Buffet Ramadhan

Buffet Ramadhan 2017 | Rasa Muhibah di De Palma Hotel Shah Alam

7:45 AM

Setiap kali menjelang Ramadhan mesti kita rasa kemeriahan dari pelbagai segi. Satunya adalah pelbagai juadah yang kadangkala hanya muncul setahun sekali pada bulan ini. Alhamdulillah semua umat Islam telah menyambut dengan sederhana pada bulan yang mulia ini.

Memandangkan kita berpuasa sebulan, mesti ada yang ingin berbuka di luar untuk mengembirakan keluarga tercinta. Pada petang Khamis lepas, mama sekeluarga di jemput oleh Encik Muiz dan beberapa orang blogger lain untuk berbuka puasa di Hotel De Palma Shah Alam. Terima kasih Encik Muiz dan De Palma Shah Alam atas jemputan ini. Tahun ini mama ingin mencuba sendiri makanan yang sedap di Hotel De Palma Shah Alam. Tahun sebelumnya mama pernah mencuba di Hotel De Palma Ampang memang terbaik makanan yang dihidangkan. 



Berbuka puasa di hotel merupakan pilihan terbaik bagi seisi keluarga kerana buffet Ramadhan yang disediakan terdiri daripada pelbagai jenis hidangan dan pilihan menu yang jarang didapati kerana ianya merupakan air tangan oleh barisan chef terkemuka yang berpengalaman luas dalam bidang kulinari. Buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam beroperasi dari hari pertama hingga hari ke 29 Ramadhan. Untuk tema buffet Ramadhan kali ini adalah "Rasa Muhibah" yang merujuk kepada campuran tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India menjadi pemilihan tema menu pada tahun ini.


Setiap kali mama datang ke buffet Ramadhan mama mesti akan terjah ke bahagian dessert dan kuih muih. Di bufet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam menghidangkan pelbagai jenis kek, agar-agar, puding serta kuih muih traditional juga turut tersedia. Kesemuanya juadah yang sedap ini menepati citarasa Melayu. Memang rambang mata dibuatnya kalau makan buffet di sini sampai tak tahu nak makan apa. 




Di De Palma Hotel Shah Alam yang cukup terkenal dengan keenakan masakan ala kampung tradisi membariskan pelbagai juadah enak warisan masyarakat Melayu seperti Ayam Masak Lemak Cili Padi, Assam Pedas Batang Keladi, Ikan Patin Masak Tempoyak, Rendang Daging Tetel, Bendi Goreng Berlado, Talapia Merah Masak Lemak dengan Daun Kunyit, Pucuk Manis Masak Lemak dengan Keledek, Siput Masak Lemak, Telur Itik Masak Lemak dan banyak lagi. Tidak ketinggalan sedikit selingan juadah hari raya seperti Nasi Impit, Pulut Kuning, Ketupat dan Rendang turut menemani para pengunjung yang datang berbuka puasa di De Palma Hotel Shah Alam.

Selaras dengan citarasa Rasa Muhibah turut terdapat menu yang berasal daripada masyarakat Cina seperti Daging Masak Halia, Sayur Kailan Ikan Masin, Ikan Masak Masam Manis, Ketam Bercili, Egg Foo Yong, Lemon Chicken dan pelbagai lagi. Sebagai pelengkap tema, menu masakan India juga ada seperti Kambing Masala, Kari Ikan dengan Bendi, Sayur Aloo Gobi, Acar Terung, Daging Varuval, Ayam Tandori dan sebagainya.




Selain itu, De Palma Hotel Shah Alam menyediakan menu hidangan bazar Ramadhan atau pasar malam. Istimewa kali ini adalah gerai Ikan Bakar Portugis, Sengkuang Calit, Jambu Batu Asam Boi, Kambing Golek, Bulgogi pasti membuat para pengunjung tersenyum lebar. Tidak ketinggalan masakan India seperti Capati, Vadey, Tosei, Rojak Mamak, Puri serta pelbagai lagi yang menarik di sini.

Untuk pengetahuan korang, Kambing Golek di De Palma Hotel Shah Alam menjadi tarikan kepada semua pengunjung kerana kambing dimasak dengan sempurna yang sememangnya tersangat sedap bersama dengan kuah blackpepper membuatkan pengunjung akan bertambah 2 kali. Bagi yang nak makan kambing golek korang boleh datang ke De Palma Hotel Shah Alam ni tau.








Sebelum tibanya waktu berbuka puasa disusuli dengan laungan azan Maghrib, tetamu dipersembahkan oleh alunan Qasidah dari jemputan pelajar-pelajar tahfiz, kemudian selepas berbuka puasa ada forum santai bersama penceramah jemputan. Selain itu, majlis juga turut mempersembahkan kumpulan nasyid Saff-One dengan alunan lagu-lagu nasyid sebagai santapan halwa telinga dan tidak dilupakan penyanyi terkenal Jay Jay turut diundang khas untuk menghiburkan pengunjung yang datang dengan lagu-lagu beliau.





Buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam akan mula dibuka pada jam 6.30 petang sehingga jam 10.00 malam dan akan diadakan di The Grand Ballroom yang memuatkan lebih 600 orang pada satu-satu masa yang pastinya menjanjikan keselesaan kepada setiap pengunjung yang datang. Tambah istimewa, di sini bukan hanya menyedikan Buffet Ramadhan tetapi juga solat terawikh secara berjemaah pada setiap hari di Surau Nurul Iman.

Selain daripada merasai pelbagai jenis masakan yang mengasyikkan, ianya juga merupakan masa terbaik untuk berkumpul bersama ahli keluarga dan sanak saudara selain berjumpa kembali dengan sahabat handai serta rakan taulan yang lama terpisah. 


SENARAI HARGA BUFFET RAMADHAN DE PALMA HOTEL

Disini mama sertakan senarai harga Buffet Ramadhan di De Palma Hotel Shah Alam, Ampang dan Kuala Selangor untuk rujukan anda semua.

De Palma Shah Alam
Dewasa : RM69.00
Kanak-kanak : RM34.00

De Palma Ampang
Dewasa : RM80.00
Kanak-kanak : RM40.00

De Palma Kuala Selangor
Dewasa : RM49.00
Kanak-kanak : RM25.00

PERCUMA untuk kanak-kanak 5 tahun ke bawah

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh juga melalui email nooraini@depalmahotel.com dan talian khas tempahan Buffet Ramadhan 03-5542 8080 atau Jabatan Jualan di sambungan 611 / 608 / 405 / 406 atau boleh layari laman web www.depalmahotelonline.com untuk dapatkan lebih diskaun. 

Berita baik untuk follower blog Mama Jue. Untuk dapatkan diskaun 10% korang hanya maklumkan nama blog [www.mamajue.com] sewaktu membuat tempahan buffet Ramadhan di De Palma Hotel Ampang, Shah Alam dan Kuala Selangor

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook