Event Review

The Boss Baby | Movie Time Sponsored by Motherhood.com.my

10:01 PM

Pada Ahad lepas, mama dan keluarga berpeluang untuk menonton preview screening movies "The Boss Baby" anjuran Motherhood.com.my. Terima kasih kepada GSC 1 Utama dan Motherhood.com.my kerana memberi tiket percuma untuk mama dan keluarga menonton movie ni. 

Ohh sebelum itu mama sebenarnya memang mama kaki shopping online. Di website Motherhood.com.my ini memang menjadi pilihan mama kerana terdapat pelbagai barangan baby dan kanak-kanak serta barangan keperluan ibu juga turut terdapat di website ini. Yang paling menarik di website Motherhood.com.my ini terdapat banyak diskaun yang menarik untuk ibu-ibu shopping online dengan hanya hujung jari anda sahaja. So, nak shopping bolehlah terjah website www.motherhood.com.my



Kali terakhir mama menonton movies dengan anak-anak masa cerita Upin Ipin. Kali ni memang nak have fun sangat dan enjoy untuk tengok movies ni. Cerita ni memang best, tak berat, banyak pengajaran dari movies dan sangat sesuai untuk keluarga terutama anak-anak. Selain anak-anak gembira mama pun turut rasa terhibur dengan cerita The Boss Baby yang comel ini.


Kids excited nak tengok siap bangun awal tau.. 


Filem ini berdurasi 1 jam 30 minit dengan mengisahkan sebuah keluarga dengan kehadiran seorang bayi, dimana bayi tersebut bukan sebarang bayi tapi bayi ini sangat unik kerana boleh bercakap seperti orang dewasa tapi tidak diketahui oleh keluarganya.

Pada awal cerita ini, seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 7 tahun bernama Tim, yang sangat gembira dan bahagia bersama ibu bapanya. Tetapi setelah munculnya kehadiran bayi dalam keluarganya membuat segalanya berubah. 

Ibu bapa Tim telah banyak habiskan masa bersama bayi sehinggakan Tim merasakan bayi tersebut bukanlah bayi yang biasa tetapi bayi itu boleh bercakap seperti orang dewasa. Munculnya bayi tersebut untuk menyelesaikan satu misi rahsia. 

Apa misi rahsia itu? Nak tahu macam mana hubungan Tim dengan bayi tersebut korang wajib tonton di pawagam sekarang yer. Cerita ni memang best dengan watak animasi yang super comel dan yang paling best kelakar tau!!

Macam boss jer baby ni.. heheheh

Cute kan...


Terima kasih sekali lagi kepada pihak GSC 1 Utama dan Motherhood.com.my kerana menjemput untuk menonton preview screening The Boss Baby. So, ibu bapa boleh lah bawak anak-anak untuk menonton filem yang santai dengan penuh sarat nilai murni dalam filem ni. Yang pasti memang best!!

Love,

You Might Also Like

5 Comments

  1. Huwaaaa bestnye dapat tgk filem ni... Kene tengok nanti ni.. hehe

    ReplyDelete
  2. Tak sampai hajat fae nak tgk movie ne kat wayang because si teman sudah pi outstation :(

    ReplyDelete
  3. Bestnya dapat tgk masa preview screening. Rezeki Jue sekeluargašŸ˜

    ReplyDelete
  4. bestnya...free plok tu..

    baru ni fasya nk tgk gak cerita ni..last2 layan beauty n the beast lah..hehe

    ReplyDelete
  5. Best juga la tengok Boss Baby ni...gelak2 je tengok gelagat Boss Baby tu...hahah

    ReplyDelete

Like us on Facebook