Resepi

Resepi Gulai Ikan Tongkol

3:31 PM

Resepi Gulai Ikan Tongkol | Hehehe nak gelak jugak sebab ni pestime masak gulai ikan tongkol sebab nak makan dengan Nasi Dagang Noxxa. Sebenarnya mama pun tak berapa tahu macam mana tesktur gulai ikan tongkol ni kira mama belasah buat jer.. Asalkan ada rasa gulai ikan tongkol tu sudah la.. Mama ada tengok banyak resepi kena guna rempah rose la.. rempah apa tak pasti.. hahaha mama buat cara mama. Tapi macam banyak derhaka jer kat dalam resepi ni.. Hahahha.. kira halal la yer.. Jom tengok Resepi Gulai Ikan Tongkol dan cara-caranya..

Resepi Gulai Ikan Tongkol
Bahan-bahan :-
* 1 ekor ikan tongkol
* 2 ulas bawang putih diketuk #
* 1 inci halia #
* 3 keping asam keping #
* 1 camca teh garam #
* 2 ulas bawang putih, hiris
* 2 biji bawang merah, hiris
* 1/2 camca teh halba
* 1/2 camca teh jintan manis
* 2 sudu besar cili kisar
* Serbuk kari Ikan
* 6 biji cili padi
* 1 cawan pati santan
* Air rebusan ikan

Cara-caranya :-

Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan ikan tongkol dan bahan bertanda # kemudian rebus sehingga ikan tongkol masak. Kemudian tepikan

Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah, bawang putih, halba dan jintan manis sehingga naik wangi. Kemudian masukkan pes rempah kari ikan yang disatukan dengan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak.

Selepas itu masukkan air rebusan ikan tongkol dan kacau sehingga sebati. Selepas itu masukan santan, cili padi dan ikan tongkol. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam.

Siap Gulai ikan tongkol. Boleh lah dimakan dengan Nasi Dagang.

Selamat Mencuba

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook