Product Review

Review | Rosetyara Foundation Yang Viral

5:44 PM

Wehh korang ingat makanan jer yang viral? Nahhh foundation pun viral jugak tau. Ok honestly mama dah lama dengar pasal foundation Rosetyara ni tapi biasalah mama jenis alaa foundation jer pun. Tambah mama ni dah tak kerja lagi lah jarang makai foundation. Itu pun pakai kalau ada event or weekend jer keluar rumah. Takkan la mama nak pakai foundation duduk rumah kan... Satgi en papa kata mama buang tebiat apa duk rumah pakai foundation kan hahahha..


Terima kasih kepada Alia sebab sudi bagi mama review produk Rosetyara Foundation yang tengah hot letop + viral ni. Ramai orang cakap foundation ni siap cover habis muka dari cacat cela parut, jeragat dan sebagainya. Betul ker?? Dan mama mencuba sendiri memang wowwwwww sangat... hahhh banyak tak wowwwww tu.. hehehe.. Satu lagi muka mama ni jenis kuat berpeluh. kalau kata pakai foundation lain habis la kompom cayaq + bercapuk sebab duk touch up kan. Tapiiiii pakai Rosetyara foundation ni engko berpeluh tapi still maintain jer mekap tau. best giler kot!!!! Adehh keterujaan pulak mama citer pasal pondesen ni.. Kalau cakap kat en papa dia buat mata ke atas jer lah.. orang laki tau apa..

Ok foundation Rosetyara ni ada 3 code warna yang berbeza iaitu :

Violet  
- Sesuai untuk kulit Hitam Manis / Tan Skin
- Boleh mix dengan Lily atau Rose
- Boleh digunakan sebagai shading

Rose
- Sesuai untuk kulit Asia / Kuning Langsat / Sawo matang
- Boleh mix dengan Lily atau Violet
- Tekstur Rose sangat pekat, calit sedikit boleh cover full satu muka

Lily
- Sesuai untuk kulit cerah / putih
- Boleh mix dengan Rose atau Violet
- Boleh digunakan sebagai Highlight atau Concealer

Code warna Rosetyara + Mix foundation

Untuk pengetahuan korang, kebanyakkan MUA selalu sangat guna foundation Rosetyara ni untuk mekap artis, mekap kawin dan mekap harian. Tak percaya korang tengok MUA Bellaz kat FB selalu sangat dia guna foundation ni tau. Ehh berbaloi lah guna sebab memang tahan lama. Bagi wanita kalau mekap still maintain terletak kat muka tu seronok sangat!!!.. tak gaduh nak touch up muka 44x gitewww.. 

Bagi sesiapa yang ingin dapatkan foundation Rosetyara ni nanti mama akan kasi detail kat bawah. Sebelum tu korang boleh dapatkan foundation ini dengan 2 size berbeza. Untuk botol bersaiz 40 g dan juga trial set seperti gambar kat bawah ni. Selain foundation Rosetyara yang viral tu ada lagi produk Rosetyara seperti Loose Powder untuk finishing dan memberikan kesan yang glowing dan flawless serta mengawal minyak di muka. Dan satu lagi CC Cream untuk Primer, Base Makeup dan turut merawat kulit muka. 

Set trial yang comel. Ehh comel-comel tapi boleh bertahan lama tau.

Cun tak mama.. tapi mama terpaksa ketap bibir sebab bibir tengah sakit.. hahaha yang penting mama pakai foundation tu cover seluruh muka tanpa nampak parut jerawat. Hahh best kan.. yang penting calit-calit dah jelita uolls.. 


Harga Rosetyara 
  • Foundation [Lily, Rose, Violet] - Size 40g RM98.00 | Size Mini Trial RM25.00
  • Radiance Powder - Size 15g RM55.00 | Size Mini Trial RM28.00
  • CC Cream - Size 50g RM89.00 | Size Mini Trial RM25.00
Mini Trial Set - Radiance Powder, CC Cream + 2 code Foundation Rosetyara hanya RM103 sahaja

* Untuk harga diatas belum termasuk harga postage

Untuk sebarang pembelian boleh hubungi Puan Alia melalui :



Instagram : www.instagram.com/aliafarhan / 

Email : aliafarhansaid@gmail.com

Whatsapp : 013-336 3775

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook