Resepi Noxxa

Resepi Nasi Goreng Cina Noxxa

9:00 AM

Resepi Nasi Goreng Cina Noxxa | Hi korang.. dah sarapan ker belum? Dah jemu pulak nak makan lauk pauk.. ehh erti kata lain blur nak masak apa sebenarnya. So mama masak nasi goreng cina Noxxa.. Sebab takder lebihan nasi so masak la dari beras.. Apa ada hal kan. Hahaha.. Senang jer nak masak nasi goreng dari beras ni.. Dah meh tengok Resepi Nasi Goreng Cina Noxxa yang senang dan mudah. 

Resepi Nasi Goreng Cina Noxxa
Bahan-bahan :

* 2 cawan beras yang telah dibasuh
* 1 peket serbuk perencah nasi goreng cina
* Isi ayam dipotong kecil
* 3 ulas bawang putih
* 2 biji telur
* Sayur campur
* Cili padi

Cara-caranya :-

Tekan mode stir fry dan on kan, kemudian masukkan minyak dan tumis bawang putih yang ditumbuk. Setelah wangi masukkan isi ayam. Kacau sehingga separa masak. 

Masukkan beras dan juga serbuk perencah. Kacau seketika.

Kemudian masukkan air. Ok untuk air ni mama guna beras wangi so sukatan 2 beras = 2 cawan air. Mama guna cawan Noxxa senang. Off kan stiry fry, kemudian tutup periuk Noxxa dan tekan HP selama 7 minit. 

Setelah 7 minit, release dan bukak tudung periuk Noxxa. Kalau korang perhatikan telur di dalam gambar, mama tak suka tumis telur kemudian masukkan air sebab nanti bau telur kuat sangat. Hehehe.. kalau korang nak campur sekali dalam air masa masak nasi terpulang yer. Tekan mode stir fry kembali, masukkan telur dan sayur serta garam dan gaul nasi seperti biasa. 

Tadaaa dah siap Nasi Goreng Cina Noxxa. Mudah bukan.. 

Selamat Mencuba

Love,
/>

You Might Also Like

10 Comments

  1. Dapnye nasi goreng cina, lama xwat

    ReplyDelete
  2. jimat masa tq mama share resepi ;)

    ReplyDelete
  3. mudah n nmpak menyelerakan betul la ns grg cina tuh

    ReplyDelete
  4. Macam tu rupanya masak nasi goreng cina dari periuk nasi. Nampak simple dan mudah..

    Kena try ni

    ReplyDelete
  5. mudah & cepat eh pakai noxxa?menarik sungguh ni!

    ReplyDelete
  6. Ok cun..esk pg ber nasi goreng ppc la kami..buntu da nk msk apa kdg2 tu

    ReplyDelete
  7. terima ksh sudi berkongsi resepi

    www.kickstory.net

    ReplyDelete

Like us on Facebook