Event Review

LuLu Hypermarket | The Malaysia Book Of Records "Kek Buah Terpanjang Di Malaysia"

10:45 AM

LuLu Hypermarket | The Malaysia Book Of Records "Kek Buah Terpanjang Di Malaysia" - Lulu Hypermarket? Korang pernah dengar tak? Hahhh mama sendiri pertama kali dengar tau. Ehh ada rupanya hypermarket ni kat Kuala Lumpur. Siap mama Google la cari Lulu Hypermarket ni dekat mana. Teruk sangat mama ni sebab mama jarang sangat pergi shopping tau. Huhuhu sekarang beli jer terus balik memang tak sempat nak window shopping dah. Pertama kali mama masuk Lulu Hypermarket ni terus teruja tau sebab woww macam-macam ada di bawah satu bumbung. 

LuLu Hypermarket | The Malaysia Book Of Records "Kek Buah Terpanjang Di Malaysia" 
Pada Sabtu lepas, mama ada dapat satu jemputan majlis untuk menyaksikan percubaan memecah rekod untuk Kek Buah Terpanjang di Malaysia oleh Lulu Hypermarket & Department Store pada 16 September 2017. Sempena sambutan Hari Malaysia 2017 sangat begitu istimewa bagi Lulu Hypermarket & Department Store kerana inilah peluang baik untuk meraikannya bersama-sama seluruh rakyat Malaysia.


Kek berkenaan telah diletakkan di depan pintu masuk Lulu Hypermarket tersebut. Kalau korang perhatikan kek buah ini memang nampak menarik minat semua yang hadir. Kek Span Mix Vanilla dipenuhi dengan pelbagai buah-buahan segar seperti mangga, nanas, epal, ceri, anggur, kiwi dan strawberry. Untuk hiasan kek buah ini telah dihias oleh 7 cheff dan staf-staf Lulu Hypermarket sendiri. 


Kek ini akan dijual kepada orang ramai di mana kesemua hasil jualan akan didermakan ke Rumah Cheshire Selangor sebagai sebahagian dari projek CSR Lulu Hypermarket. Setelah pihak daripada The Malaysia Book of Records mengukur kepanjangan Kek Buah tersebut dan akhirnya satu rekod baru telah tercipta dengan catatan baru Kek Buah Terpanjang di Malaysia oleh Lulu Hypermarket iaitu 123.3 meter. Wahhh panjang tau!!! Tahniah Lulu Hypermarket kerana berjaya mencipta rekod ini. 



Untuk pengetahuan semua, Lulu Hypermarket dan Department Store ini merupakan yang pertama di Malaysia telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia "Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak" pada 25 Jun 2016 di Kuala Lumpur. Bagi yang masih tidak nampak di mana lokasi Lulu Hypermarket ini hanya bersebelahan Jakel Mall Kuala Lumpur. Hahhh dah nampakkan. 

Selepas majlis selesai, mama pun apa lagi inilah peluang mama untuk berjalan-jalan di sekitar Lulu Hypermarket ini. Memula mama ingat hanya barang-barang kelengkapan rumah dan dapur sahaja tapi kan macam-macam ada di bawah satu bumbung Lulu ni. Memang teruja sangat tau!! Dengan harga yang murah dan susunan serta barangan yang susah nak ada pada setiap hypermarket. Korang nak tengok apa ada di Lulu Hypermarket ni jom kita tengok gambar yang mama sempat mama ambil.


Di ruangan bawah sekali merupakan barangan yang menjual barangan groceries. Hey masuk jer sini mata dah mula rambang sebab macam-macam ada ok. Yang paling menarik di Lulu Hypermarket ni siap ada bahagian bakeri seperti kek, roti dan pastry. Dan lagi menarik harga murah-murah yer. Masa ni rasa macam semua nak rasa. Tak caya tengok gambar bawah ni. 



Di satu bahagian dalam Lulu Hypermarket mama teruja segala kacang dan coklat. Oh mak aihh memang susah nak jumpa dekat pasaraya lain tau. Ehh memang tak der la mama jamin kerat jari lah. Sini jer ada macam ni. Korang boleh pilih nak banyak mana dan korang timbang. Hahh best kan tak perlu risau takut tak habis ker sebabnya korang boleh bajet nak beli banyak mana. Betul tak??


Jangan tak tahu sini pun ada jugak jual ayam, ikan, udang, sotong dan daging. Hahhh jangan memain mama sendiri masuk sini wowww bestnya semua ada. Harga pulak murah-murah kira berbaloi la untuk semua pelanggan untuk datang membeli belah di sini. Bagi yang ingin dapatkan perkhidmatan bersiang ikan dan ayam turut terdapat di sini. So korang jangan risau bab tu.


Ada satu lagi bahagian di Delicatessen. Hahhh kalau korang sampai bahagian ni lagi terbuntang biji mata sebab ada jual macam-macam tau. Ada pelbagai aneka cheese, ada daging slice, ada sambal, cencaluk, kimci, acar dan lain-lain lagi. Hahhh kalau sebut jenuh panjang mama taip 2 kajang tak habis. Hahaha.. Heyy ada lagi bagi yang suka sangat nak buat pizza sendiri atau pengemar buah olive oil kat sini ada jual pelbagai aneka olive oil tau. Korang boleh jer beli secara timbang tau. Mama sendiri tengok banyaknya jenis buah olive ni. Hahahha suka betul mama masuk sini.




