubungi kami di talian 03-6156 6870 sambungan 1303 / 1901 / 1903 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.


Untuk maklumat lanjut dan tempahan boleh hubungi :

Kelab Rahman Putra Malaysia
Jalan BRP 2/1, Bukit Rahman Putra
47000 Sungai Buloh
Selangor

Telefon : 03-6156 6870 ext 1903
Email : laily@krpm.com.my / elly@krpm.com.my

Website : www.krpm.com.my

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook