New release

Murad Hydro-Glow Aqua Peel | Mengekalkan Keremajaan Kulit Wanita

9:00 AM

Jika anda berasa wajah anda kasar, maka anda mungkin mempunyai kulit yang kering. Ini bermakna kulit anda kekurangan air. Apabila kulit dehidrasi, ia akan menghasilkan lebih banyak minyak untuk mengimbangi kelembapan kulit. Ini akan menyebabkan jerawat, kerengsaan dan tompok kering di wajah. Keaadaan ini akan menjejaskan kesihatan dan keyakinan kita. 

Dehidrasi adalah satu masalah besar – Kulit wanita di Asia selalunya akan terjejas lebih teruk daripada yang lain kerana kelembapan cuaca di sekeliling kita. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa 40-72 peratus pengguna kerap mempunyai kulit kering di wajah mereka*. Walaupun meminum air untuk mengembalikan kelembapan kulit, ia mungkin bukan penyelesaian yang mencukupi untuk memerangi dehidrasi kulit. 


Kulit yang sihat adalah satu sebab kami akan berasa lebih baik. Salah satu cara untuk meningkatkan keyakinan adalah untuk memberikan kulit anda lebih cerah dan kelihatan lebih licin. Produk baru Murad Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel dicipta untuk mengembalikan kulit wanita sihat, bersinar dan berseri dari dalaman ke luar. 

Produk ini dilengkapi dengan 2 langkah sistem yang unik dimana ia melembutkan kulit dan memberikan faedah anti-penuaan dengan memberikan dos penghidratan yang mengagumkan sehingga 400% untuk mengurangkan garis halus dan kedutan. 

Retexturizing Swab boleh melembutkan kulit dan menghidratkan kulit yang kering. Ia mempunyai Lactic Acid, Glycolic, and Hyaluronic Acids yang menyokong pergerakkan sel untuk menyerikan kulit dan membersihkan sepihan kulit untuk mengungkap kulit yang licin, cerah dan bercahaya. Saiz Swab ini direka khas untuk kulit anda yang halus dimana ia membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan. 

Secara ringkas, Murad Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel mengandungi 4 rawatan mudah termasuk : 

Retexturizing Swab – Swab besar ini adalah tunas kapas bertutup yang telah tepu dalam campuran berasaskan AHA campuran Latuc dan Glycolic Acid, yang berfungsi untuk melembapkan lapisan permukaan kulit dengan perlahan, melarukan sel-sel mati dan membersihkan liang-liang kulit yang tersumbat untuk memberikan tekstur yang lebih halus. 

Moisture Infusion Mask – Topeng lembaran memberkalkan asid hyaluronik untuk memberikan rangsangan segera kepada tahap kelembapan sehingga 400% dan membantu mengurangkan kesan garis kedut. Kulit akan berasa lebih cantik dan bersinar apabila kesan kedutan berkurangan. 


LANGKAH-LANGKAH MENGGUNAKANNYA 

Gunakannya sekali seminggu. 

Langkah 1 - Retexturizing Swab: Sapu swab di muka yang bersih. Jangan bilas. 

Langkah 2 - Moisture Infusion Mask: Letakkan topeng lembaran di muka selama 15-20 minit. Keluarkan topeng lembaran dan jangan bilas. Kemudian sapukan pelembap kepada muka. 

Murad Hydro-Glow Aqua Peel boleh didapati di kedai Murad diseluruh Malaysia. Ia juga boleh didapati di laman web www.murad.com.my

Nikmati diskaun 10% pada produk Hydro-Glow Aqua Peel apabila anda membeli di laman dengan kod GLOW di https://www.murad.com.my/unlock-secret-to-youthful-skin sah sehingga 31st Mac 2018.

Love,
     
/>

You Might Also Like

1 Comments

  1. oo inilah rasia kulit remaja jue ye amboiiiiiiiiii

    ReplyDelete

Like us on Facebook