Product Review

Newborn Pure Skincare Series | Terbaik Untuk Kulit Bayi Dari Pigeon

1:44 PM

PEGION jenama yang tidak asing lagi kerana lebih 40 tahun berpengalaman dan mempunyai kredibiliti dalam teknologi penjagaan kulit untuk bayi yang baru lahir. Jenama ini disokong oleh kajian dan telah mewujudkan inovasi terkini iaitu Pure Skincare Series. Newborn Pure mengandungi formula yang unik, menyediakan dwi lapisan perlindungan iaitu Natulayer dan memberi keselesaan untuk kulit halus bayi yang baru lahir.

Natulayer menawarkan dua lapisan perlindungan dan pelembapan yang baik. Ia menyerupai Vernix iaitu lapisan pelembap khas untuk kulit bayi yang baru lahir. Selain itu juga, ceramide dapat membantu mengekalkan kulit lembut, terhidrat dan terpelihara. Ia juga turut mengekalkan lapisan perlindungan dengan memastikan tahap pH yang seimbang. 


Baru-baru ini, Motherhood.com.my telah menghadiahkan 2 produk terbaru Pigeon iaitu Purifying Body Wash dan Moisturizing Lotion. Sejujurnya ini pertama kali mama mencuba produk Pigeon untuk anak mama. Yang menariknya produk Pigeon ini telah diuji oleh Dematollogically bagi memastikan penggunaan yang selamat pada semua jenis kulit. Ia bebas dari Paraben, formaldehid dan juga Alkohol yang membolehkan kegatalan pada kulit bayi. Produk yang istimewa ini diperbuat di Jepun dengan menggunakan kualiti terbaik untuk produk penjagaan kulit bayi. 

Selain dari 2 produk ini, Newborn Pure Skincare turut terdapat produk seperti :-
  • Nourishing Shampoo
  • Calming Oil
  • Protective Cream

Newborn Pure Purifying Body Wash | Ini merupakan salah satu daripada lima produk penjagaan kulit khas untuk mencuci badan yang telah dirumuskan bagi membersih secara perlahan untuk kulit bayi yang halus tanpa sebarang iritasi. Purifying Body Wash ini mengandungi bahan-bahan pelembap semulajadi untuk melindungi kulit bayi ketika lahir. Ia juga memberi kelembapan yang berganda agar kulit bayi sentiasa dapat perlindungan yang penting untuk kulit bayi yang baru lahir.

Untuk body wash Pigeon ni mama paling suka sebab mudah dibilas dan tidak mengeluarkan buih yang banyak. Yang penting ia sangat wangi dan kulit Qeisya sentiasa lembut dan lembap sentiasa. Harga bagi Newborn Pure Purifying Body Wash ialah RM59.00 sahaja.


Newborn Pure Moisturizing Lotion | Ini merupakan set penjagaan kulit yang pertama untuk memberikan kelembapan pada kulit bayi ketika lahir. Lotion ini menyegarkan serta melembutkan kulit bayi kerana diperkaya dengan bahan-bahan pelembap untuk memberi pelindung semulajadi. Ia diilhamkan oleh lapisan yang terbentuk secara semulajadi agar memberi perlindungan dari dalam rahim ibu. 

Banyak-banyak produk mama paling suka lotion sebab selepas mandikan Qeisya mama akan sapu lotion ke seluruh badan dia untuk memberi kelembapan kulit sepanjang hari. Lotion ini mudah  dan cepat meresap ke dalam kulit dan menjadikan kulit yang sihat. Harga untuk Newborn Pure Moisturizing Lotion ini adalah RM59.00 sahaja. 

Bagi yang berminat untuk membeli produk Newborn Pure Skincare Series Pegion ini boleh dapatkan di website www.motherhood.com.my. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.newbornpure.com dan Facebook Pigeon Malaysia www.facebook.com/PigeonMY

Love,
/>

You Might Also Like

4 Comments

  1. Nanti acik dah ada anak, boleh la cuba ni... tapi nak ada anak tu bilanya laaa hahahahaha

    ReplyDelete
  2. Wow... Specially for newborns. Boleh try nanti.. Made in Japan plak tu. Mesti berkualiti.

    ReplyDelete

Like us on Facebook