Iqeisya Haqriena

Hisap Ibu Jari Kaki Nak Adik?

10:10 AM

Hai korang lama pulak tak cerita pasal baby Qeisya ni. Alhamdulillah kemarin Qeisya dah 6 bulan. Yeaa Qeisya boleh makan solid food dah.. Mama is teruja sangat pasal bab makan-makan ni. Hehehe. Tak payah citer pasal solid food itu nanti mama buat entri. Itu pun kalau mama ada masa ehh.. Huhu..

Tapi ni hahhh pasal Qeisya hisap ibu jari kaki. Dah lama dah dia duk buat akrobatik la gimnastik la gimrama dan sebagainya ni. Asal hisap jer orang kata hahhh Qeisya nak adik. Hahhh tu tanda-tanda nak beradik baru.. Itu semua kata-kata orang tua.. huwaaa wehhh korang jangan la cakap banyak-banyak kali kan dah satu doa tu. Mama is tak ready lagi nak tambah anak tau. Sakit bersalin pun duk rasa lagi!! Takper mama pakai perisai tebal lagi.. kofkofkof.. 


Mama ni sampai google la pasai pa orang duk cakap hisap ibu jari kaki tu nak adik. Hehhh mama is seram la jugak korang asyik cakap gitu kang jadi betui naya mama.. tak pepasal tahun depan mama masuk labour room hospital lagi.. tak mau tak mauuuu.. hahaha.. Nasib ada doctor google. fuhh lega skit.. 

Sebenarnya baby yang suka hisap ibu jari kaki tu baby sedang merangsang otaknya berkembang. Setiap bahagian tapak kaki ada bahagian yang berfungsi terhadap organ tertentu. Macam baby nak tumbuh gigi, korang tengok bahagian mana yang sering menjadi perhatian baby. Baby akan menarik-narik bahagian belakang telinga yang tidak gatal kerana di belakang cuping telinga mempunyai dental reflexes. Hahh gituuu mama baca kat google yer.. hahahha

Tengok ibu jari kaki tu link ke otak dia tau. So makna kata dia nak banyak akal la.. hahahah

Ok lepas ni jangan cakap kata Qeisya nak adik.. Mama debik karang kahkahkah.. Lepas ni mama nak kena belajar tentang urutan baby pulak. Orang kata urutan baby ini dapat memanjakan dan menenangkan baby serta urutan itu juga dapat merangsang otak serta emosi baby. Tapi kan Qeisya ni tak dan nak urut apa-apa dah dia asyik nak menerap jer.. Hahahaha..

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook