Sushivid

SushiVid | Jana Pendapatan Dengan USD

10:00 AM

SushiVid | Jana Pendapatan Dengan USD - Hi korang. Sekarang ni mama memang gigih kerja dari rumah. Hampir 1 tahun 8 bulan mama kerja sebagai blogger. Income setiap bulan tu boleh la ada la daripada tak ada langsung kan. Kira lepas la mama nak beli apa yang mama nak. Huhuhu yer lah sebelum ni kan mama kerja so memang ada duit dengan tak ada duit ni memang sangat berbeza. Alhamdulillah walau tak banyak yang mama dapat tapi mama mampu beli dengan hasil duit dari titik peluh mama. Selain mama jana pendapatan dari hasil job blogging ada jugak mama buat duit dengan Google Adsense. Heyy Google Adsense bayar USD tau. Tapi ada lagi menarik dengan SushiVid | Jana Pendapatan Dengan USD. Korang tahu tak apa SushiVid ni?

SushiVid | Jana Pendapatan Dengan USD
SushiVid ini merupakan satu website platform yang menyediakan peluang kerja secara online dengan cara apply dan akan direview dahulu oleh client sama ada kita layak untuk mendapatkan job tersebut. Jadi jika kita memohon job tersebut kita kena tengok kriteria apa yang client mahukan. Contohnya satu job mereka mahukan samada blogger, Youtube & Instagrammer. Setiap kriteria ini harga yang berbeza-beza.  


So far mama tak pernah lagi la dapat job dari SushiVid ni. Pernah la apply sekali tapi dah kena reject la pulak. hahahah.. Maybe mama letak tinggi sangat kot bayaran. Hahaha tak apa lah ada la rezeki mama kat lain tu. Tapi kan offer yang ditawarkan agak lumayan ok. Satu job sahaja pihak client di SushiVid budget sebanyak 50 USD - 500 USD. Kalau cikai-cikai korang buat post Instagram jer dah dibayar 50 USD.. Hahhh korang kali la dengan duit Malaysia berapa.. Hehehe tapi tu lah kalau dapat sekarang belum dapat lagi.

Tak apa... Sekali mama terbaca pasal referral program yang SushiVid buat untuk dapatkan pendapatan. Seorang yang mama invite mama akan dapat RM25, manakala orang yang invite tu berjaya register mereka turut dapat RM25 jugak. Best kan? Apa lagi mama pun gigih jugak la meng"invite" rakan-rakan blogger untuk join SushiVid ni. Tapi untuk register SushiVid ni bukannya mudah tau sebab ada syarat-syaratnya. SushiVid hanya mahukan salah satu dari dibawah seperti :-
  • Youtubers : 250 Subcribers
  • Instagrammers : 2,000 followers
  • Blogger : 2,000 visit every month


Since mama join dari 9 August 2017 sampai sekarang mama dah berjaya invite rakan blogger sebanyak 67 orang. Alhamdulillah gigih cari email rakan-rakan blogger tau. Terima kasih kengkawan yang register. Hampir 2x dah mama cashout dari SushiVid ni. Untuk pembayaran pulak memang cepat sangat. Tak sampai seminggu duit dah masuk ke dalam account mama. Nak tahu berapa mama dapat, korang darab la dengan RM25 yer.. Terima kasih SushiVid. 

Bagi yang belum register lagi, cepat-cepat korang pun boleh jana pendapatan dengan SushiVid ni. Mana la tahu korang lebih layak untuk job dari SushiVid ni. Doa-doakan la mama dapat job dari SushiVid ni mudah la mama menjaga anak sesambil buat blogging di rumah. Bagi yang belum register lagi korang pergi register sekarang yer.. REGISTER SUSHIVID

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook