Lunavie

Review | Deluxe Nail Clipper With Magnifier Dari Lunavie

5:00 PM

Benda paling mama gerun sebenarnya kalau nak ketip kuku si baby sebabnya jari dia kecik sangat. Kang terketip kulit naya tau. Tak pasal-pasal Qeisya nangis nanti. hehehe.. Sebenarnya mama pernah terketip isi masa Qebal masih baby lagi.. Hmm salah mama sebab mama guna ketip kuku besar dan sampai la sekarang mama macam takut sikit kalau nak ketip kuku ni. Kali ni Qeisya pulak mama kena rajin ketip kuku dia kalau tak habis dia mencakar muka mama. 

Nasib ada ketip kuku kecil siap ada kanta pembesar lagi. Wowww memula mama dapat produk dari Lunavie memang teruja giler.. Sebab comel sangat!!.. Mama ada ketip kuku jenis gunting kecik tapi tetap mama tak berani nak buat. Rasa lagi susah guna gunting kecik tu kan. Terima kasih Lunavie sebab bagi gift Deluxe Nail Clipper With Magnifier ni kat mama. Boleh la mama berani guna untuk ketip kuku anak dara mama tu.


Deluxe Nail Clipper With Magnifier dari Lunavie ini sangat unik dengan kanta pembesar dan sangat sesuai untuk digunakan ketip kuku jari kaki dan kuku jari yang kecil. Dengan adanya kanta pembesar yang boleh ditanggalkan dan boleh dilaraskan ke atas dan kebawah untuk kesesuaian ketika memotong kuku si manja dengan lebih mudah. Permukaan ketip disaluti dengan getah bagi memudahkan cengkaman jari ibu untuk mengetip tidak terlepas dari cengkaman jari. 


Mama paling suka ketip kuku yang ada kanta pembesar ni sebab mudah bagi mama nak ketip kuku Qeisya. Almaklum la jari dia kan kecil so dengan ada kanta pembesar ini mama boleh nampak kuku dia dengan mudah dan cepat untuk mama ketip dengan pantas. Getah yang disaluti ketip kuku ini memang mencengkam jari mama dari terjatuh. Ia sangat selamat digunakan bagi baby yang masih kecil dan baby yang tengah aktif. 


Deluxe Nail Clipper With Magnifier dari Lunavie sangat recommended untuk ibu bapa yang ada anak kecik macam mama. Nail clipper ini sangat kecil dan senang dimuatkan ke dalam handbag mama. Lepas ni mudah la mama nak ketip kuku di mana sahaja. Untuk nail clipper ini terdapat dalam 2 warna iaitu pink dan green. Harga untuk Deluxe Nail Clipper With Magnifier hanya RM17.90 sahaja. 

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :

Website : www.lunavie.com



Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook