Product Review

Goo.N Limited Edition | Boleh Dapati Dengan Harga Menarik Di Lazada

5:56 PM

Kalau sebut jer Lazada memang mama suka sangat shopping online kat situ. Tahu tak shopping apa? Apa lagi shopping stok pampers la. Heheheh mak-mak memang macam ni tau.. korang tahu tak memang harga murah dan memang menarik minat mama untuk beli stok pampers kat Lazada berbanding di pasaraya. Korang bayangkan harga murah dan yang paling penting penghantaran percuma ok. Tak payah nak keluar rumah, shopping jer depan pc pun boleh.

Goo.N merupakan jenama lampin pakai buang berteknologi dari Jepun yang terbukti sangat berkesan untuk kegunaan pada pagi dan malam. Dah banyak kali mama cuba guna Goo.N diapers ni memang best sangat. Tambah Qeisya sekarang susah sangat nak bagi pakai jenis tape. Jadi dengan pants dari Goo.N ini sangat memudahkan sebab sarung sahaja.


Terima kasih Lazada Malaysia kerana bagi gift kat Qeisya untuk mencuba diapers Goo.N Friend Limited Edition ini. Untuk kali ni Lazada bermurah hati bagi 1 pek Goo.N Friend Pants Super Jumbo Doraemon dan Goo.N Limited Edition Penguin Baby Wipe Box. Mama happy la sebab bertambah stok pampers untuk Qeisya. Jom mama nak review dua produk dari Goo.N Friend Limited Edition dari Lazada ini.



Goo.N Friend Pants Super Jumbo Doraemon hanya terdapat dari size M, L, XL dan XXL sahaja. Dah nama pun pants tu yang mama suka sebab memudahkan mama sarung jer pakai macam seluar dalam gitu. Bagus untuk anak yang tengah lasak memang sangat memudahkan. Pants ini sangat lembut dan mempunyai getah di bahagian pinggang. Untuk kualiti penyerapan sangat bagus kalau pakai dari malam sampai ke pagi, permukaan pants sentiasa kering. Selain itu, di permukaan luar pants terdapat kartun animasi Doraemon yang sangat comel. 


Memula mama tengok Goo.N Limited Edition Penguin Baby Wipe Box mama ingatkan itik. Ehh salah rupanya.. Heheh yang sebenarnya penguin. Mama memang pengguna tegar baby wipes untuk kegunaan sendiri dan juga untuk Qeisya. Baby wipes ni memudahkan mama kalau nak guna di dalam kereta. Kira baby wipes ini penting dan penyelamat keadaan apabila takder air gituuu.. Yang menariknya wipes box ni kita tak perlu lagi risau kalau terdedah dengan udara. So, wipes sentiasa basah jer dalam box yang comel ini.

Tengok mudah bukan. Lepas ni boleh jer refill wipes dan letak dalam wipes box ni. Dijamin sentiasa basah dan tak perlu risau wipes tu kering.

Ok apa lagi ibu-ibu bapa-bapa yang nak beli diapers jenama Goo.N boleh cuci mata di Lazada tau sebab memang korang dapat harga yang sangat berbaloi-baloi di sini. Untuk shopping barangan Goo.N boleh terjah di Lazada.

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook