Advertorial

Mudahnya Shopping Online di Lazada App Dan Bayar MolPay Cash Di 7-Eleven

1:32 AM

Dah banyak kali mama cakap pasal Lazada Malaysia ni, mama tak perlu cerita lagi sebabnya semuaaaa orang tahu sangat pasal Lazada Malaysia. Giler macam ada saka tau Lazada Malaysia ni. Hahahah.. Lazada Malaysia memang tempat shopping online yang paling popular di Malaysia. Bagi pengemar shopping online ni Lazada Malaysia lah merupakan tempat menghabiskan duit. Hahahah.. Untuk lebih senang korang hanya perlu muat turun Lazada App sekarang di "App Store / Google Play Store" pada smartphone korang untuk shopping kat sini. Dengan adanya app Lazada ini makin mudah dan senang serta selamat shopping di Lazada Malaysia.

Muat turun Lazada Mobile App

Ok tak payah citer panjang-panjang, sebenarnya mama tahu ada juga yang nak shopping online tapi ada masalah tentang pembayaran. Al maklum la ada sesetengah tak ada online banking. Ehh jangan la gelak tapi betul kekadang tu mama sendiri pun dalam account bank takder duit tapi tunai ada. Macam mana nak buat. Ok jangan susah hati yer ada caranya untuk shopping online di Lazada Malaysia tapi korang hanya perlu bayar di 7-Eleven yang berdekatan rumah korang. Hahh gituuuu...

MOLPay Cash merupakan satu penyelesaian pembayaran terkemuka di seluruh Asia Tenggara iaitu di kedai 7-Eleven Malaysia bagi pilihan pembayaran yang mudah. Jadi pengguna kini boleh membayar tunai di kedai 7-Eleven yang berdekatan untuk barangan mereka beli di Lazada. Nak tahu macam mana caranya, korang boleh tengok langkah-langkah di bawah ini.

Shopping barang yang korang ingin beli kemudian "proceed to checkout". "Log in" atau "continue as guest" dan tekan continue

Kemudian isi detail penghantaran dan proceed to pay. Tekan "7-Eleven" untuk pilihan pembayaran.

Proceed to review order. Kemudian, masukkan jika ada voucher kod dan check untuk final detail dan place order. Tunggu redirected untuk pembayaran selanjutnya.

Screenshot / print payment instructions dan boleh ke 7-Eleven yang berhampiran untuk pembayaran dalam masa 48 jam.

Kemudian dah ada duit, korang perlu pergi ke 7-Eleven yang berdekatan untuk buat pembayaran. Korang cakap jer nak buat pembayaran MOLPay Cash. Nanti korang tunjuk payment instruction tu ok.

Selepas selesai pembayaran, korang akan dapat 2 resit iaitu resit 7-Eleven dan resit MOLPay sebagai bukti pembayaran. Kemudian korang balik rumah tunggu jer barang yang korang order tu sampai. 

Korang tengok betapa mudahnya takder online banking pun boleh la shopping online di App Lazada. Apa susah 7-Eleven kan ada.. hehehe.. So, lepas ni mama takder cukup duit dalam bank boleh je mama terus datang 7-Eleven untuk buat pembayaran. Apa susah kan. 

Untuk shopping di Lazada Malaysia sila terjah www.lazada.com.my dan untuk maklumat lanjut mengenai MOLPay Cash boleh layari www.molpay.com 

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook