Press Release

Optimakan Fungsi Kereta & Motorsikal dengan WD-40® | Pakar Pencuci & Pelincir Automatif yang Unggul!

3:06 PM

Memastikan kenderaan sentiasa bergerak dengan lancar dan selamat sepanjang perjalanan adalah perkara yang penting bagi setiap pemilik kenderaan. 

Jenama unggul WD-40 ® menampilkan rangkaian terkini iaitu WD-40 ® Specialist ™ Automotive yang khas untuk membantu pemilik kenderaan mencapai matlamat tersebut. Rangkaian pakar produk penyelenggaraan kereta dan motorsikal ini dicipta khas oleh WD-40 ® untuk memastikan kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan bergerak dengan lancar semasa di jalan raya. 


Rangkaian produk ini terdiri daripada tiga jenis produk pencuci yang berprestasi tinggi dan dua jenis produk pelincir yang berkuasa. WD-40 ® Specialist ™ Automotive Machine & Engine Degreaser berupaya untuk menanggalkan kotoran, tar, gris yang degil, pelekat dan sebagainya. Ia amat mudah dibersihkan dengan air! 

Inovasi WD-40 ® Specialist ™ Automotive Throttle Body, Carb & Choke Cleaner juga memberikan kesan maksima bagi meningkatkan prestasi kaburetor dan sistem enjin termasuklah mengurangkan pengeluaran asap kenderaan. Ia juga digunakan untuk membersihkan kotoran, varnis dan karbon yang melekat dari kenderaan. 


Sementara itu, WD-40 ® Specialist ™ Automotive Brake & Parts Cleaner mampu membersihkan cecair brek, gris, minyak dan kotoran daripada plat cakera brek dan angkup brek tanpa menanggalkan bahagian tersebut. Bersifat tidak menghakis, formulasi ini boleh menhentikan bunyi cakera brek dan menghapuskan geseran pada clutch supaya pemanduan lebih lancar. 


WD-40 ® Specialist ™ Automotive Chain Lube menawarkan pelincir yang bertahan lama dan perlindungan optima, sesuai untuk motorsikal, kart dan ATV. Pelincir berprestasi tinggi ini bersifat anti-haus dan mampu menembusi bahagian- bahagian yang sukar dicapai memudahkan kerja-kerja penyelengaraan. 


Dan akhir sekali, WD-40 ® Specialist ™ Automotive Belt Dressing Lubricant mampu memperpanjangkan usia belt kenderaan. Daya serapan terhadap kod fiber menjadikan belt kenderaan lebih fleksibel. 

Di samping kehebatan rangkaian WD-40 ® Specialist ™ Automotive, formulasi asal daripada WD-40 ® yang terkenal dengan warna biru kuning ini mampu menyelesaikan pelbagai kerja penyelengaraan kereta termasuklah : 
  • Membantu menghidupkan enjin basah 
  • Melincirkan dan melindungi bahagian tertentu daripada karat dan haus 
  • Membersihkan peralatan mekanikal  
  • Menghilangkan kelembapan dalam pendawaian dan litar 
  • Memastikan operasi pencahayaan lampu lancar 
  • Memudahkan ketanggalkan nut dan bolt 
  • Melincirkan hab pacuan 4 roda untuk prosedur mengunci 
Ternyata, WD-40 ® mempunyai solusi untuk setiap keperluan penyelenggaraan kenderaan anda. Jom layari website [http://wd40.asia/products/wd-40- specialist-automotive] hari ini untuk menerokai lebih banyak panduan bagaimana WD-40 mampu meningkatkan prestasi kenderaan anda!

Love,
/>

You Might Also Like

4 Comments

  1. Wahh bagus ni.. boleh try nanti untuk kereta acik...

    ReplyDelete
  2. Dulu tak tahu apa fungsi WD40 ni, lepas tu ada sekali husben beli, baru tau apa fungsi dia..

    ReplyDelete

Like us on Facebook