contest

Neutrogena | Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub Terbaik Untuk Kulit

10:49 AM

Wanita yang ingin memiliki kulit wajah bersih, cantik dan berseri akan berkeyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai. Oleh itu, penampilan kulit wajah yang sempurna perlu dijaga bermula dengan cucian daripada pembersih terbaik seperti Neutrogena

Neutrogena Happy Skin 24/7 menawarkan set penjagaan wajah agar kulit wajah sentiasa bersih dan sihat. Bagi setiap kulit wajah manusia mempunyai kulit yang berbeza-beza seperti kulit normal, kering dan berminyak. Bagi kulit mama sendiri mempunyai kulit wajah berminyak dan bermasalah seperti blackhead di bahagian hidung. Terima kasih kepada Neutrogena Malaysia kerana hadiahkan mama 3 rangkaian Deep Clean untuk mama mencuba sendiri produk Deep Clean yang mana sesuai untuk kulit mama.


Hampir 2 minggu mama menggunakan Neutrogena Deep Clean ini dan ianya sangat natural, lembut dan wangi. Selain itu, ia mencuci muka mama dari dalam dan merasakan kulit mama betul-betul bersih. Dengan hanya sedikit sahaja boleh mengeluarkan buih yang banyak.

Deep Clean Neutrogena yang paling mama suka adalah Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub. Deep Clean ini dapat membantu menghapuskan bintik hitam dengan berkesan kerana terdapat microbeads dan fighting complex blackhead yang menembusi jauh ke dalam liang pori.


Bahan-bahan yang semulajadi dalam Deep Clean ini sangat terbukti berkesan mengawal minyak yang berlebihan dan memperbaiki liang pori di wajah serta membantu menghapuskan bintik hitam yang degil. Deep clean ini telah diuji oleh dermatologi dan bebas minyak serta non-comodogenic. 


Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub dapat menghaluskan kulit serta mampu mengikis permukaan sel kulit mati di wajah seperti bekas parut jerawat secara perlahan sehingga wajah tampak lebih bersih, lembut, licin dan bercahaya. 

Semenjak mama gunakan Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub ini wajah mama tampak lebih lembut dan yang paling menarik apabila mama memakai make up dengan sapuan foundation membuatkan wajah mama sangat licin dan make up tahan lama sepanjang hari.


Mama sangat recommended untuk korang yang mempunyai kulit masalah seperti mama. Mama pasti selepas korang mencuba dan pasti akan jatuh cinta dengan rangkaian Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub ini. Boleh dapatkan produk Neutrogena di pasaraya besar, farmasi dengan harga RM23.70 sahaja. 

Untuk maklumat mengenai Neutrogena boleh layari Facebook Neutrogena Malaysia dan Instagram Neutrogenamy

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook