Althea

ALTHEA BEAUTY BOX | Kiss Troubles Goodbye Review

2:36 PM

ALTHEA BEAUTY BOX | Kiss Troubles Goodbye Review - Hi korang dah lama mama tak buat review product dari Althea. Kalau sebut Althea jer mesti dah terbayang barangan make up dan skincare kan. Pantang jugak kalau masuk website Althea ni habis laju jer duit keluar. Hehehe best tau kalau korang beli barang make up dan skincare kat Althea ni sebabnya 100% original ok. Pssttt sesiapa suka beli Althea Beauty Box dia lagilah best tau memang murah giler-giler!!! Kalau korang tak caya jom tengok ALTHEA BEAUTY BOX | Kiss Troubles Goodbye Review.

ALTHEA BEAUTY BOX | Kiss Troubles Goodbye Review
Untuk mama review kali ni mama nak review product skincare Kiss Trouble Goodbye. Dalam satu box Althea Beauty ini terdapat 7 barangan skincare product dari pelbagai jenama yang dijual di Althea. Althea Beauty Box Kiss Trouble Goodbye ini sesuai untuk kulit yang bermasalah seperti cela, jerawat, muka beminyak dan parut di muka. Dengan 7 barangan dalam Althea Beauty Box ini akan melenyapkan semua masalah yang terdapat di wajah mama. 

Apa yang terdapat di dalam Althea Beauty Box | Kiss Trouble Goodbye
  1. DA MIOR | Cleansing Soap (Bamboo Leaf)
  2. LANEIGE | Fresh Calming Toner
  3. SKINFOOD | Trouble Clear Spot Patch
  4. ONSAEMEEIN | Skin Solution Magic Powder
  5. BEUINS | Soothing Sleeping Mask 
  6. LADYKIN | Fresh Watermelon Icing Gel Bar
  7. ROYAL SKIN | Royal Skin Prime Edition Mask Moisture
Untuk Beauty Box ini harganya cuma RM110.00 sahaja. Murah tak uolls? Of coz la murah kaw kaw untuk box ni. Kalau kat luar tak dapat hokey memang tak akan dapat punya!!! Korang boleh dapatkan di website Althea sahaja. Bagi mama harga untuk box ni memang tak masuk akal. Perghhh best tau. Ada lagi setiap pembelian lebih RM99.00 korang akan dapat penghantaran percuma terus dari Korea. Haiishh kalau cakap pasal Althea ni sampai esok tak habis tau. Dah la meh baca mama review kesemua produk dalam Beauty Box ni. 


DA MIOR | Cleansing Soap (Bamboo Leaf) - Pembersih muka merupakan satu langkah penting untuk menanggalkan kekotoran di muka agar kulit kita bersih sepanjang hari. Untuk pembersih muka dari Da Mior ini adalah dari natural homemade soap mengandungi ekstrak bamboo yang sangat sejuk dan sangat semulajadi kerana ia telah ditapai selama 45 hari. Sabun ini sangat sesuai untuk kulit yang sensetive, sebum yang berlebihan sehingga tersumbat pada liang pori dan kulit kering apabila selepas mencuci. Kandungan sabun ini adalah dari Bamboo Leaf, bamboo extract, Mung beans, propolis extract, olive oil, grape seed oil, coconut oil dan shea butter. Harga cleansing soap Da Mior ini hanya RM57.00.


Yang paling mama suka dengan sabun ni bukan hanya untuk mencuci muka sahaja malah untuk dijadikan shampoo rambut juga tau. Bagi yang ada sakit eczema pun sabun ini juga dapat merawat penyakit tersebut. Untuk sabun ini mama potong satu bahagian, kemudian basahkan dengan air dan cuci muka dalam 1 minit. Kemudian bilas sehingga bersih. Muka mama rasa sejuk berangin dan kulit menjadi lembap serta muka tidak berminyak. Bau sabun ni pun bau buluh yang sangat kuat.


LANEIGE | Fresh Calming Toner - Selepas mencuci muka, kita wajib menggunakan toner untuk membantu keseimbangan pH dan kulit rasa segar. Kalau sebut sahaja barangan jenama Laneige ni korang kena wajib mencuba walau harga dia memang mahal sebabnya terbaik tau. Toner ini mengandungi komponen laici asli yang menyegarkan kulit dan sea water yang melembapkan kulit wajah. Bau toner ni sangat wangi, segar dan bebas minyak tau. Toner Laneige ini telah diuji alergi dan dermatologi serta ia sangat ringan. Harga Laneige Fresh Calming Toner RM112.00. Woww menarik kan tapi beli dengan beauty box ini hanya RM110.00 dan dapat 7 barang termasuk toner ni. Bestkan???


Untuk penggunaan toner ini korang hanya tuangkan ke atas kapas atau tapak tangan, kemudian sapu ke seluruh permukaan muka sehingga toner meresap ke dalam kulit. Mama suka guna tapak tangan dan tepuk perlahan-lahan ke wajah. Kalau guna kapas pun boleh juga. Depends pada korang nak guna macam mana. Yang pasti toner ni memang segarkan muka mama. Kalau guna secara berterusan korang akan perasan liang pori mengecil tau dan kulit jadi licin. 


LADYKIN | Fresh Watermelon Icing Gel Bar - Untuk gel ini mengandungi diperkayakan dengan 90% ekstrak buah tembikai yang segar untuk memberi kesegaran kulit muka dari letih agar memastikan kulit menjadi licin dan berseri. Gel bar ini boleh la kalau nak pakai seminggu sekali rasa macam pakai mask sejuk jer. Tekstur gel bar ini transparent dan watery so korang tak perlu risau comot kalo terkena pada baju ok. Kalau pakai gel bar ini cepat sejuk di muka dan rasa lebih segar dan melembapkan kulit wajah. Bagi sesiapa ada masalah kulit kering sangat recommended untuk pakai Fresh Watermelon Icing Gel Bar ini. 


ONSAEMEEIN | Magic Solution Skin Powder - Ini produk skincare paling mama suka sebabnya mama memang kerap jerawat tumbuh di muka. Dengan adanya Magic Solution Skin Powder ini dapat merawat jerawat dengan mudah. Selain jerawat, untuk kulit yang bermasalah boleh juga guna Magic Solution Skin Powder ini kerana ia sangat menenangkan kulit yang bermasalah tersebut. Harga RM32.00 sahaja.



Penggunaannya korang tak boleh goncang Magic Solution Skin Powder ini tapi kena pastikan air dan serbuk di dalam botol ini kena tidak boleh bercampur. Kemudian gunakan cotton buds dan celup sehingga ke mendapan serbuk. Boleh sapu pada bahagian yang bermasalah di muka sebelum tido. Rasa sejuk, wangi jer pada jerawat tu. Esoknya bangun tido jerawat pada wajah kecut. 


BEUINS | Soothing Sleeping Mask - Bagi yang suka mask sebelum tidur mama syorkan produk ni. Ini pun menarik kalau pakai time tidur. Soothing Sleeping Mask ini sangat sesuai untuk kulit sensetive. Selain itu, Soothing Sleeping Mask ini melindungi dan merawat keadaan kulit wajah. Tekstur mask ini sangat ringan dan mudah menyerap ke dalam kulit. Mask ni bau wangi lavender memang rasa tenang jer.

Penggunaanya sangat mudah koyakkan 1 keping mask ini dan sapu perlahan-lahan ke muka sehingga mask meresap ke dalam sebelum tidur. Apabila bangun pagi boleh cuci muka seperti biasa. Mask ini boleh pakai setiap 2 kali seminggu untuk merawat kulit kemerahan atau kulit bermasalah. 


SKINFOOD | Trouble Clear Spot Patch - Selalunya jerawat ni kalau kita salah makan atau muka tak bersih dari mekap pun boleh juga terjadi jerawat. Kalau jerawat naik besar dan bengkak mesti jari rasa nak picit kan. Jangan risau boleh jer lekatkan Skinfood Trouble Clear Spot Patch ni pada jerawat yang bengkak. Patch ini dapat mengurangkan bengkak pada bahagian jerawat serta menyembuhkan jerawat tersebut. 


ROYAL SKIN | Royal Skin Prime Edition Mask Moisture - Bagi yang suka pakai mask korang kena cuba mask dari Royal Skin ni sebabnya mask ni membantu untuk meningkatkan tahap kelembapan kulit sepanjang hari. Dengan mask ini juga dapat membantu melancarkan peredaran kulit agar sentiasa bersih dan lembap. 


Yang menariknya pada permukaan mask ini terdapat 2 helai kain net dengan mask tersebut. Permukaan mask hydrogel yang lembut berwarna biru lut sinar. Cara pakai mask ini hanya tarik permukaan net yang pertama, kemudian letak pada permukaan seluruh wajah. Selepas itu, tarik permukaan net sekali lagi. So relax dalam sekitar 20 minit, selepas itu tanggalkan mask dan tepuk muka secara lembut bagi essence mask meresap masuk ke dalam kulit. Mama suka dengan mask moisture ni memang melembapkan kulit mama agar kulit tidak kering sepanjang hari. Harga untuk sekeping mask adalah RM16.00, manakala set terdapat 5 keping hanya RM68.00.


Sekarang mama masih menjaga kulit muka agar tidak bermasalah dari jerawat, cela dan berminyak. Kekadang tu kalau salah makan atau terlupa cuci mekap memang naik la segala jerawat di muka mama ni. Oleh itu, mama akan pastikan penjagaan kulit wajah pada setiap hari agar kulit bebas dari sebarang masalah tersebut. Yeahhh...


Bagi yang ingin dapatkan Althea Beauty Box | Kiss Trouble Goodbye ini boleh terus klik di SINI. Jadi selepas ni bolehlah katakan Goodbye pada kulit yang bermasalah!!

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-


Love,
/>

You Might Also Like

7 Comments

  1. Bestnyaaa.. Serius ni rasa nak beli ni. Hahahaha habis la duit den

    ReplyDelete
  2. Rasa nak beli tapi tapi duit nak beli benda lain dulu..hehehe

    ReplyDelete
  3. mmg best kan mama althea beauty box ni. semua ada..

    ReplyDelete
  4. bestnyaaa.. Nurul memang suka produk korea ni.. serious sesuai dengan muka Nurul :D

    ReplyDelete

Like us on Facebook