Event Review

Tea Time Gathering by Babyhood Malaysia di Little Kingdom

2:00 PM

Pada 8 April yang lalu, hmmm lamanya baru update maaflah memang agak kelam kabut dengan baby yang semakin lasak ni. Dah tak boleh tinggal ada jer dia nak berdiri sana sini. Hehehe. Ok sebelum tu mama nak cerita pasal event Tea Time Gathering by Babyhood Malaysia di Little Kingdom. Pertama kali mama jejak kaki di situ. Menarik sangat Little Kingdom tu dah macam dalam dunia fantasi kanak-kanak yang penuh ceria dengan warna warni. Tetiba jadi kanak-kanak pulak masuk situ.


Sebenarnya pada hari itu, Babyhood Malaysia mengadakan gathering sempena mengenalkan barang-barang jenama Babyhood Malaysia. Babyhood Malaysia merupakan pengedar kelengkapan kanak-kanak dan seisi keluarga yang sangat mementingkan keselesaan dan kualiti serta keselamatan pengguna iaitu kanak-kanak.


Syarikat Supreme Global Marketing Sdn Bhd merupakan syarikat yang telah ditubuhkan pada tahun 2010 dan pengedar ekslusif barangan Babyhood dan Nuna di Malaysia. Mereka berpengalaman lebih 20 tahun dalam industri produk nurseri. Jenama ini dihasilkan di bawah piawaian Australia dan telah diuji dan ditadbir oleh INPAA (Infant & Persatuan Nursery Products of Australia). 

Ini kerana objektif utama untuk menerajui produk nurseri lebih selamat dan menggalakkan para pengguna mengguna produk yang selamat. Walau produk kesemua ini dikeluarkan di Australia, mereka sangat terperinci menghasilkan produk yang berkualiti tinggi untuk kesemua pembeli.


Produk Kaylula Series. Untuk melihat lebih lanjut boleh tekan SINI

Siap boleh jadi kerusi dan meja. 5 in 1 tauuuu

Kemudian pihak Supreme Global Marketing Sdn Bhd mengeluarkan produk untuk ibu menyusu iaitu kerusi malas yang inovatif atau dikenali Gliding Feeding Chair yang memberikan keselasaan kepada ibu yang menyusu badan dengan mudah dan tidak rasa sakit. Kerusi ini boleh dilaras untuk memberikan keselasaan ketika menyusu anak serta bentuk yang fleksibel agar memberi sokongan pada leher, bahu serta tulang belakang.


Sangat selesa kerusi ni memang terbaik

Menarik ni bukan ibu jer bapak pun kompom terlena atas glider chair ni

Selepas selesai event dah nama pun Tea Time kan apa lagi makan la.. Makanan di Little Kingdom memang awesome sedap!!

Terima kasih Babyhood, Motherhood dan Little Kingdom kerana menjemput mama untuk hadir Tea Time Gathering tempoh hari.

Antara blogger yang datang memeriahkan majlis

Bagi yang ingin melihat barangan Babyhood boleh terjah laman web yang mama detailkan di bawah nanti ya. Ok khas buat pembaca dan follower MamaJue yang ingin mencari produk nurseri yang terbaik dari Babyhood korang boleh nikmati kod voucher sebanyak 15% ini dari 21 April - 21 Mei 2017. 

BLG09

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari laman web :

Website : www.babyhood.com.au
Website : www.supremeglobal.com.my
Facebook : www.facebook.com/babyhoodmalaysia
Instagram : www.instagram.com/babyhoodmalaysia

Atau boleh datang ke alamat :

SUPREME GLOBAL MARKETING SDN BHD
21-2 Jalan USJ 21/1
47630 Subang Jaya, Selangor
Telefon : 03-8023 3277
Email : admin@babyhood.com.my

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook