Product Review

MIZZUE MALAYSIA | Handbag Berkualiti & Trendy Untuk Wanita Masa Kini

12:32 AM

Setiap wanita mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu handbag untuk kegunaan seharian kita. Tapi jangan tak percaya ada juga wanita gemar memiliki lebih dari satu handbag atau mempunyai koleksi handbag peribadi. Contohnya macam mama sendiri ada 5 koleksi pelbagai handbag untuk kegunaan harian, majlis-majlis tertentu atau kegunaan santai. Banyak koleksi handbag yang mama ada tapi mama jenis guna satu handbag sampai lunyai baru mama beli yang baru.

Sekarang ni mama paling malas nak shopping handbag di luar. Yer lah sekarang kan pelbagai jenama jangan cakap dah macam-macam tapi berkualitikah setiap handbag itu. Kemungkinan ada setengah memang ingin dapatkan handbag yang berjenama dan harga mencecah ratusan atau ribuan ringgit. Bagi mama biar alah membeli dan menang memakai kan. Korang nak tahu tak ada satu jenama handbag yang menjual secara online iaitu Mizzue Malaysia. 


Mizzue Malaysia merupakan satu jenama online shopping di mana kita boleh membeli secara online kesemua jenis beg dan juga pakaian di website ini. Di Mizzue terdapat bag seperti clutches, wallet and purse, handbag, shoulder bag, across body bag, backpack, leather bag, tote bag, woven handbag dan banyak lagi. Untuk pengetahuan semua, design handbag Mizzue sangat trendy dan juga up to date serta simple. Memang rambang mata juga mama memilih handbag yang mama berkenan di hati ni sebab semuanya cantik-cantik. 

Sebelum bercuti raya baru-baru ini, mama di beri peluang untuk memilih salah satu handbag untuk digunakan pada hari raya. Terima kasih Mizzue Malaysia kerana sudi hadiahkan handbag kepada mama. Bolehlah mama melaram untuk digunakan pada raya tahun ini. Memandangkan mama seorang ibu jadinya mama memerlukan handbag yang besar untuk memudahkan mama membawa barang baby di dalam handbag mama. Jadi mama tak perlu lagi bawa banyak bag cuma dengan hanya satu handbag sahaja boleh mama melaram ke sana ke mari dengan gayanya.


Setiap packaging handbag yang dibeli di website Mizzue ini akan dimasukkan ke dalam bag kain woven hitam seperti di atas ini. Kerana setiap penghantaran bag tersebut, pihak Mizzue akan menjaga kualiti handbag agar ia tidak terlipat, rosak atau sebagainya. Jadi kita akan terima handbag yang dibeli dalam keadaan yang baik dan berpuas hati.


Bagi pilihan handbag yang mama minati adalah sejenis large tote bag iaitu Tiffiny Mizell. Handbag ini sangat besar dan dilengkapi dengan bag poket mini boleh meletakkan barangan kosmetik. Bag poket mini tersebut boleh ditanggalkan dan ia sangat pelbagai guna. Handbag ini juga turut menawarkan dua pemegang di bahu atau boleh digayakan seperti sling bag. 

Detail Tiffiny Mizell
  • Specifications : A4 Size, Hidden Bag, Mobile Bag, Passport Bag
  • Bag Category : Cross Body Bags, Handbags, Shoulder Bags
  • Colours : Blue
  • Materials : Halal, PU
  • Size (W x L x H) : 16 x 36 x 29 cm
  • Shoulder Strap : 50 cm
  • Cross Body Strap : 83 - 92 cm
  • Weight : 0.92 kg
Bag poket mini ini boleh letak barangan mekap dan juga pelbagai guna. 

Dihiasai dengan plaque Mizzue berwarna emas


Ruang dalaman yang luas dan juga turut terdapat poket untuk letak telefon bimbit serta slot kad di tepinya. 

Mama memang pengemar handbag large tote seperti ini kerana memudahkan mama untuk memuatkan barangan kelengkapan baby serta barangan mekap dan purse. Kiranya mama akan sumbat sahaja barang mama untuk kemana sahaja. Heheh sampaikan en papa kata mama sumbat batu ker apa dalam handbag ini. Dari segi kualiti handbag Tiffiny Mizell ini adalah dari material PU jadi mama tak perlu rungsing kalau tertumpah atau terkena air kerana ia mudah di lap dengan kain. 

Bagi warna pulak memang mama paling tertarik dengan warna biru yang sangat menyerlah. Rasa jiwa remaja dan sangat trendy pulak mama gayakan handbag ni. Handbag Tiffiny Mizell terdapat pelbagai warna menarik seperti hitam, pink, hijau dan lain-lain lagi. Untuk melihat warna lain boleh tengok di www.mizzue.com.my


Kepada wanita yang ingin membeli handbag daripada Mizzue boleh korang klik link di bawah ini ya. Mama yakin korang mesti suka dengan design yang trendy, handbag berkualiti serta harga yang berpatutan dari Mizzue Malaysia. Selamat Hari Raya dari MamaJue sekeluarga.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari : 

Email : customer@mizzue.com.my

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook