Product Review

Tudung Jacqueline K Elysium dari PTT Outdoor | Tudung Terbaik Untuk Bersukan

6:04 AM

Hi korang.. Kali ni mama nak cerita sikit pasal pakaian sukan. Fuhh dah setahun lebih mama tak masuk gym dan jogging. Hehehe.. Al-maklum la lepas pregnant dan ada anak ni memang tak sempat la. Ok masa mama aktif gym dan jogging dulu memang pakaian sukan mama tak proper langsung. Main rembat jer. Kalau dalam pusat gym memang tak bertudung lah. Tapi kalo jogging mama rembat jer tudung bawal or syria tu. Ehh tak kan la nak bersukan nak pakai tudung shawl pulak.. hewahhh kemahin bergaya. 


Baru-baru ini mama diperkenalkan tudung sukan dari PTT Outdoor. Ohh sekarang ni tudung bersukan pun ada tau.. jangan memain ok.. Memula mama fikir alaaa tudung macam biasa jer tapi dah dapat tudung tu depan mata wowww menarik tertarik tau. Terus rasa tak sabar nak pergi jogging pakai tudung tu. Tudung yang mama maksudkan adalah tudung Jacqueline K Elysium. Hahh nama pun hebat uolls.. Apa kelebihan tudung ni meh baca kat bawah ni yer.. 

Tudung sukan ini boleh didapati di website PTT Outdoor. Apa itu PTT Outdoor? PTT Outdoor merupakan satu laman web yang menjual peralatan untuk berbasikal, fitness dan travel, produk hiking terbaik, peralatan perkhemahan Malaysia, pakaian sukan dan banyak lagi. Hahhh siapa nak senang cari boleh terjah website dia tau.


Kelebihan Tudung Jacqueline K Elysium :
  • Diperbuat dari kain Microfibre 
  • Stretchable spandex
  • Comfortable Fit
  • Ringan 
  • Fabrik yang sejuk
  • Tudung tidak bergerak semasa senaman
  • Harga yang berpatutan
  • Tudung cepat kering : sangat sesuai untuk pejalan kaki yang memerlukan tudung kering dalam satu malam
  • Tidak perlu mengosok
Jahitan yang kemas

Sejujurnya tudung ni sangat selesa bagi mama rasa ringan dan tak panas. Yang menariknya tudung ini menyerap peluh dengan cepat di bahagian kepala. Tudung ni kalau korang tengok memang fit dengan sesiapa yang memakai. Tak labuh sangat tapi khas untuk muslimah memang sedang-sedang la menutup di bahagian dada. Hahh itu yang kita nak kan. Dengan menggunakan fabrik Stretchable spandex ini korang tak perlu risau bergerak semasa senaman kerana tudung Elysium ini stay jer terletak tau. Tak sabar pulak nak pakai tudung ni masa jogging lepas raya nanti yeahhh...


Untuk warna Tudung Jacqueline K Elysium ini terdapat 3 helai iaitu purple, biru dan hijau. Manakala harga untuk sehelai tudung ini hanya RM55.00 sahaja. Tapi khas untuk pembaca blog setia MamaJue. Bagi mereka yang ingin membeli tudung ini atau barangan lain di website PTT Outdoor, korang boleh gunakan kod diskaun sebanyak 10% ini. 

ILIOFF10

Untuk maklumat lanjut atau pembelian, boleh hubungi dan layari :

PTT Outdoor
219, Jalan Pasir Puteh
31650 Ipoh, Perak

Telefon : 016-422 1018


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook