Food Review

Pekan Station | Western Food Tersedap Di Kampung Baru, Kuala Lumpur

10:00 AM

Pekan Station | Western Food Tersedap Di Kampung Baru, Kuala Lumpur - Sekarang ni kalau sebut sahaja western food mesti mama akan tercari tempat yang paling sedap. Tak kesah la perusuk ceruk mana pun mesti mama akan pergi dan repeat pergi lagi. Hahh nampak tak kesungguhan mama makan western food ni.. Sebabnya anak mama yang sulung Iqbal ni pak western food skit. Dia kan tak makan nasi so memang makanan pebret dia western food lah.. Mama nak bagitau ada satu tempat makan memang popular jugak la di satu-satunya kampung di tengah Kuala Lumpur. Mesti ada yang pernah makan di Pekan Station | Western Food Tersedap Di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Nak tengok apa yang menarik kat sini korang scroll entri ni sampai habis ok!!!

Pekan Station | Western Food Tersedap Di Kampung Baru, Kuala Lumpur
Mesti ramai yang pernah datang makan di Pekan Station Kampung Baru, Kuala Lumpur. Ok mama pun sebelum ni pernah lalu tapi dek kerana ramai orang mama just ignore saja. Dan kali ni mama diberi peluang sendiri untuk mencuba western food di Pekan Station Kampung Baru. Terima kasih kepada owner Pekan Station, Encik Ainudin kerana menjemput mama sekeluarga untuk mencuba makanan di sini. 

Sebenarnya Pekan Station ni bukanlah restoran yang besar seperti korang bayangkan. Tapi jangan tak tahu hanya kedai makan kecil serta bertiang kayu seperti macam ni dan menu makanan di Pekan Station memang terbaik tau. Kalau korang dah pernah makan sini mama yakin korang akan repeat makan di sini lagi. Tak pecaya korang kena datang makan kat sini. Dengar kata sampai orang sanggup tunggu meja nak makan kat sini tau. Cayalah!!!

Lokasi strategik dengan pemandangan indah Menara Berkembar Petronas KLCC

Di Pekan Station terdapat 3 pilihan utama seperti Main Dishes, Pasta dan Side Dishes. Yang menariknya di Pekan Station ini menawarkan makanan kanak-kanak kerana restoran ini memupuk konsep restoran untuk keluarga yang menjamu selera di sini. Untuk malam tu mama tak berani nak rasa semua so mama tanya apa best dish kat sini so mama cuba try dulu. InsyaAllah next time mama boleh la datang lagi untuk makan kat sini lagi. Nak tengok apa mama makan scroll la cepat entri ni.. 

Antara menu di Pekan Station

Tempat staff masak western food.

Pilihan air untuk malam itu mama pilih jus Carrot Susu, Honeydew, Apple & Watermelon. Setiap gelas besar jus ini hanya RM4.00 sahaja.

Dek kerana anak-anak memang suka makan French Fries so order la untuk bebudak ni sebelum tunggu hidangan yang lain. Harga French Fries RM4.50

Side Dish yang lain mama order Chicken Boxing [7 pcs] RM9.50 - Memula mama ingat biasa-biasa jer rasa dia. Serius mama kurang makan tapi dah makan Chicken Boxing di Pekan Station ni memang wowww sebab sedap!! Rasa spicy perapan kat dalam ayam dia memang lain. Yang menariknya cicah dengan sos mushroom ni lagi kick dia lain macam. 

Kid's Chicken Chop RM8.00 | Murah kan chicken chop kat sini. Ni paling murah mama jumpa dan portion dia besar tau!.. Puas hati makan kalau macam ni gaya dia. Yang ni Iqram makan sampai habis kira sedap la tu kalau tak jarang dia boleh habiskan. Isi ayam tak kering rasa juicy dan makan dengan mushroom sos ni memang sesuailah.

Pilihan mama pula Lamb Pasta RM18.40 | Tekak mama nak makan spaghetti tapi dalam masa yang sama nak makan lamb. Kira ok la kat sini ada jual pasta & lamb dalam satu hidangan. Sekali datang je menu ni ok mama risau tak habis sebab pasta & lamb dia banyak. Sampai mama kena kongsi dengan en papa lah. Gabungan ini memang kena citarasa mama tambah pula makan dengan sos blackpepper memang meletup-letup sedap dalam mulut. Yang penting harga dia murah ok.

Ini pula pilihan Iqbal Chicken Chop RM13.50 | Chicken chop dihidangkan dengan kuah blackpepper sos yang pedas tapi sedap. kalau korang nak banjirkan kuah macam ni lagi sedap. Isi ayam dia besar dan lembut memang puas kalau korang makan sorang. Kompom kenyanglah. Iqbal cakap sedap sampai kenyang lah pak western celup tu. hahahaha

Pilihan en papa Mix Grill RM19.00 | Menu ini memang pilihan ramai kira best dish la kat sini. Sebabnya mix grill ini digabung chicken dan lamb sekali. Yang paling menarik mama suka ayam grill dia rasa hangit mungkin sebab dibakar atas api. Rasa isi ayam dia lembut juicy dan makan pulak dengan kuah blackpepper dia ehh sedap sangat lah. Yang penting portion dia besar ok. Susah nak jumpa kat tempat lain macam ni tau.

Sekali mama kalih mak aihhh ramainya orang datang. Memang tak sedar sebab time tu mama kusyuk makan. Hahaha 

Nampak tak siap orang berdiri tunggu nak makan tau. Ini memang pelanggan yang selalu datang makan kat sini siap sanggup tunggu sampai macam ni. Memang terbaik la restoran Pekan Station ni walau kedai dia kecik berdinding kayu sahaja tapi pelanggan yang datang makan disini sambutan yang amat menggalakan.

Bagi penduduk sekitar Kampung Baru di Pekan Station juga turut menawarkan delivery service ke rumah. Jadi untuk membuat tempahan boleh menempah minumun RM30 kalau kurang dari harga tu pesanan tak akan dilayan. 


Untuk pelanggan yang ingin reserved meja dulu boleh juga whatsapp dan confirmkan dengan pihak Pekan Station sehari atau 2 hari awal sebelum datang makan di sini. Nanti kalau tak reserved meja tak dapat nak duduk pulak. 

Okey sesiapa yang belum pernah datang makan kat sini korang kena datang dan cuba makan best western food di Pekan Station. Memang berbaloi-baloilah sebabnya makanan murah, portion besar dan yang pasti sedap!!!

Untuk maklumat lanjut dan tempahan meja boleh layari :

PEKAN STATION
No 61, Jalan Raja Uda
50300 Kampung Baru
Kuala Lumpur

Email : info@pekanstation.my
Whatsapp : 010-7960 648

Google Maps : Pekan Station

Waktu Operasi :
Setiap Hari [6:00 petang - 1:00 pagi]
Tutup setiap hari Khamis minggu ke 2 & 3 sahaja

Love,
/>

You Might Also Like

13 Comments

  1. kt kg baru byk juga western food...tp area kg baru tu payah nk parking ...ada kesempatan bole try sini plak

    ReplyDelete
  2. nengok semua menu2 tuh mmmg menggoda lh, portion utk kanak2 pun nampak bsr... org dewasa mkn pun kenyang

    lama btl tak dinner kt kg baru, sejak ada anak mmg tak penah jjk ke sana, dulu2 masa masih ber 2 rjain jgk mkn area2 kg baru nih...

    ReplyDelete
  3. lamb pasta tu macam sedap je ...Nanti pi KL nak lah singgah sini

    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  4. terimakasih atas informasinya, jangan lupa kunjungi
    https://goo.gl/SuzDjN

    ReplyDelete
  5. area sini memg banyak food kan.. sedap2 semua

    ReplyDelete
  6. IQ pun suka makan dekat Pekan Station, rasa makanan western ni memang sedap! berbeza dengan kedai makan western yang lain. bila mamajue buat review ni rasa nak pergi sekarang jugak, terasa dekat tekak chicken bleu ni

    ReplyDelete
  7. ni yang viral dulu tu kan? tak pernah lagi ke sana. takut kang kena tunggu lama pulak nak dapat seat. hehehe

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Wrmbth Mama jue

    Memang nampak sedap sedap makanan western kat sana

    Tapi jauh benar dari tempat saya

    ReplyDelete
  9. lama tak masuk kl..ermmm.. hari minggu ni boleh p cari la.

    ReplyDelete
  10. sini memang sedap mama ,, sy addicted dengan pasta Pekan Station . datang sini tak kisah gaji ke tengah bulan ke ,, sy sukakan pasta dia . makan pasta kosong dengan kuah black pepper dia plus air kosong saja pun dah buat perut sy senang hati . hihihihi . Highly Recommended !

    ReplyDelete
  11. sedap n harga pun berpatutan kn.. :)

    ReplyDelete
  12. Rasanya pernah lalu saja kat Pekan Station, Kg Baru, KL tapi tak pernah singgah. Rasanya masa tu parking tak ada.

    ReplyDelete

Like us on Facebook