Food Review

Kurin | Makanan Sihat Lagi Berkhasiat

9:30 AM

Kurin | Makanan Sihat Lagi Berkhasiat - Bagi pengemar yang suka menjaga badan mesti akan mengamalkan makanan yang sihat untuk setiap hari. Sekarang untuk makan makanan yang berkhasiat memang tidak ada masa untuk menyediakan semua bahan-bahan tersebut. Jadi kepada yang tidak ada masa apa kata korang boleh beli makanan dari Kurin yang terletak di Nu Sentral. Apa Kurin | Makanan Sihat Lagi Berkhasiat? Jom baca entri ini sampai habis ok.

Kurin | Makanan Sihat Lagi Berkhasiat
Kurin atau Clean merupakan dalam bahasa Jepun telah diambil untuk membuka restoran Kurin merupakan cawangan pertama di Kuala Lumpur. Kenny Kang merupakan pengusaha restoran Kurin ini memaklumkan bahawa beliau memulakan perniagaan ini dengan secara online sahaja. Sekarang beliau sendiri telah membuka sebuah restoran Kurin yang terletak di Nu Sentral, Kuala Lumpur. Dengan tagline Kurin itu sendiri, Deliciously Fit adalah menjual makanan sihat kini lebih mudah. Kurin menawarkan Pokebowls, Pokeritto dan Salad yang mudah untuk dibawa kemana sahaja.

Terima kasih kepada Mr Kenny Kang kerana menjemput mama untuk mencuba makanan sihat di Kurin ni. Memula mama masuk restoran ni macam ala-ala fast food tau sebab tempat dia sangat santai dan kerusi serta meja memang tak banyak. Kebanyakkan pelanggan akan membeli take away untuk makan sahaja. Dengarnya Kurin ni kira makanan Jepun. Alamak sejujurnya mama bukanlah pengemar makanan Jepun tapi dah namanya blogger kan harus cuba rasa lah. Bagi yang suka makanan Jepun korang pasti wajib datang sini ok. 

Sempena pembukaan restoran Kurin [Buy 2 Free 1]


Untuk membeli di Kurin ini, korang hanyak perlu memilih samada Don, Pokeritto dan Salad. Memula pening jugak tapi setelah diterangkan baru lah faham konsep Kurin ni. Kita kena memilih protein, kemudian Sauce dan Base it. Hahh gitu.... Nak tahu nanti mama cerita kat bawah ya.. 


Bagi yang suka makan sarapan pagi hanya beralaskan roti, korang boleh datang ke sini dan beli set roti Spicy Salmon Mayo Sandwich. Roti dibuat sendiri dan di letakkan pada bahagian open freezer pada awal pagi. Jadi korang boleh makan sandwich yang segar dan berkhasiat. Hehh memang sesuai untuk orang yang diet ni. Harga untuk set roti Spicy Salmon Mayo Sandwich cuma RM18.00 sahaja. Terdapat juga roti Egg Mayo Sandwich RM9.00

Spicy Salmon Mayo Sandwich | RM18.00 

Sedap!!

Jeng jeng jeng.. hahhh nampak tak set Salmon & Sushi. Hahhh oh nom nom nom mama telan air liur dulu bukan sebab craving ker apa ok.. sebab mama cabar diri untuk makan sushi ni.. Gurlppp.. hahahah korang jangan gelak tau sebab ini pertama kali mama makan sushi ni. Nak nagis jugak la tapi kita cuba.. Hehehe.. Heyyy bagi pengemar makan sushi korang cuba yer kat Kurin ni mesti ini selera korang la.. Harga untuk set Salmon & Sushi ini RM18.00 sahaja. Murah mama rasa.. 

Mama rasa yang sushi salmon kecik tu jer.. hat salmon seketul oren ni heheheh tak sanggup.. Rasa sushi ni nasi dia macam masam-masam cuka. letak wasabi tu skit. ok jer tapi mama yang bukan tekak pemakan sushi ni kalut juga cari air. Hahahaha.. Sedih betul tekak melayu ni. 

Dah makan makanan yang sihat air kopi, chocolate & latte pun sihat jugak ni. Semuanya High Protein gitu..

Ini part paling mama suka. Colourfull kan.. Ohheemmgeee cantikkk sebab mama suka makan sayur mayur macam ni..

Chef tengah beraksi bakar tuna.. 

Ok yang dalam bekas cup ni namanya Don. Di Kurin menawarkan 2 size iaitu Regular dan Large. Cara untuk membeli Don adalah 
  • Step 1 | Pilih Japanese Short Grain / Brown Rice
  • Step 2 | Pilih Protein [Protein]
  • Step 3 | Pilih Sayur & Sos 
Don | Spicy Salmon With Spicy Mayo Japanese Short Grained

Don | Torched Tuna With Classic Japanese Short Grained 

Antara dedua Don ni sejujurnya mama sukakan Torched Tuna sebab dimasak separa masak. Tapi mama suka sos Spicy Mayo tu sedap. Bagi mama kalau diberi pilihan akan pilih Torched Tuna with Spicy Mayo dan sayur yang segar. Hahhh baru rasa kick. Untuk beras Japenese tu pulak takder rasa masam. Yang masam tu hanya untuk sushi sahaja. Wohh mana lah mama tahu. Hahah.. So far sedap memang khasiat la cuma salmon tetap mama tak rasa. Hahahah.. harga untuk Don ini bermula RM18 - RM24 

Pokeritto

Pokeritto | Teriyaki Chicken RM13.00 - RM18.00

Pokerrito ni kalau sekali pandang macam sushi size besar. hahhh tapi kan dalam dia a lot of vege. Dibungkus pulak dengan seaweed. Bagi mama macam nak buang jer seaweed tu almaklum la tekak melayu tulen kan.. nasi dengan isi ayam dan sayur segar tu mama boleh telan. hahahah.. aduiii orang yang suka makan seaweed tu mama rasa depa boleh jer telan semua tu. Bagi mama memang mama makan yang dalam jer, yang seaweed mama tak makan dik nonnnn.. hahahha


Untuk pengetahuan semua, Kurin juga boleh delivery order tau. Hahhh ingat fast food yang lain ker ada ini hahhh healthy food pun boleh delivery tau. Operasi untuk delivery hanya dari Isnin hingga Jumaat sahaja. Jadual penghantaran dari jam 11 pagi - 2 petang. Kiranya kalau korang nak delivery untuk lunch memang sesuailah. Penghantaran hanya area Bandar Utama, Bangsar, Bangsar South, Damansara Hartamas, KLCC, Mont Kiara dan Taman Tun Dr Ismail sahaja. Bayaran delivery hanya RM5 sahaja, manakala pembelian melebihi RM50 delivery hanya percuma. 

Untuk maklumat lanjut dan pesanan boleh layari :-

KURIN
Lot 5-10, NU Sentral Mall
201, Jalan Tun Sambathan
50470 Kuala Lumpur

Website : www.kurin.com.my

Email : contact@kurin.com.my
Telefon : 019-390 7381

Opening Hour :
Weekday | 8:00 am - 10:00 pm
Weekend | 10:00 am - 10:00 pm

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook