Resepi

Resipi Kuey Teow Kerang Mudah

5:28 PM

Hai hai lama tak update resepi kan. Hehehe since asyik orang copy cat resepi masuk ke blog depa terus mama malassss nak update dah. Ok ini sebab vitamin R ada tu yang mama update resepi Kuey Teow Kerang. alaa mudah jer.. Hehehe.. Mama paling menyampah kalau beli kat kedai kuey toew kerang depa buat ala-ala kaler merah menyala. Pehtu berminyak.. Ohheemgee sakit kepala weh.. 

Yang paling sedap mama makan dekat hawkers Damansara. Ohh sedap giler.. Ntah la mama jenis suka kuey teow goreng ala-ala kicap gelap skit. Pehtu tauge mesti banyak. Hahahah.. kalau potong cili padi lagi kick menyegat gitu.. Pssstt dulu pun mama fail jugak masak kuey teow ni.. Hahahha rajin cuba mesti lama-lama sedap punya. Meh tengok bahan-bahan Resipi Kuey Teow Kerang Mudah.


Bahan-bahan :-
* Sebungkus kuey teow 
* Isi kerang
* 4 ulas bawang putih
* 1 biji bawang merah
* 5 biji cili padi
* 3 sudu makan cili kisar
* 3 sudu besar kicap pekat
* Tauge
* Daun Kucai

Cara-caranya :-
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak. Selepas itu masukkan kicap pekat dan tambah air sedikit.
  3. Masukkan isi kerang dan kacau sehingga sebati. Masukkan garam serta perasa.
  4. Masukkan kuey teow dan kacau lagi. 
  5. Akhir sekali masukkan tauge, daun kucai dan cili padi. Kacau rata dan siap.

Versi record.

Taraaa dah siap Kuey Teow Kerang Mudah lagi sedap!!!..

Selamat Mencuba..

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook