Product Review

Educational Games FUNDELS | Kad "Play & Learn" Untuk Kanak-kanak Dari Cartamundi

12:19 AM

Kalau sebut sahaja suruh belajar memang anak-anak mama macam-macam bagi alasan ok. Kekadang tu boleh bikin mama mengamuk tau. Kalau tak belajar atau baca buku, dia orang suka sangat mengadap gadget tak kira masa pagi malam. Sebenarnya bukan susah nak bagi anak-anak mama leka daripada dia orang bermain gadget ni, mama akan bagi kad imbasan atau kad untuk bermain sambil belajar Fundels. Dengan cara ini anak-anak mama tekun mencuba alat pembelajaran kad 'Play & Learn' Fundels dari Cartamundi.

Fundels adalah sejenis permainan pendidikan yang menyeronokkan dengan kad berwarna-warni yang memberikan tumpuan kepada Bahasa Inggeris, Matematik dan Konsep Pemikiran terdiri daripada belajar mengenai warna, bentuk dan melukis). Kajian telah menunjukkan bahawa otak kita adalah lebih aktif apabila kita belajar sambil bermain. Oleh itu, Cartamundi telah mereka kad siri "Play & Learn" ini untuk kanak-kanak di serata dunia.


Terima kasih kepada Cartamundi kerana hadiahkan siri Fundels "Play & Learn" Writing Letters dan Drawing With Numbers untuk anak-anak mama. Dengan adanya kad ini bolehlah anak-anak mama lupakan gadget dan dalam masa yang sama mereka boleh belajar sambil bermain dengan Fundels ini. 


Mama paling teruja dengan siri Fundels ini kerana terdapat kotak hand carry yang sangat cantik dengan isi kad yang tebal dan juga terdapat pen / pensil serta arahan di dalamnya. Yang paling menarik kad ini semuanya berwarna-warni dan ia boleh menarik minat anak-anak untuk belajar tanpa rasa bosan. Adanya bekas Fundels ini boleh dibawa kemana-mana sahaja untuk mereka bermain. Dengan cara ini bolehlah anak-anak mama tidak bermain dengan gadget lagi.


Cartamundi Fundels Writing Letter | Untuk set permainan ini boleh bermain antara 2 - 4 orang dan dicadangkan untuk kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke atas. Untuk siri ini mama bagi kat Iqram sebab dia baru masuk tadika pada awal tahun ini. Iqram cepat belajar dan dia kenal semua kad imbasan ini dalam bahasa Inggeris. Mama cuma tekankan Iqram menulis huruf-huruf yang terdapat pada kad itu dengan betul. Dengan permainan ini dapat membantu Iqram mengeja, mengenal huruf, membaca dan juga menulis

Excited dia menulis di kad Fundels ni. 

Mudah di lap dengan kain. Boleh diguna semula untuk adiknya nanti.

Cartamundi Fundels Drawing With Numbers | Untuk permainan kad ini sangat sesuai dengan umur 7 tahun keatas. Yang paling mama suka, mama perhatikan dedua beradik ni tekun untuk melukis dan ikut apa yang ada pada setiap kad itu. Mama bagi sorang satu kertas kemudian mereka terus melukis dan bertanya mama macam mana nak lukis semua ni. Nampak sangat bebudak ni tertarik dengan dengan Fundels Drawing With Numbers. Korang nampak tak mereka berdua sangat leka melukis. Jadi mama lebih tertarik permainan pendidikan ini kerana dengan cara ini mereka lebih fokus dan tidak membuang masa begitu saja.

Mencabar juga nak lukis ni tau. Hahaha mama sendiri pun pulun melukis sama

Jadi dengan Fundels ini benar-benar memberi manfaat kepada Iqbal dan Iqram bermain sambil belajar di rumah mahupun ketika makan di luar. Oleh itu, permainan kad Fundels Play & Learn ini anak-anak cepat belajar perkara baru melalui bermain dan belajar yang sangat menyeronokan.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web :

Website :  www.cartamundi.com

Facebook : www.facebook.com/CartamundiAsia / www.facebook.com/fundels

Instagram : www.instagram.com/cartamundicards

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook