New release

Dengarlah Suara Hatimu Dan Minum Minuman Yang Lebih Sihat!

7:24 PM

Senyap dan merbahaya, ia merayap didalam anda semasa anda tidak menyedarinya. Dan ia adalah pembunuh No. 1 di negara ini. Apa yang kami maksudkan adalah penyakit jantung, dan kira-kira 20% daripada rakyat Malaysia terdedah kepadanya. Menurut kajian Institute Jantung Negara (IJN), penyakit jantung masalah punca utama kematian dikalangan wanita dan bukan kanser payu dara sepertimana yang dianggap oleh kebanyakkan orang. 

Wanita yang berusia 45 tahun ke atas mempunyai kebarangkalian yang sama seperti lelaki untuk mengalami penyakit jantung. Sebelum menopaus, badan wanita mempunyai kelebihan berbanding dengan lelaki, kerana badan mereka menghasilkan jumlah estrogen yang mencukupi untuk mengurangkan risiko serangan jantung berbanding dengan lelaki. 


Akan tetapi, selepas menopaus berlaku, bilangan perlindungan daripada estrogen menurun, dan jika ia digabungkan dengan faktor risiko lain seperti diabetes dan obesiti, itulah bagaimana penyakit jantung akan berlaku. Realitinya, kami berada di negara yang mana IJN menyaksikan pesakit lelaki / wanita – semuda 20 tahun menjalani pemberdahan pintasan untuk membersihkan arteri yang tersumbat. 

Oleh itu, sempena Hari Jantung Sedunia yang akan berlangsung pada 29 September setiap tahun, Juice Works memperkenalkan “Heartbeat”, minuman bermusim yang di penuhi dengan semua kebaikkan semulajadi untuk membantu melawan pembunuh senyap ini. 

Jus ini diperbuat dari limau gendang, timun, oren, lobak merah dan epal, Heartbeat kini boleh didapati di setiap cawangan Juice Works dan Juice Works2Go. Apa lagi, jika anda seorang ahli VIP Juice Works, anda akan juga mendapat 10% diskaun daripada harga runcit**! 


Limau Gendang | Kerana gabungan nutrien berkuasa serat, lycopene, vitamin C, kalium dan choline di dalam limau gendang ini boleh membantu mengekalkan jantung yang sihat. Satu penyelidikan mendapati bahawan makanan yang ditambah dengan limai gendang merah segar mempengaruhi tahap lipid darah, terutama trigliserida. 

Timun | Rendah kalori kandungan fiber dan air yang tinggi, timun juga adalah kaya dengan potassium yang membantu mengurangkan tekanan darah. Ia juga mengandungi polifenol yang dipanggil lignans, yang boleh mengurangkan risiko kanser tertentu. Bonus dan kaya dengan vitamin K yang penting untuk kesihatan tulang. 

Oren | Para penyelidik telah melaporkan bahawa buah ceria ini mempunyai antioksidan yang dipanggil hesperidin, yang meningkatkan fungsi saluran darah dan membantu menurunkan risiko penyakit jantung seseorang. Hesperidin adalah sebatian yang berasaskan tumbuhan yang dipanggil falvonoid, yang dikatakan dapat meningkatkan kesihatan sel-sel yang halus yang mengalirkan saluran darah. 

Lobak Merah | Lobak merah adalah sumber yang sangat baik untuk antioxidant alpha dan beta karoten, yang diproses oleh tubuh badan ke retinol (vitamin A), yang baik untuk kulit, paru-paru, sistem kekebalan tubuh dan kesihatan jantung. Ia juda mengandungi antioksidan lutein, yang penting untuk kesihatan mata. 

Epal | Kajian telah menunjukkan bahawa memakan epal setiap hari dapat membantu menurunkan kolesterol jahat yang disebut LDL dalam tubuh badan dan dua penanda lain yang berkaitan dengan plak dan peradang di dinding arteri. Ia seolah-olah epal hidup sehingga pepatah lama membantu untuk menghindari daripada doktor apabila dimakan setiap hari. 

Jadi, dengarlah suara hatimu dan dapatkan Heartbeat hari ini untuk menjadi lebih kuat dan sihat! 

** Ia tidak boleh digabungkan dengan diskaun / penawaan / baucar yang lain 
** Minuman bermusim in hanya boleh diperolehi sehingga 31 Oktober 2017. 
** Sementara stok masih ada 
** Juice Works Malaysia mempunyai kata putus terakhir mengenai promosi ini.

Love,
/>

You Might Also Like

5 Comments

  1. Nice info sis... memang ramai yang diserang sakit jantung sekarang ni...pembunuh senyap...

    ReplyDelete
  2. alamak.. namapak sedap je.. siap kaler oren lagi tu.. dah la teman memag suka oren.. nyum2.. ada limau gedang ek dalam tu.. sedap tuuu

    ReplyDelete
  3. Cepat2!!! Hari ni LAST!! Jemput join Giveaway di blog Tengkubutang.com yea.. mana tahu ada rezeki menang apa-apa hadiah kan... kalau tak minat hadiah.. jemput join sekadar support contest di blog TB tu ke.. boleh...? heeee.. thank you.. i love you.. =) jom meriahkan lagi contest ni disamping boleh dapat trafik dari peserta-peserta yang join untuk blogwalking.. =)..

    Kepada yang dah join.. Terima kasih sangat-sangat... semoga Allah murahkan rezeki korang.. Aamiin..

    http://www.tengkubutang.com/2017/08/tengkubutang-6-million-pageview-giveaway.html

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap..sekarang orang kena jaga kesihatan melalui pemakanan

    ReplyDelete
  5. Terimakasih ya, sudi share info yang terbaik untuk mereka yang mengalami sakit jantung...

    ReplyDelete

Like us on Facebook