Buffet Ramadhan

Buffet Ramadhan 2017 | "Under The Stars" di ASAP Steamboat & Grill

3:10 PM

Hi korang.. Lagi beberapa hari lagi kita akan berpuasa. Korang dah prepare nak puasa belum? Ok memandangkan kita akan berpuasa sebulan, mama nak mencadangkan korang berbuka puasa di satu tempat yang santai dalam suasana kampung. Tempat yang mama maksudkan adalah ASAP Steamboat & Grill di Puchong Selangor. 


ASAP Steamboat & Grill dan Nurul Izzah Catering membawakan Buffet Ramadan bertemakan "Under The Stars" akan bermula pada hari ketiga Ramadan , bersamaan dengan 29 Mei 2017 hingga ke hari ke 26 Ramadan, iaitu 21 Jun 2017. Gabungan konsep "steel and nature under the stars" yang dibawakan oleh Nurul Izzah Catering dan ASAP Steamboat & Grill untuk suasana berbuka puasa pada Ramadan kali ini sememangnya amat mengujakan terutamanya bagi warga kota yang menginginkan pengalaman berbuka puasa dalam suasana kampung.

Konsep "steel" diilhamkan daripada struktur kontena yang diperbuat daripada besi. Manakala "nature" merujuk kepada lokasi Buffet Ramadan ini diadakan, iaitu dalam kawasan kampung. Sementara "under the stars" menawarkan pilihan menikmati juadah berbuka puasa dan makan malam di bawah langit terbuka selain ruang lain berbumbung seperti mana lazimnya.


Keistimewaan lokasi Buffet Ramadan ini adalah kedudukan dalam kampung yang terletak di tengah-tengah bandar Puchong dan USJ Subang Jaya. Lokasi ini terletak di Kampung Tengah, Puchong berdekatan dengan One City, USJ Subang Jaya. 

Dengan kemampuan untuk menempatkan seramai 400 pengunjung pada satu-satu masa, Nurul Izzah dan ASAP Steamboat & Grill amat yakin dapat memenuhi keperluan berbuka puasa yang ditempah pelanggan. Selain itu, kafe kontena ini juga dilengkapi dengan tandas awam dan surau yang selesa. Tidak lupa juga halaman di bahagian luar untuk anak-anak bermain bagi pengunjung yang datang bersama keluarga.


Dengan lebih dripada 150 juadaha akan disediakan untuk memenuhi selera pengunjung. Antaranya kambing bakar, aneka jenis mee dan sup, seperti Laksa Johor dan Bihun Sup, Ayam Percik, Ikan Bakar dan aneka jenis kerabu. Kuih-muih Melayu, tamar dan buah-buahan turut disediakan. 






Lebih menarik lagi, buffet ini juga menyediakan Lok-Lok Steamboat dan Yong Tau Fu serta juadah ala carte. 










Pemilik ASAP Steamboat & Grill ini telah sekian lama menyimpan hasrat untuk menyediakan juadah berbuka kepada pelanggan dengan beberapa kelainan daripada tempat lain, tetapi dengan harga yang amat berpatutan dan menarik.  Dengan harga yang ditawarkan serta hidangan yang beraneka dengan lokasi kampung dalam bandar, ia sememangnya tempat berbuka puasa yang sangat menarik untuk para pelanggan.


Untuk maklumat lanjut dan tempahan boleh hubungi :

ASAP STEAMBOAT & GRILL
94 Jalan Tempinis, 
Kampung Tengah A,
47100 Puchong, Selangor.

Telefon : 013-485 8944 & 013-340 8944

Masa Buffet Ramadan : 6.00 petang - 10.00 malam

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook