Press Release

Kekal Bersih & Harum Di Lebaran Dengan Dettol dan Air Wick

6:51 PM

Ramadan adalah bulan yang mulia di mana umat Islam berpuasa dan bersyukur dengan nikmat kurniaan, serta menjalankan persiapan bagi menyambut Aidilfitri. Bermula dengan mengemas rumah, membeli baju baru, merancang menu berbuka puasa, sehingga membuat kuih raya, ini sememangnya musim yang sangat sibuk buat semua.


Sempena bulan yang mulia ini, Dettol dan Air Wick mengambil kesempatan untuk memastikan anda kekal bebas dan terlindung daripada kuman sebelum anda sibuk menjalankan persiapan sepanjang musim perayaan ini, dan pada masa yang sama, memastikan rumah anda kekal harum bagi pengunjung dan orang tersayang, terutamanya setelah memasak juadah Ramadan mahupun Aidilfitri!

Bayangkan adanya warna-warna menarik untuk menghidupkan suasana di ruang tamu apabila ada yang berkunjung. Sepanjang bulan Mei dan Jun 2017, anda hanya perlu berbelanja sebanyak RM25 atau lebih bagi produk-produk Dettol dan/atau Air Wick dalam satu resit, dan anda layak mendapat sebuah bekas kuih Raya untuk menyimpan kuih-muih kegemaran anda. Kumpul keempat-empat warna untuk menceriakan rumah anda! Semuanya boleh anda dapati di farmasi utama dan pasar raya di Malaysia.


Bukan itu sahaja! Layari laman Facebook Dettol Malaysia untuk mendapatkan Resepi Koleksi Khas daripada Chef Anis Nabilah, sertai pertandingan dalam talian kami dan anda mungkin berpeluang untuk membuat kuih bersama chef selebriti, Anis Nabilah! Anis dikenali ramai sebagai seorang chef yang versatil dalam masakan Malaysia dan antarabangsa, dan merupakan hos bagi beberapa rancangan masakan yang popular, seperti Eat Clean with Anis di Astro Bella dan 1, 2… Bakar! di TV3.


Dengan pembelian produk-produk Dettol dan/atau Air Wick yang bernilai RM25 itu, hantarkan penyertaan anda di laman Facebook Dettol Malaysia (www.facebook.com/DettolMalaysia) dan siapa tahu – anda mungkin menjadi salah seorang antara 8 pemenang yang dapat membuat kuih bersama Chef Anis Nabilah! Tempoh pertandingan adalah dari 1 hingga 14 hari bulan Mei 2017, jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini. Pertandingan dalam talian Dettol ini terbuka kepada rakan runcit terpilih Dettol iaitu Mydin, Econsave, Giant dan Tesco.

Diharap agar Ramadan semua berjalan dengan tenang dan penuh keberkatan dengan perlindungan bebas kuman dari Dettol serta wangian Air Wick di rumah. Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Dettol Malaysia bermula dari bulan Mei ini.

Love,

You Might Also Like

9 Comments

  1. suka ni.. tahan lama.. guna dalam bilik guru =)

    ReplyDelete
  2. Saya memang guna detol untuk mencucu segala2. Dah lama saya amalkan ni.

    ReplyDelete
  3. boleh tahan... bgs nih
    harga pun berbaloi2.... bekas comei tu pun menggoda sesuai utk raya, kalau bekas kaca tuh, bahaya skit

    ReplyDelete
  4. Dekat rumah saya memang guna airwick! hehe nanti boleh la beli satu lagi untuk tempat kerja pulak kan.

    ReplyDelete
  5. Kena beli banyak nih baru dapat semua bekas kueh raya..haha.

    ReplyDelete
  6. Menarik gak bekas kuih raya tu ☺

    ReplyDelete
  7. Dettol...dulu ada bau ubat sanitizer mcm kt hspital..lani da mcm2 bau ada...best2

    ReplyDelete

Like us on Facebook