Resepi

Resipi Kuey Teow Kerang Mudah

5:28 PM

Hai hai lama tak update resepi kan. Hehehe since asyik orang copy cat resepi masuk ke blog depa terus mama malassss nak update dah. Ok ini sebab vitamin R ada tu yang mama update resepi Kuey Teow Kerang. alaa mudah jer.. Hehehe.. Mama paling menyampah kalau beli kat kedai kuey toew kerang depa buat ala-ala kaler merah menyala. Pehtu berminyak.. Ohheemgee sakit kepala weh.. 

Yang paling sedap mama makan dekat hawkers Damansara. Ohh sedap giler.. Ntah la mama jenis suka kuey teow goreng ala-ala kicap gelap skit. Pehtu tauge mesti banyak. Hahahah.. kalau potong cili padi lagi kick menyegat gitu.. Pssstt dulu pun mama fail jugak masak kuey teow ni.. Hahahha rajin cuba mesti lama-lama sedap punya. Meh tengok bahan-bahan Resipi Kuey Teow Kerang Mudah.


Bahan-bahan :-
* Sebungkus kuey teow 
* Isi kerang
* 4 ulas bawang putih
* 1 biji bawang merah
* 5 biji cili padi
* 3 sudu makan cili kisar
* 3 sudu besar kicap pekat
* Tauge
* Daun Kucai

Cara-caranya :-
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak. Selepas itu masukkan kicap pekat dan tambah air sedikit.
  3. Masukkan isi kerang dan kacau sehingga sebati. Masukkan garam serta perasa.
  4. Masukkan kuey teow dan kacau lagi. 
  5. Akhir sekali masukkan tauge, daun kucai dan cili padi. Kacau rata dan siap.

Versi record.

Taraaa dah siap Kuey Teow Kerang Mudah lagi sedap!!!..

Selamat Mencuba..

Love,
/>

You Might Also Like

11 Comments

  1. yeahhh dah ada resepinyeee.. terbaikk.

    ReplyDelete
  2. Kalau rajin memang macam2 nak dibuatnya kan

    ReplyDelete
  3. Kuehtiaw kerang favorite..hawkers dsara mmg sodap hehe

    ReplyDelete
  4. Malam-malam baca entri anjang yang ini, Allahu! Boleh cuba esok ni. Haritu dah cuba resepi anjang Buttermilk chicken, memang ummphhh dappp!

    ReplyDelete
  5. sedap nmpak kuey teow ni mama jue...alahai lapar plak tgk

    ReplyDelete
  6. Pagi2 tgk kuew teow kerang ni buat perut makin kuat berkero ncong. Tak boleh tahan :)

    ReplyDelete
  7. Sedapnyer dah la saya suka vetul dengan kue tiaw =)

    ReplyDelete
  8. Kway teow kerang mwnu feveret CCL . Selalu kalau teringin nak makan lebih suka masak ..boleh letak kerang banyak2

    ReplyDelete
  9. Merah ke hitam ke, koey teow goreng mmg favorite saya kalau nak banding dengan bihun & mee. Haha.

    ReplyDelete
  10. woww nampk sedappp..

    mmg kalau beli kat kedai selalu tak menepati citarasa..mmg puas hati biat kat rumah jee. boleh letak bahan banyak2..😁😁

    terima kasih bg resipi..

    ReplyDelete
  11. Sedapnya.... kueteow ni masak cemana pun tetap suka makan :-)

    ReplyDelete

Like us on Facebook