Product Review

Anggun & Bergaya Dengan Shawl Hudaa Dari Royale Orchid

11:30 AM

Wanita dengan tudung memang tak dapat dipisahkan. Tipu la kalau cakap wanita kat luar sana tak ada sehelai tudung shawl. Mama mengaku memang banyak shawl sampai semua warna pun ada. Tapi ada jugak shawl yang tak sedap pakai sebab maybe material kain tak best. Kalau yang best memang akan ulang pakai lah. 

Selalunya kalau shawl ni mama pakai time pergi keja tapi itu dulu lah.. sekarang dah tak keja jarang la pakai hari-hari cumanya ada hari tertentu seperti macam pergi event, keluar jejalan atau pun pergi kenduri. Hehehe. Memang best sebenarnya pakai shawl dan boleh bergaya jer pakai macam-macam stail. Tambah sekarang ni nak gaya fesyen lilit kiri kanan senget depan belakang pun boleh asalkan menutup dada dan jaga aurat wanita sudah. 

Cantik tak kotak shawl Hudaa by Royale Orchid ni. Menarik kan.

Baru-baru ini mama dapat gift shawl Hudaa dari Royale Orchid. Memula jer dapat mama kagum betul sebab shawl ni dalam kotak keras. Mama ingatkan sehelai tapi setiap kotak ni ada 4 helai shawl panjang yang cantik-cantik. Woww best betul. Sebenarnya setiap set kotak shawl ini terdapat 4 helai di dalamnya. Setiap set ini mengandungi 3 helai shawl panjang plain dengan warna hitam, purple muda dan coral. Sehelai lagi merupakan shawl silk printed yang exclusive dengan design Enchanted Garden. 


Hudaa dari Royale Orchid adalah koleksi yang dibuat oleh pengasas dan pereka Royale Orchid iaitu Encik Rosix Omar. Hudaa merupakan rangkaian asas pertama Royale Orchid yang didatangkan dalam kotak ekslusif dengan 3 shawl panjang plain iaitu hitam, purple muda dan coral serta sehelai shawl printed yang dicetak eksklusif Enchanted Garden. Shawl ini sangat sesuai untuk menggayakan kasual atau acara rasmi. 

Duta Royale Orchid yang tidak asing lagi Rozita Che Wan. Cantik kan.. tuan badan pun cantik pakai shawl apa pun lagi bertambah cantik!!

Material shawl panjang plain tersebut adalah daripada kain chiffon. Kainnya sangat lembut, ringan dan mudah dibentuk dengan mudah. Bagi penggemar kain shawl jenis chiffon pasti suka sebab boleh lelet dengan pelbagai gaya. Mama sendiri menggayakan shawl ini dengan tersendiri dan yang paling menarik tak panas langsung. Memang selesa lah kalau mama pakai shawl ni dari pagi hingga ke petang.

Manakala sehelai shawl printed eksklusif dengan design Echanted Garden menggunakan silk chiffon. Material jenis ini ringan, lembut dan mudah dibentuk. Tapi ia depends pada cara pemakaian sebabnya bagi yang tak biasa mungkin ia agak licin sedikit so korang kena pandai-pandai la pakai. Hehehe. Nak tengok mama gayakan shawl Hudaa ini boleh tengok gambar kat bawah. Memang best sangat shawl Hudaa ni sebab selesa jer pakai walau pelbagai gaya. Jom tengok gambar kat bawah ni..

Boleh digayakan dengan baju kurung. 

Jangan tak tahu selepang macam ni pun cantik tau. Simple kan tapi tetap gojes ok.


Stail macam ni mama panggil gaya libas shawl hahaha. 

Ohhh ini shawl paling cantik!!! Serius mama suka design bunga-bunga macam ni nampak lagi muda 10 tahun gituuu.. 


Adik-adik, kakak-kakak, makcik-makcik or mak-mak tak teruja ker dengan shawl Hudaa dari Royale Orchid ni. Apa lagi jom dapatkan set shawl Hudaa ini dengan harga yang sangat berbaloi-baloi. Harga 4 helai shawl Hudaa dari Royale Orchid ini hanya RM139.00 sahaja tapi cepat dapatkan sekarang sebab ada sale uolls dengan harga RM129.00 sahaja. Jejom kawan-kawan bergaya dengan shawl Hudaa dari Royale Orchid. 

Untuk maklumat lanjut dan pembelian, boleh layari :


Love,
/>

You Might Also Like

15 Comments

  1. wow... cantiknya semua shawl tu

    ReplyDelete
  2. Cantiknya. miza pun dah terkenan dengan shawl berbunga mama tu

    ReplyDelete
  3. x menahan gelaran style libas shawl..haha..lawa2 koleksi dia..warna soft2 je kecuali yang hitam tu, mmg golap la tpi tetap lawo gak...haha

    ReplyDelete
  4. Cantikk warnanya pun lelawa. Packaging nampak eksklusif gitu. Kak jue tak join makan-makan parkjohn steamboat under ButterFly project tu tak? Boleh jumpa. ;)

    ReplyDelete
  5. Serius cantiknya shawl huda nih....kotak je dah cantik ape ntah lg shawl tuh...

    ReplyDelete
  6. 4 shawl wauuu...lawa ye mama jue pakai...cantik !

    ReplyDelete
  7. cantik huda nya!

    kite suke tgk org pakai gaya libas shawl tu..hahha,

    tapi bila kita try buat, semcm pulok, tk cantik...huuhu

    ReplyDelete
  8. hamboi2 dia... mmg cun semua shawl2 nih

    nsb akak ni bkn peminat shawl, kang beli jd tukun kt lemari tak di pakai2

    ReplyDelete
  9. Cantikkkkk! dah boleh lawan dUck dah ni hehe.

    ReplyDelete
  10. cantik wei... suker plak k lily tengok

    ReplyDelete
  11. Cantiknyaaaa �� Sukalah shawl yang corak bunga bunga tu. Berkenak pulak tengok.

    ReplyDelete
  12. Cantik warna-warna nya. Harga pon berpatutan untuk 4 shawl tu.

    ReplyDelete
  13. ohh myyy!!! cantiknyeee shawll!!.. huwaaaaa..

    ReplyDelete

Like us on Facebook