Food Review

Nikudo Seafood | Seafood Frozen Yang Berkualiti, Mudah & Segar

10:30 AM

Hi korang.. kat sini siapa pengemar makanan laut? Mesti ramai kan.. Sekarang ni makanan laut dah jadi trend tau kat Malaysia. Alaaa kalau korang perasan yang lambak-lambak atas meja tu. Tapi mama tak nak cerita pasal tu tapi mama nak cerita seafood frozen. Hahhh korang mesti tanya ada ker? Of coz la ada tau seafood frozen ni. Bagi mama seafood frozen ni sangat membantu seorang isteri untuk menyediakan makanan atau juadah seharian kita.

Selalunya kalo nak beli seafood mesti yang segar dari pasar kan. Kekadang tu kalau di pasaraya selalu tak dapat yang segar. Kalau dapat pun nasib tapi harga sangat mahal. So, dengan adanya seafood frozen ni kiranya satu alternatif untuk ibu boleh membeli dan simpan di dalam peti ais sebelum nak masak kan. Kira mudah la dengan adanya seafood frozen ni.


Baru-baru ini, kawan mama June memperkenalkan seafood frozen dari Nikudo Seafood. Memula mama memang ingat kalau kedai frozen ni mesti akan jual makanan segera macam fishball, nugget ikan macam tu jer tapi sekali mama pergi kedai dia di SS2 Petaling Jaya tu memang teruja. Di sini banyak seafood yang dah frozen dalam freezer mereka tau. Seafood frozen yang terdapat di kedai seperti ikan, udang, ketam, sotong dan banyak lagi.

Nikudo Seafood merupakan sebuah kedai menjual makanan laut yang berkonsepkan retail dan restaurant yang telah ditubuhkan pada tahun 2004 lagi. Nikudo Seafood menekankan bahawa makanan laut di sini segar, terbaik, bersih dan sihat kepada pengguna. Kesemua produk disini mempunyai sijil Halal dan disahkan oleh HACCP. So korang yang beragama Islam jangan risau pasal ni tau. 

Udang yang telah di pack


Antara produk Nikudo Seafood yang menjadi pilihan adalah dumpling. Kalau nak suruh mama buat memang tak akan menjadi dumpling sebab memang mama tak reti. Tapi kalau setakat beli yang dah siap dan goreng mama ok jer. Hahahah. Pilihan dumpling yang mama cuba di Nikudo Seafood adalah Japanese Chive Dumpling dan Japanese Prawn Dumpling. Untuk makanan laut pulak mama mencuba ikan pari dan soft shell crab. 


Untuk Japanese Chive dan Prawn Dumpling ni mama goreng saja. Kalau orang lain nak masak secara kukus pun boleh. Tapi mama lebih suka goreng lagi sebab rasa ranggup kulit dumpling tu. Mudah tau ibu-ibu beli dumpling ni simpan di freezer. Kalau nak goreng untuk minum petang atau tetamu datang rumah pun senang. Buka jer dari plastik dan terus goreng jer. Hahhh siap dumpling yang sedap.

Dumpling yang belum di goreng


Dumpling yang siap di goreng. Nampak menarik dan sedap kan.

Kita tengok isi dalam dia. Sedap sangat!! tak perlu susah nak buat beli saja dari Nikudo Seafood. 

Untuk ikan pari frozen pula mama tak pasti harga dia berapa sebab takder harga pulak. Tapi harga dia murah dari yang fresh la. Jangan tak tahu yang frozen pun fresh juga cuma di frozenkan sahaja. Untuk ikan pari frozen mama nak buat asam pedas ikan pari. Baru-bari ni balik dari Melaka mama tak puas makan asam pedas kat sana. So mama masak sendiri baru puas makan. 

Ikan pari frozen ni mama defrost dahulu kemudian mama basuh macam biasa. Memang takder bau hanyir yang teruk yer. Isi ikan pari tu pun lembut memang puas hati la kalau beli ikan pari frozen ni. Korang boleh cuba dan beli di Nikudo Seafood tau.

Bahan-bahan untuk masak asam pedas ikan pari. Nampak tak isi ikan pari tu putih tapi lepas masak jadi lembut tau.

Asam Pedas Ikan Pari yang siap masak. Nampak selera tak? Sedap!!! isi ikan pari lembut jer..

Ini pertama kali mama cuba soft shell crab atau dikenali ketam berkulit lembut. Mama ingat ketam ni keras la jugak tapi kulit dia memang lembut habis sampai tak tahu mama nak masak apa. Fikir punya fikir mama masak jer ketam goreng celup tepung jer. Nak masak yang susah-susah kang nanti hancur pulak ketam kulit lembut ni. Hahaha.. 

Ketam yang sudah dibasuh.

Ketam goreng celup tepung. Isi ketam pun manis takder bau hanyir. Puas hati la makan ketam ni kemarin. 

Bagi penduduk sekitar Lembah Klang yang ingin membeli seafood frozen yang segar dan harga yang berpatutan boleh dapatkan di kedai Nikudo Seafood yang terletak di SS2 Petaling Jaya. 

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :

Website : www.nikudo.com

Alamat :
NIKUDO SEAFOOD
40, Jalan SS 2/63 Petaling Jaya
47300 Selangor
Google Map : https://goo.gl/yQoz3y

Telefon : 03-7873 6505
Business Hour : Setiap Hari [7.00 pagi - 7.00 malam]

Love,
/>

You Might Also Like

9 Comments

  1. mcm2 ada tu...syok la membeli seafood...dumpling pn ada...fav soft shell crab

    ReplyDelete
  2. thanks share..menarik gak ni.tak payah pergi pasar selalu.jimat masa.nampak sedap dumpling

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Wrmbth

    Salam jumaat dari Maznee & selamat pagi mama jue

    Wah syoknya dapat makan seafood fresh macam ni

    Mujur ayah maznee nelayan

    hari hari makan ikan yang baru tangkap terus masuk dalam kuali

    hehe

    Rezeki orang laut

    ReplyDelete
  4. Dah dekat dengan rumah miza, kena pergi jugak sebab ada ketam lembut tu. Nyum..nyum

    ReplyDelete
  5. kadang-kadang simpan jugak stok frozen food ni, bila malas nak ke pasar boleh guna je ataupun kalau ada tetamu tiba2 terjengol depan rumah.

    ReplyDelete
  6. lepasni wajib ke sini ni.. bestnya shopping seafood.

    ReplyDelete
  7. Terliur! Terutama tengok ketam softShell tu. Oh Myyyy! Boleh pergi sana nanti kalau nak beli seafood. Tetiba rasa nak buat ala-ala shellout

    ReplyDelete

Like us on Facebook