Ok terakhir mama nak bagitau ada 3 tempat yang menarik dan wajib korang kena terjah! Di bahagian Hotfood dimana turut terdapat ayam tandoori, ayam kofta, ayam tikka dan macam-macam lagi dengan harga murah. Ada yang teringin nak makan makanan makanan Arab pun terdapat di sini hahh korang datang jer beli kat sini tau. Tak payah pening-pening cari dekat luar sana.



Nampak tak gambar air dalam botol kat atas ni. Ok ini pun bahagian korang kena wajib beli dan cuba. Sekali korang minum pastiiiii jatuh cinta. Ni lah air detoks dan air jus serta air lassi. Harga pun murah jer sebotol ni hanya RM2.50 sahaja tau. Mama dah rasa susu badam tu sedap giler... terus teringat-ingat la pulak air susu badam tu. Huhuhu kena repeat pergi beli la nanti. 

Ok di bawah pulak nampak tak pizza. Ok kat sini sahaja ada jual pizza macam ni. Dengan cheese yang banyak, inti atas dia penuh dan yang paling best harga murah pulak tu!! Harga pizza ini bermula dari RM8.90 - RM19.00. Korang beli dan panaskan dalam oven / microwave dah boleh makan pizza ni. Yang bestnya Lulu Hypermarket buat pizza ni tak kedekut cheese uolls. 



Kemudian mama pergi ke tingkat 2 pulak. Naik jer dah terpukau lagi di bahagian fashion store. Di sini terdapat 3 department iaitu Ladies Department, Men Department dan juga Kid Department. Mama perhatikan semuanya menarik dan harga pun not bad tau. Kat sini senang lah korang nak shopping raya sebab semua ada tau.. dan tak perlu lagi cari kat tempat lain. Kan memudahkan korang jugak. 






Siapa pengemar Sari, Lengha dan punjabi? Mari sini mama nak bagitau di Lulu Hypermarket ada menjual semua ni ok. Hahhh tak payah pening-pening kepala korang datang jer sini korang boleh beli dengan harga murah yang berpatutan. Dah la banyak pilihan corak dan kain yang menarik. Ehh di sini juga turut menerima tempahan baju kurung dari kain sari. Memang cantik lah.





Untuk tingkat ke 2 pulak adalah bahagian clearance. Untuk bahagian ni baju campur dari kanak-kanak hingga dewasa. Mama pun tak round sangat tingkat 2 ni sebab mama nak terus naik ke tingkat 3. Hehehe kalau round mau lagi macam-macam nak aim beli ni..



Mesti ada yang tertanya-tanya mana lah toilet dan surau kan. Untuk makluman semua kemudahan seperti toilet dan surau terletak di tingkat 3 sama dengan bahagian electrical. Jangan duk pi cari tingkat lain pulak memang korang tak akan jumpa yer. Pandai tau Lulu Hypermarket ni buat sebab nak bagi orang naik sampai atas. Heheheh.. Boleh tawaf satu mall gitu. 

Masa mama pergi ni barangan banyak sale weh. Geram pulak tengok harga murah dari luar. Mama ushar jer tengok harga TV dan barangan lain. Lepas ni boleh jer terus aim beli kat sini jer. Selain itu, di bahagian ini juga jual laptop tau. Hahhh mana yang mencari laptop datang jer sini harga RM1500 jer dah dapat laptop baru. Mana nak cari harga macam ni yer tak. Mama nak beli blender baru tengok harga RM89 jer terus tak sabar nak datang lagi ke sini. Tak caya tengok gambar kat bawah ni ok. 




Mama pun tak lepas peluang topup beli barang groceries pada hari tu. Lega satu hal tak payah beli kat tempat lain terus jer beli kat sini walau mama penat macam nak senget pinggang duk dukung Qeisya. Hehehe tapi best giler shopping kat sini tau. Lepas ni boleh la lagi shopping di Lulu Hypermarket!!! 

Ehh terlupa pula nak bagitau pasal parking. Almaklum la kalau bangunan di tengah-tengah Kuala Lumpur kan susah nak cari parking. Jangan risau korang boleh jer parking di bawah bangunan Lulu ni. Harga untuk weekend dan Public Holiday hanya RM4.00 jer per entry. Murah tak? Tapi kalau hari biasa mama rasa kira per jam rasanya. 


Sekali lagi mama ucapkan Tahniah di atas kejayaan kerana berjaya mencatatkan rekod dalam The Malaysia Book of Record untuk "Kek Buah Terpanjang di Malaysia" dengan catatan rekod 123.3 meter sempena Hari Malaysia 2017 lalu. Terima kasih menjemput mama dan para blogger yang lain untuk memeriahkan majlis ini. 

Untuk mengetahui aktiviti dan sales di sini boleh terjah dan layari laman web di bawah :-

Lulu Hypermarket & Department Store
Lot 159, Persiaran Capsquare
Jalan Munshi Abdullah
Kuala Lumpur


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook