Product Review

HoneyDew Love | Multi Purpose Cream Yang Ajaib

7:45 AM

Kalau sebut sahaja cream, mama memang akui kekadang mama memang tak ada masa nak manjakan diri nak sapu cream pagi atau malam. Leceh kan cream siang la cream malam la.. Ehhh banyak pulak nak kena letak atas meja. Hehehe korang jangan jadi macam mama tau. Mama nak bagitau ni ada satu cream macam multi purpose cream la yang boleh sapu pagi dan malam dengan hanya satu cream sahaja. Wahh menarik tak? Ini orang penyegan macam mama boleh sangat la sebab ia adalah all in 1 gitu. 

Cream yang mama maksudkan adalah HoneyDew Love Cream merupakan cream pelbagai guna yang sesuai untuk semua kulit wanita Asia. Ia diformulasikan dari bahan semulajadi yang terbukti berkesan dalam menangani masalah kulit. Produk yang berteknologi Nano dari Perancis ini bertindak khusus menentang penuaan kulit, menjadikan ia selembut dan sehalus kulit bayi. Multi purpose cream ini boleh dijadikan sebagai cream siang dan malam, moisturizer, BB cream, CC cream dan foundation di wajah.


HoneyDew Love Cream ini mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia NOT170204284K. So korang jangan risau ya. Formula yang sangat ringan dan memberikan kelembapan pada kulit, ia mengandungi SPF 30, serta membantu mengatasi anti aging dalam jangka panjang. Cream ini diperbuat dari bahan-bahan alam seperti estrak papaya, essential honeydew dan aloe vera yang mengandungi pelbagai nutrisi yang baik. Antaranya ialah :
  1. Papaya Enzyme - Membantu menanggalkan sel-sel kulit mati dan mempercepatkan pembaharuan sel-sel baru yang sihat dan berseri.
  2. Aloe Vera - Pelembab muka dengan aloe vera membantu untuk mengecilkan liang-liang besar, membersihkan dan menyuburkan kulit serta membuang minya dan kotoran dari liang-liang tersumbat.
  3. Texture DD nano dengan titanium oxide - Memberi kesan pencegahan UV hingga ke dalamliang pigment dapat mengecilkan liang pori dan mengurangkan garis halus dan kedutan.
  4. Actinidia Polygama Fruit Extract - Memperbaiki tona kulit yang tidak sekata, mencerahkan serta melembabkan kulit.

HoneyDew Love Cream bertindak mengecilkan liang pori-pori terbuka dengan serta merta. Selain itu, ia menyegarkan, melembabkan dan menegangkan kulit wajah. Cream ini juga membantu pertumbuhan dan pengelupasan sel-sel kulit baru dengan melarutkan protein dalam kulit mati menyebabkan wajah nampak cerah bercahaya dan berseri-seri. Jangan tak tahu ia bertindak memperbaiki tona dan warna kulit juga tau.

Kelebihan HoneyDew Love Multi Purpose Cream :
  • Menghilangkan garis-garis halus pada kulit
  • Formula anti-penuan
  • Menegang dan memutihkan kulit
  • Membaiki kerosakan pada kulit
  • Memberikan kesan kelembapan kulit sehingga 24 jam
  • Kulit kelihatan lebih bertenaga dan glowing
  • Membantu melambatkan kesan penuaan disebabkan cahaya matahari
  • Membekalkan kelembapan berpanjangan pada kulit
  • Mengimbangi tona warna kulit supaya lebih sekata
  • Membaiki sel kulit rosak
  • Menghapuskan kulit kusam
  • Menghilangkan kekeringan kulit
  • Memastikan kulit kekal tidak berminyak
  • Memberikan perlindungan SPF yang berpanjangan

Cara penggunaan :
Selepas mencuci muka, sapukan Bluebells Ice Serum ke wajah. Kemudian calitkan HoneyDew Love Cream pada muka dan leher. Urut secara perlahan-lahan sehingga cream meresap ke dalam kulit. Untuk mendapatkan hasil yang cepat boleh guna pada sebelah pagi dan malam. 

Untuk melihat testimoni menggunakan HoneyDew Love Cream yang lain boleh tengok di bawah ini. Cream ini juga boleh digunakan bagi lelaki juga tau!!




Review :
Setelah 2 minggu mama menggunakan HoneyDew Love Cream ini sebagai teman baik, mama cukup suka dengan cream ni tau. Sebab kulit mama jenis kalau tak rasi dengan satu produk memang mama akan tinggai. Kemudian mama mencuba cream ini baru mama rasa perubahan pada kulit muka mama. Mama akui tindak balas cream ni agak lambat sebab cream ini tiada bahan kimia yang bahaya itu pasal kesan ambil masa sikit. Yang best pakai cream ni warnanya seakan macam BB cream atau CC cream tapi dengan hanya satu cream boleh dijadikan sebagai cream siang dan malam. Bau pulak wangi buah honeydew tu. Macam nak makan jer. hahaha Beshhhh...

Kesan permulaan yang mama nampak pada liang pori-pori yang besar terus mengecil dan kulit muka mama licin. Manakala bahagian parut jerawat yang hitam mula berkurang. Alhamdulillah seronok tengok kulit muka mama sendiri di cermin. Paling mama suka adalah muka mama dah kurang berminyak ketika mama bangun dari tidur. Itu baru 2 minggu mama guna secara konsisten kalau guna berbulan-bulan bayangkan kulit mama mesti glowing dan cantik punya lah. Tak sabar nak cantik, glowing di pagi raya nanti.


Bagi yang berminat untuk membeli produk HoneyDew Love Cream ini boleh hubungi detail di bawah ini ya. Jom kita dapatkan kulit cantik dengan cream ajaib ini.

Harga HoneyDew Love Cream
RM 69.00 [Semenanjung Malaysia]
RM 79.00 [Sabah & Sarawak]

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pembelian boleh hubungi :



Telefon : 017-2372 681

Love,
/>

You Might Also Like

8 Comments

  1. berseri nmpk jue..menarik nmpknye cream ni

    ReplyDelete
  2. cam menarik jerk krim ni.. Bahan2 dlm dia pun ok..

    ReplyDelete
  3. Macam best je nie! Aku nak cari cream yg boleh hilangkan jeragat aku nie.

    ReplyDelete
  4. calit-calit gebu...eh...hihihi...
    omey la kakak kita nie...

    ReplyDelete
  5. Mesti sedap bau krim ni... silap2 masuk mulut nanti.. ehhh hiks... terima kasih share mengenai krim ni

    ReplyDelete

Like us on Facebook