Product Review

Shatavari Himalaya | Herba Untuk Kesihatan Dalaman Wanita

9:00 AM

Shatavari Himalaya | Herba Untuk Kesihatan Dalaman Wanita - Korang pernah dengar pasal Shatavari Himalaya tak? Maybe ada setengah wanita ada yang tahu pasal Shatavari ni. Mama pun tahu produk Himalaya jer tak tahu pulak ada herba Shatavari ni. Memula risau jugak takut mahal supplement dari Himalaya ni tapi kan harga dia sangat reasonable la. Sebenarnya banyak kelebihan dan kebaikkan Shatavari ni untuk wanita. Nak tahu apa kebaikkan Shatavari Himalaya | Herba Untuk Kesihatan Dalaman Wanita korang kena baca entri ni sampai habis tau.

Shatavari Himalaya | Herba Untuk Kesihatan Dalaman Wanita
Shatavari Himalaya adalah estrak herba Asparagus Racemosus dari jenama terkenal Himalaya Herbal. Himalaya Herbal telah dikaji secara klinikal dan diselaraskan untuk menjamin bioequivalence yang merujuk kepada produk ini dimana ujian klinikal telah berjaya dijalankan. Secara kesulurahan, Shatavari ini berasal dari negara India dan merupakan herba atau supplement yang membantu sistem reproduktif wanita. 

Shatavari ini dianggap herba paling bermanfaat bagi wanita kerana ia dapat membantu dalam menyeimbangkan sistem hormon wanita. Selain itu juga, herba Shatavari ini menyuburkan dan membersihkan darah dan organ-organ pembiakan wanita sehingga menyokong kesuburan semulajadi tubuh. Jadi ia menyuburkan rahim dan ovum serta menyokong organ wanita untuk mengandung.


Antara kebaikkan lain pada Shatavari Himalaya adalah :-
  • Dapat mengekalkan keseimbangan hormon yang sihat
  • Dapat menyokong kesihatan reproduktif oleh tuning dan menyuburkan organ-organ wanita
  • Dapat mengekalkan keseimbangan hormon yang sihat
  • Dapat merawat gejala PMS dengan melegakan kesakitan serta mengawal kehilangan darah semasa haid
  • Dapat melegakan simptom menopaus kerana ia mengandungi estrogen dan membentuk tahap estrogen yang rendah pada wanita yang menopaus
  • Dapat menyokong pengeluaran susu ibu untuk ibu-ibu yang menyusu
  • Dapat menyokong fungsi normal sistem imun dan pencernaan
Untuk cara makan : 1 biji waktu selepas makan pagi dan 1 biji sebelum tidur selepas makan malam. Dan jangan lupa banyakkan pengambilan air kosong kerana Shatavari adalah berasaskan herba. Boleh juga makan masa datang bulan.


[Review Dari MamaJue]
Setelah hampir 2 minggu mama mencuba Shatavari dari Himalaya ni mama rasa sesuai dengan mama. Paling mama suka Shatavari ni memperbanyakkan susu badan. Dalam 3,4 hari dah rasa susu badan banyak sampai bengkak. Kalau mama menyusu Qeisya dan sebelah lagi mama pump mesti akan dapat sekitar 3 Oz ke 4 oz tau. Sebelum makan Shatavari ni biasanya dalam 2 oz macam tu jer. Selain itu, mama perasan hasil perahan susu tu jadi pekat like creamy. Dari segi lain pula dapat membuang toksin melalui air kencing. Memang flash out habis tau. Kalau perasan keputihan juga terus keluar sekali, terus rasa yakin memang Shatavari ni mencuci dari dalam. Hahh gituuu..

Cuma kalau dah makan herba macam ni, mama kena banyak minum air kosong untuk mendapat tindak balas dari Shatavari ni. So, make sure korang kena minum air banyak yer. Dengan Shatavari ni sangat sesuai bagi wanita yang mengalami masalah sembelit. Setiap pagi mesti korang akan pergi toilet punyalah. Shatavari sangat sesuai untuk wanita remaja hingga yang berumur dan bagus juga untuk ibu-ibu menyusu. Sebotol Shatavari Himalaya mengandungi 60 capsule boleh dimakan selama sebulan. Boleh dapati di farmasi seluruh Malaysia dan online di Facebook Himalaya.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :



Love,
/>

You Might Also Like

7 Comments

  1. betul tidak kira apa pun supplement yg kita makan..
    kita kena banyak minum air supaya herba atau ubat-ubat tu melarut dengan lebih baik dalam tubuh badan kita...:)

    ReplyDelete
  2. Lisa pun dapat gak.. tk makan lagi

    ReplyDelete
  3. bagus ni..akak pun ingat produk himalaya mahal, tau..

    ReplyDelete
  4. Mie dah try gak. Memg bagus. Susu bertambah. Anak pun puas minum. Tapi memg kena banyak minum air kan

    ReplyDelete
  5. Nak beli la satu. Sebab umur makin meningkat ni memang kena jaga kesihatan dalaman

    ReplyDelete
  6. Produk himalaya memang bagus sekali...

    ReplyDelete

Like us on Facebook