Product Review

HORIEN Eye Secret | Contact Lens Colour 38% Untuk 3 Bulan

10:35 AM

HORIEN Eye Secret | Contact Lens Colour 38% Untuk 3 Bulan - Contact Lens pasti ramai yang suka pakai bukan. Sejujurnya mama bukan pengemar pakai contact lens disebabkan mata mama yang sepet dan kecil. Huhuhu tapi hati teringin giler nak pakai lens warna warni tau!! Heheheh.. Sebelum ni mama pernah mencuba lens tapi kan serius tak sesuai rasa macam gatal-gatal la pulak. Tapiiiii selepas mama mencuba contact lens dari HORIEN Eye Secret | Contact Lens Colour 38% Untuk 3 Bulan terus rasa jatuh cinta wokeh!!! Nak tahu sebab apa kena la baca sampai habis yer tak!!

HORIEN Eye Secret | Contact Lens Colour 38% Untuk 3 Bulan 
Horien Eye Secret adalah produk keluaran dari Taiwan dan merupakan salah satu pengeluar kanta lekap terbesar di dunia. Contact Lens dari Horien Eye Secret ini sangat popular di Malaysia. Rata-rata orang dah pakai contact lens jenama ni. Woww menarik sangat ni. 

Memandangkan mata mama bukan la rabun yang tinggi jadi mama pilih contact lens yang tiada power. Mama boleh lagi drive pada waktu siang tanpa kaca mata tapi pada sebelah malam mama memang wajib pakai sebab mama ada silau sikit. Jadi contact lens warna-warni ini mama nak pakai sebelah siang sahaja. Heyy pakai contact lens warna macam ni kira bergaya juga tau sebabnya bila mata kita cantik kita akan lebih menyerlah. Kan orang cakap dari mata turun ke hati.. Hahh gituuuu.. 


Dari segi packagingnya pula mama suka kotak yang kecil, warna yang sweet dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Design kotak dia ala-ala K-Pop gitu. Mesti ada yang risau akan contact lens ini kan. Ok jangan risau Horien Eye Secret ini telah mendapat pengiktirafan dari ISO 9001:2008, Japans FMA, Europeran CE dan Taiwan GMP.

Untuk pengetahuan semua, contact lens Horien Eye Secret ini boleh digunakan selama 3 bulan. Yang lagi menarik contact lens ini terdapat pilihan warna yang menarik iaitu Rome Grey, Kiev Blue, New York Green, Berlin Gold dan Vancouver Pink.


Rangkaian contact lens untuk kegunaan 3 bulan ini mempunyai 38% kandungan air dengan teknologi warna Bio-molecule 3D wrap (BMW) yang membuatkan permukaannya licin dan kanta yang nipis. Lens yang lembut ini diperbuat daripada material polymacon dan reka bentuk lens ini akan menampakkan kesan mata besar (BC: 8.7mm & DIA: 14.2mm). Untuk lens ini bersifat UV Protection untuk melindungi, menghalang mata daripada terkena sinaran UVA, UVB yang berbahaya.
  • Material : Polymacon
  • Water Content : 38%
  • DIA : 14.2mm
  • BC : 8.7mm
  • SPH : 0.00, -1.00~6.00 (0.25 steps), -6.00~8.00 (0.50 steps)
  • Sodium Hyaluronate & Trehalose
  • BMW 3D Wraop Technology
  • UV Protection Function
  • Artificial Intellectual
  • Bigger Tinted Area
  • 7-9mm Wide Optic Zone


Bagi pengguna contact lens, setiap kali lepas penggunaan korang wajib gunakan Horien Eye Secret Multi-Purpose Solution yang dibuat daripada rumusan steril isotonic aqueous untuk membantu membersihkan lens dari kotoran, melembabkan lens dan mengekalkan kebersihan lens tersebut agar pemakaian yang selesa sepanjang hari. Korang nak tengok tak mata mama pakai contact lens ni? Yer lah kan pertama kali cuba pakai lens macam ni terus rasa jatuh cinta sebab selesa sampai tak sedar yang mama pakai lens. 

Before & After menggunakan contact lens Horien Eye Secret. Berbeza bukan.

Warna yang sangat menarik!


Cantikkan mata mama ni. Ni mama guna Horien Eye Secret New York Green. Nice sangat terus rasa nak kelip-kelip mata sepanjang hari. Hehehe. Mama memang recommended untuk korang guna contact lens Horien Eye Secret sebab ia sangat selesa dan bertahan selama 3 bulan! Yang paling best tak rasa macam pakai contact lens pun sebab lens dia lembut. Korang boleh dapatkan contact lens Horien Eye Secret ini di semua kedai optik seluruh Malaysia atau boleh beli secara online. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Horien Eye Secret ini boleh layari :


Love,
/>

You Might Also Like

5 Comments

  1. Cantik.....
    Namun sejak mata bengkak teruk masa pakai contact lenses ni, rasa takut pula nak pakai balik. Huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Cantik..suka tengok orang pakai contact lens..tapi kita tak berani pakai

    ReplyDelete
  3. patutlah kemain cantik mata ek, rupanya pakai contact lens hehehhe

    ReplyDelete
  4. cantik aih mamajue.. hehe. warna smua comey2..

    ReplyDelete

Like us on Facebook